seismik

Perkataan 'Semburit' Tak Manis Digunakan Untuk Seks Antara Lelaki, DBP Diminta Kaji Semula

Serius tak pernah dengar perkataan 'semburit' sebelum ini.

Cover image via SAYS

Sejak tularnya video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, rakyat Malaysia mula disajikan dengan satu perkataan yang begitu janggal didengar

Perkataan itu ialah... SEMBURIT.

Image via SAYS

Pertama kali dengar serius rasa macam pelik dan kelakar sangat. Sebelum isu video seks ini muncul, tidak pernah pula melihat orang ramai mahupun media-media memakai perkataan 'semburit' ini.

Namun sejak akhir-akhir ini, perkataan ini semakin mendapat perhatian dan semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia.

Persoalannya, memang wujud ke perkataan tu?

Oh, rupa-rupanya memang wujud!

Tinjauan SAYS mendapati bawah perkataan 'Semburit' dan 'Bersemburit' membawa makna yang sama iaitu perbuatan bersetubuh sesama lelaki. Kedua-dua perkataan ini telah diterbitkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

Rujuk sumber di sini.

Walaupun begitu, perkataan 'semburit' ini dianggap tidak sesuai dan tidak senonoh terutamanya kepada masyarakat di negeri-negeri utara

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusof meminta DBP mengkaji semula penggunaan perkataan itu dan menukar kepada perkataan lain yang lebih sesuai.

Ini kerana ia membawa maksud yang amat berbeza kepada penduduk di utara Semenanjung.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusof

Image via UMNO Online

“Sebenarnya perkataan itu tidak manis digunakan kerana ia menggambarkan bahagian kemaluan wanita, walaupun tidak terkandung dalam kamus dewan tetapi masyarakat di sini sudah lama memahami perkataan itu dengan maksud lain.

“Saya percaya DBP mempunyai jutaan perkataan lain yang boleh digantikan dengan perkataan itu misalnya kata pinjaman seperti ‘selfie’ yang ditukar kepada swafoto dan ‘hashtag’ kepada tanda pagar,” katanya.

Beliau turut mempersoal kenapa perkataan yang membabitkan kemaluan wanita pula digunakan

“Sebagai seorang wanita dan ibu, saya sendiri malu apabila perkataan ini mula digunakan, apatah lagi kanak-kanak sekolah juga telah mula menuturkannya dan mereka menganggap ia perkataan biasa kerana terkandung dalam kamus dewan.

“Sebenarnya, macam tidak adil pula kerana perbuatan itu antara seorang lelaki dengan lelaki lain, tetapi mengapa perkataan yang membabitkan kemaluan wanita pula timbul,” katanya. lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: