seismik

Kanak-Kanak Termakan Keropok Beracun Digantung Tepi Pagar Disahkan Meninggal Dunia

Sebelum ini, media melaporkan Muhammad Akil dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, kritikal.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang daripada dua beradik yang termakan keropok disyaki mengandungi racun tikus, meninggal dunia hari ini

Menerusi laporan, Muhammad Akil Syauqi, 3, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP), manakala adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, masih dirawat di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi, berkata kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.30 pagi tadi.

Kejadian yang berlaku pada Ahad lalu menyebabkan dua beradik lelaki itu kritikal selepas memakan makanan ringan berupa keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi.

Image via Harian Metro

Difahamkan, makanan ringan itu didakwa telah digantung pada pagar dawai yang dipasang oleh pemilik kebun.

Ia dipercayai untuk tujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanaman. Lokasi kejadian itu terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka.

Ibu mangsa, Nurain Hasnorizal, kemudian mendapati dua anaknya itu muntah dan menggelupur seperti diserang sawan kemudian membawa mereka ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.

Dua beradik itu kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang selepas keadaan mereka semakin kritikal.

"Urusan bedah siasat akan dijalankan, dan jenazah dijangka dibawa pulang ke Kampung Banggol Berangan, Labu Besar di sini, untuk dikebumikan," katanya.

Image via Harian Metro

You may be interested in: