seismik

Kandungan Buku Teks Sejarah Akan Dirombak

Penemuan baru oleh pakar-pakar sejarah tempatan menyebabkan kandungan dalam buku teks sejarah sekolah perlu dirombak.

Cover image via says.com

Sejarah Melaka Dalam Buku Teks Sekolah Berkemungkinan Perlu Dirombak Semula Atas Penemuan Baru Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme (IKSEP)

Kandungan di dalam buku teks Sejarah tingkatan 4 dan tingkatan 5 adalah antara yang perlu dirombak.

Image via photobucket.com

Sejarah kegemilangan Melaka dirujuk 100 tahun sebelum kejatuhan empayar itu pada 1511 tetapi melalui kajian terbaharu IKSEP, ia sebenarnya bermula lebih awal iaitu pada 1262.

bernama.com

Kisah 'ajaib' apabila anjing yang dibawa Parameswara ditewaskan oleh seekor kancil di bawah pokok Melaka.

Image via malaysiabackpackers.com

Pengurus Besar IKSEP, Datuk Aziz Ujang berkata penemuan itu dibuat hasil kajian institut itu yang dalam proses menyiapkan lapan jilid Buku Sejarah Nasional Malaysia, yang kini masuk 80 peratus siap.

sinarharian.com.my

Pelbagai Kandungan Perlu Dirombak Semula Termasuk Zaman Prasejarah Purba, Era Kegemilangan Melayu Melaka Sehingga Ke Zaman Pasca Merdeka

Perdagangan di pelabuhan merupakan sumber ekonomi utama ketika zaman kegemilangan Melayu Melaka.

Image via wordpress.com

Antara kandungan buku itu termasuk menjejaki sejarah negara di antara prasejarah daripada zaman Paleolitik iaitu zaman batu awal, Mesolitik (zaman batu pertengahan), Neolitik (zaman batu baharu), ke rentas era kegemilangan Empayar Melayu Melaka, pra dan pasca Merdeka sehingga era globalisasi yang membentuk Malaysia moden.

bernama.com

Menurut Aziz, sumber buku sejarah Nasional Malaysia adalah berdasarkan daripada rekod, dokumen serta hikayat-hikayat Melayu dan Cina termasuk arkib, muzium dan pusat sejarah terutama di Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam.

sinarharian.com.my

Kesemua Buku Berkenaan Dihasilkan Oleh Ahli-Ahli Akademik Dari Pelbagai Bangsa Bagi Mengelakkan Kandungan Terpesong. Selain Itu, Orang Awam Turut Diberi Peluang Untuk Menyumbang Isi Kandungan Jika Berminat.

Kejatuhan empayar Melaka bermula apabila Portugis mula campur tangan.

Image via melakareview.com

Untuk mengelak daripada fakta sejarah dalam buku tersebut dipertikai, kesemua pakar sejarah yang terlibat dalam membantu pengisian buku tersebut adalah daripada ahli-ahli akademik pelbagai bangsa bagi menentukan kesahihannya dan tidak terpesong daripada kebenarannya.

sinarharian.com.my

IKSEP juga akan menganjurkan bengkel kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menambah baik isi kandungan buku sejarah berkenaan.

bernama.com

Empat Daripada 8 Jilid Terbaru Itu Menelan Kos Sebanyak RM4 Juta Dan Bakal Dilancarkan Pada November 2014

Aziz berkata buku sejarah itu merupakan hasil kajian selama lima tahun, membabitkan 18 orang pakar sejarah negara termasuk dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

kosmo.com.my

Empat jilid pertama Buku Sejarah Nasional Malaysia yang menelan belanja RM4 juta itu bakal dilancar November depan.

kosmo.com.my

JUGA DI SAYS: Anda Akan Temui 'Selfie', 'Hashtag' Dan 'Tweet' Dalam Edisi Baru Kamus Dewan

You may be interested in: