seismik

Kanak-Kanak Lima Tahun Dibunuh Dan Dicampak Di Ladang Sawit Oleh Ibu

Tergamak seorang ibu sanggup menamatkan riwayat anaknya sendiri.

Cover image via mynewshub.my

Pada 29 September 2014, Pihak Polis Telah Menemui Mayat Seorang Kanak-Kanak Lelaki Berusia Lima Tahun Dalam Kawasan Semak Berhampiran Ladang Sawit Di Sebuah Kampung Di Pulau Pinang

Image via imgur.com

Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipercayai dibunuh ditemui dalam kawasan semak berhampiran ladang sawit di Kampung Tongkang, Permatang Tinggi, Pulau Pinang pada Isnin, 29 September 2014.

mstar.com.my

Pada Mulanya, Ibu Kanak-Kanak Itu Mendakwa Anaknya Telah Hilang Ketika Mereka Sedang Bersiar-Siar Di Padang Kota, George Town Pada 20 September 2014

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah.

Image via themalaymailonline.com

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata mayat kanak-kanak itu ditemui selepas pemeriksaan oleh sepasukan polis di kawasan berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari.

sinarharian.com.my

"Polis menerima laporan daripada ibu kanak-kanak itu pada Sabtu lepas, 20 September 2014 mendakwa anaknya hilang ketika mereka bersiar-siar di Padang Kota, George Town pada pukul 2.30 petang," kata Mazlan.

mstar.com.my

Namun Begitu, Selepas Menjalankan Siasatan, Pihak Polis Mendapati Keterangan Yang Diberikan Wanita Itu Bercanggah Dan Mengelirukan. Susulan Itu, Wanita Tersebut Bersama Teman Lelakinya Ditahan.

Bagaimanapun polis yang menjalankan siasatan mendapati kenyataan wanita berusia 30 tahun itu bercanggah dan mengelirukan. Polis seterusnya menahan wanita itu bagi membantu siasatan.

astroawani.com

Susulan itu, polis turut menahan teman lelaki wanita terbabit yang berusia 24 tahun di Klang, Selangor.

astroawani.com

Ketika Disoal Siasat, Kejadian Sebenar Akhirnya Terbongkar Apabila Wanita Itu Mengaku Memukul Anaknya Sehingga Mati Di Rumah Mereka Di Kulim, Kedah Pada Hari Anaknya Dilaporkan Hilang

Image via mynewshub.my

"Wanita itu mendakwa anaknya telah mati kira-kira pukul 4.30 petang pada 20 September iaitu tiga hari sebelum dia membuat laporan polis berhubung kehilangan kanak-kanak berkenaan."

sinarharian.com.my

"Berikutan panik dan enggan kejadian itu diketahui, wanita terbabit dan teman lelakinya bertindak membuang mayat kanak-kanak berkenaan di kawasan semak di Kampung Tongkang," ujar Mazlan.

mstar.com.my

Pihak Polis Kemudian Membawa Wanita Berkenaan Bersama Teman Lelakinya Ke Kawasan Semak Itu Dan Menemui Mayat Kanak-Kanak Yang Lengkap Berpakaian Dan Dibungkus Dengan Selimut

Image via mstar.com.my

Ekoran pengakuan itu, polis membawa wanita dan teman lelakinya ke kawasan semak itu dan menemui rangka kanak-kanak terbabit.

astroawani.com

Ketika ditemui, mayat itu lengkap berpakaian dan dibungkus dengan selimut serta terdapat beberapa kesan gigitan pada badan kanak-kanak itu.

sinarharian.com.my

Motif Disebalik Kejadian Bagaimanapun Masih Tidak Dapat Dikenal Pasti. Pihak Polis Sedang Menjalankan Siasatan Dan Juga Sedang Mengesan Bapa Kanak-Kanak Terbabit.

Siasatan lanjut sedang dijalankan polis bagi mengetahui motif kejadian sebenar.

astroawani.com

Polis juga sedang mengesan bapa kanak-kanak berkenaan dan difahamkan lelaki itu dalam proses bercerai dengan wanita yang ditahan.

mstar.com.my

JUGA DI SAYS: Ibu Bapa Tekup Mulut Anak Sehingga Mati Kerana Tidak Berhenti Menangis

You may be interested in: