seismik

Kalau Judi Haram Sebab Ikut Tuah, Maksudnya Cabutan Bertuah Pun Haram Jugak Ke?

Pernah terfikir?

Cover image via Rappler

Apakah hukum cabutan bertuah? Adakah ianya sama seperti judi?

Kalau diikutkan, konsep cabutan bertuah itu sendiri sememangnya mengikut tuah. Sesiapa yang bernasib baik sahaja akan mendapat habuan atau hadiah yang ditawarkan oleh pihak penganjur manakala yang tidak bernasib baik akan pulang dengan tangan kosong.

Disebabkan itu, ramai masyarakat Islam yang berasa bingung sama ada cabutan bertuah ini sebenarnya halal atau haram. Malah ramai juga yang menganggap cabutan bertuah adalah sama seperti judi.

Cabutan bertuah sebenarnya mempunyai pelbagai bentuk dan jenis, ada yang halal dan ada juga yang haram

Memetik tulisan Ustaz Zaharuddin, cabutan bertuah akan jatuh haram jika tidak kena pada cara dan aplikasinya. Majlis Fiqh Antarabangsa 'Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy" telah memutuskan bahawa unsur perjudian dalam sebarang peraduan, permainan dan pertandingan terdapat dalam dua bentuk seperti berikut:

1. Jenis permainan: Iaitu apabila ia bersifat permainan yang HANYA bergantung kepada tuah untuk menang serta memerlukan bayaran untuk menyertainya.

2. Bentuk hadiah: iaitu apabila hadiahnya diambil daripada kumpulan wang penyertaan semua peserta.

Image via blogspot.com

Para ulama kontemporari dalam persidangan fiqh di atas mentakrifkan judi (al-qimar) mengandungi dua unsur utama iaitu:

1. Setiap permainan yang mensyaratkan mereka yang kalah untuk membayar sesuatu.

2. Mengambil harta orang lain dalam situasi 'mukhatarah' atau risiko sama ada akan dapat atau tidak dapat.

Contoh cabutan bertuah haram:

1. Mereka yang ingin menyertai cabutan mestilah membayar yuran tertentu secara langsung:

  • Secara tunai iaitu berdepan: Memberikan wang kepada penganjur secara tunai bagi membolehkan penyertaan.
  • Secara tunai melalui alat telekomunikasi: Bayaran dibuat disekalikan dengan kos telefon, internet, sms dan lain-lain.
  • Syarikat menganjurkan makan malam dengan bayaran RM100 yuran bagi sesiapa yang ingin menyertai cabutan bertuah. Bagi sesiapa yang tidak ingin menyertai cabutan bertuah, yuran hanyalah RM90.

Image via mykhilafah.com

2. Mereka yang ingin menyertai cabutan perlu membayar yuran secara tidak langsung:

  • Yuran dimasukkan dalam harga pembelian barangan biasa.

Jadi, cabutan bertuah yang halal tu macam mana?

Semua jenis cabutan bertuah yang tidak memerlukan sebarang bayaran untuk menyertainya adalah halal dan harus. Ia adalah disepakati oleh ulama kerana melihatnya sebagai pemberian hadiah biasa dari satu pihak (yang memberi dan menawarkan).

Tiada sebarang pihak yang akan menanggung kerugian walaupun tidak terpilih, tatkala itu tiada timbul isu memakan harta orang lain secara batil (salah) yang diharamkan oleh Allah swt. (Syarah Al-Zarkasyi Ala Mukhtasar Al-Hiraqi, 4/320 )  

Image via terengganu.news

Seperti contoh:

1. Cabutan Bertuah Khas Untuk Pekerja: Semua pekerja layak untuk memasuki peraduan yang dianjurkan syarikat, hadiah istimewa disediakan. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

2. Cabutan di Majlis Makan Malam: Syarikat menganjurkan makan malam, dan semua kakitangan dijemput hadir tanpa sebarang bayaran. Ketika itu, cabutan bertuah dibuat sama ada cabutan bagi nombor meja, nombor kakitangan ataupun secara melekatkan tanda tertentu di bawah kerusi.

3. Cabutan bertuah di pasaraya: Terdapat beberapa buah pasaraya yang melaksanakan promosi dengan menawarkan mana-mana pelanggan yang membeli barangan berharga lebih daripada RM100 dalam satu resit, pelanggan tersebut akan diberikan borang untuk penyertaan cabutan bertuah, HARGA BARANGAN PULA KEKAL PADA HARGA BIASA.

Baca lebih lanjut di sini.

Harapnya semua orang faham dan boleh amalkan. Sebarkan juga untuk kebaikan bersama. :)

Image via giphy.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Amalkan ini juga!

You may be interested in: