8% Atau 11%, Mana Satu Yang Anda Patut Pilih? Teruskan Membaca
Pilihlah dengan bijak. Kuasa di tangan anda
Dalam pembentangan Bajet 2016 Januari lalu, Perdana Menteri, Najib Razak telah mengumumkan pengurangan kadar caruman pekerja untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 3%.
Ini bermaksud caruman lama 11% diturunkan kepada 8%. Namun, pekerja boleh memilih sama ada sebanyak 8% atau 11% kadar yang ingin dikreditkan ke dalam akaun KWSP mereka pada setiap bulan.
Ini selaras dengan salah satu objektif utama Bajet Malaysia 2016 iaitu untuk merangsang pertumbuhan dan meningkatkan pendapatan rakyat seterusnya meningkatkan perbelanjaan pengguna.
Namun adakah perbezaan dua angka ini memberi kesan terhadap kehidupan seharian setiap individu bekerja? Adakah ia juga turut memberi kesan terhadap pelaburan masa depan seseorang individu? Apa pula perbezaan antara individu yang perlu membayar cukai pendapatan dengan mereka yang tidak perlu membayar cukai pendapatan?
OK, mari kita lakukan sedikit kira-kira.
Pengurangan kadar 3% terhadap bukan pembayar cukai pendapatan
Menurut Bajet 2015, pembayar cukai yang berkeluarga dan memperoleh pendapatan sebanyak RM4,000 sebulan tidak akan mempunyai liabiliti bayaran cukai. Ini bermaksud isi rumah ini tidak perlu membayar cukai pendapatan.
Berikut adalah nilai berapa banyak pengurangan 3% dalam sumbangan KWSP daripada Mac 2016 hingga Mac 2017 memberi kesan terhadap isi rumah terbabit:
Ini bermaksud anda mendapat lebih RM120 setiap bulan jika anda memilih caruman KWSP sebanyak 8% sebulan. Jadi untuk setahun, anda mendapat lebih RM1,440 berbanding jika anda memilih caruman sebanyak 11%.
Ini juga bermaksud anda hanya menyimpan sebanyak RM3,840 setahun di dalam akaun KWSP berbanding jika anda memilih caruman sebanyak 11%, anda dapat mengumpul sebanyak RM5,280 dalam masa setahun.
Jadi perbezaannya adalah sebanyak RM1440. Bagaimana dengan nilai dividen yang kita perolehi pula? Kita ambil nilai dividen tertinggi setakat ini iaitu 6.75% pada tahun 2014 sebagai contoh:
6.75% x 3840 (potongan 8%)
= RM259.20
6.75% x 5280 (potongan 11%)
= RM356.40
Jadi, jika anda memilih caruman sebanyak 8%, anda berjaya mengumpul sebanyak RM4099.20 setahun manakala jika anda memilih caruman sebanyak 11%, anda berjaya mengumpul sebanyak RM5636.40 setahun di dalam akaun anda.
Kesimpulannya, jika anda merupakan seorang yang memerlukan wang yang lebih untuk masa sekarang caruman bolehlah dibuat sebanyak 8% sahaja. Ia bergantung pada diri anda sendiri.
Pengurangan kadar 3% terhadap pembayar cukai pendapatan
Kita ambil contoh pendapatan individu yang berkeluarga sebanyak RM5,000.
Berikut adalah nilai berapa banyak pengurangan 3% dalam sumbangan KWSP daripada Mac 2016 hingga Mac 2017 memberi kesan terhadap isi rumah terbabit:
Ini bermaksud anda mendapat lebih RM150 setiap bulan jika anda memilih potongan kwsp sebanyak 8% sebulan. Jadi untuk setahun anda mendapat lebih RM1,800 berbanding jika anda memilih caruman sebanyak 11%.
Bagaimanapun, buat pembayar cukai pendapatan, kiraan bayaran cukai perlu diambil kira.
Perbezaan kedua-dua cukai tersebut ialah RM180. Ini bermaksud anda membayar lebih RM180 sekiranya caruman yang dibuat adalah sebanyak 8%. Bagaimanapun jumlah potongan di dalam akaun KWSP untuk caruman sebanyak 11% adalah tinggi berbanding 8% iaitu RM6,600 setahun berbanding RM4,800 setahun. Ini belum lagi ditambah dengan dividen untuk tahun terbabit.
Oleh itu, nilai RM1,800 yang anda terima itu adalah sebenarnya kurang setelah ditolakkan dengan nilai perbezaan cukai tadi.
RM1,800 - RM180 = RM1,620.
Dapat disimpulkan bahawa perbezaan antara nilai caruman buat pembayar cukai pendapatan sebenarnya tidak memberi banyak perubahan terhadap jumlah wang yang diterima mereka berbanding dengan individu yang tidak membayar cukai pendapatan. Dapat dikatakan bahawa sama ada 8% atau 11%, ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap pembayar cukai.
Bagaimanapun, buat individu yang tidak membayar cukai pendapatan, semuanya terletak di tangan anda. Jika anda merasakan nilai RM120 sebulan itu benar-benar membantu kos kehidupan anda sebulan, maka tiada salah untuk memilihnya. Namun, jika tidak anda boleh memilih caruman 11% yang mana membawa kepada nilai pelaburan yang lebih besar pada masa hadapan.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!