seismik

3 Kamera Intip Dikesan Dalam Tandas Wanita Hospital Bentong

Baru-baru ini, seluruh Malaysia telah dikejutkan dengan berita tiga kamera tersembunyi yang dijumpai di tandas kakitangan wanita Hospital Bentong.

Cover image via blogspot.com

"Jangan Panik," Kata Menteri Kesihatan Kepada Pengguna Media Sosial

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam

Image via abnxcess.com

Menteri Kesihatan Datuk Seri S. Subramaniam meminta orang ramai agar tidak panik dengan penemuan itu (tiga buah kamera tersembunyi) dan membuat pelbagai spekulasi melalui laman media sosial sehingga boleh mengganggu siasatan polis.

bernama.com

Kementerian Kesihatan memandang serius kejadian tiga buah kamera tersembunyi yang ditemui di dalam tandas anggota kesihatan wanita di Unit Kecemasan, Hospital Bentong, Pahang. Dalam satu kenyataan di Putrajaya, Selasa, kementerian tersebut menjelaskan pihak pengurusan hospital telah melaporkan perkara itu kepada pihak polis pada 30 Jan lalu bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab meletakkan kamera tersebut.

bernama.com

"Kementerian memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini dari pelbagai sudut dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana anggota kesihatan yang terlibat dalam kejadian tersebut," katanya.

themalaysianinsider.com

Pada 3 Februari 2014, 3 Kamera Tersembunyi Telah Dikenal Pasti Dalam Tandas Wanita Di Hospital Tersebut

Image via imgur.com

Tiga kamera tersembunyi yang ditemui di tandas kakitangan wanita Hospital Bentong baru-baru ini, berkemungkinan besar dipasang oleh orang dalam atau petugas hospital itu sendiri.

bharian.com.my

Tandas Berkenaan Yang Berada Di Bahagian Unit Rawatan Kecemasan Hanya Boleh Digunakan Oleh Kakitangan Hospital Sahaja

Gambar hiasan sahaja.

Image via blogspot.com

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, tandas berkenaan yang berada di bahagian unit rawatan kecemasan hanya boleh digunakan oleh kakitangan hospital sahaja.

hmetro.com.my

Malah orang awam tidak dibenarkan sama sekali memasukinya bagi mengelak kesesakan atau mengganggu privasi doktor atau jururawat yang bertugas.

hmetro.com.my

“Kita tidak menolak ada pembabitan daripada orang dalam berikutan tandas itu hanya boleh digunakan oleh kakitangan wanita saja manakala orang awam tidak dibenarkan.

hmetro.com.my

Perbuatan Ini Disedari Apabila Seorang Kakitangan Wanita Hospital Ternampak Cahaya Merah Seolah-Olah Sedang Merakam Gambar

Image via blogspot.com

Perbuatan meletakkan kamera di bawah sinki dan berbentuk penyangkut baju disedari apabila seorang kakitangan wanita hospital ternampak cahaya merah seolah-olah sedang merakam gambar.

hmetro.com.my

Badan Pemantau Jenayah, 'Mywatch' Telah Pun Menyebarkan Perkara Tersebut Melalui Akaun Twitter dan Facebooknya

Badan pemantau jenayah, MyWatch telah menyebarkan tentang perkara ini menerusi akaun Twitter mereka.

Image via imgur.com

Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau jenayah, MyWatch, menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat naik seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun Facebooknya.

hmetro.com.my

Kes Ini Diserahkan Kepada Polis Untuk Melakukan Siasatan Terperinci

“Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak kami akan mengambil tindakan tegas,” katanya, ketika dihubungi di sini, semalam.

hmetro.com.my

Sebelum Ini, Terdapat Sebuah Kes Seorang Suami Yang Merakam Aksi Isterinya Dan Anak-Anak Ketika Mereka Mandi:

You may be interested in: