#KanserBukanTiketUntukMati: Dengan RM13 Pesakit Kanser Ini Jelajah Ke Seluruh Semenanjung
Terbaiklah bro!
Bayangkan jika suatu hari, doktor mengesahkan bahawa tubuh kita telah dijangkiti kanser. Apa yang akan kita buat?
Seperti kebanyakan pesakit kanser lain, penyakit ini sememangnya menghantui perjalanan hidup mereka dari pelbagai aspek. Ada di antara mereka yang begitu terkesan sehingga menimbulkan tekanan, mempengaruhi kemurungan, dan meruntuhkan semangat untuk terus menjalani hidup seperti biasa.
Kanser adalah sesuatu penyakit yang amat serius. Pakar perubatan juga percaya bahawa penyakit ini masih belum mempunyai penawarnya.
Meskipun begitu, kanser bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan. Bagi mengubah persepsi ini, seorang lelaki, Zaki Bijak yang menghidapi penyakit kanser darah tampil menyanggah persepsi itu.
Bagi Zaki, kanser langsung tidak menjadi penghalang untuk beliau memenuhi impian yang dipasangnya sejak dua tahun lalu. Impian untuk menjelajah ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia mula tercipta apabila Zaki disahkan menghidapi kanser darah pada Julai 2014.
Menariknya, Zaki bukan setakat menjelajah. Beliau mengembara dengan satu cara yang unik. Berbekalkan hanya RM13 di dalam dompet, Zaki berjalan menggunakan konsep hitch-hiking ke serata tempat secara bacpacking.
Konsep hitch-hiking secara bacpacking ini memang cukup popular dilakukan di luar negara, lebih spesifik di kawasan Eropah dan Amerika Syarikat. Pada mulanya, Zaki ingin mengembara ke luar negara kerana konsep sebegini dipandang sedikit janggal jika dilakukan di Malaysia.
Tetapi disebabkan kekangan kewangan dan tahap kesihatan, Zaki tidak dapat memenuhi hasratnya itu. Sebaliknya, beliau menjelajah ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia.
Perjalanan Zaki bermula di Jerantut, Pahang pada 27 Ogos tempoh hari dan bakal berakhir pada 8 September nanti
Misi pengembaraan Zaki ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai agar tidak berputus asa dalam hidup dan kepada pesakit kanser agar tidak berhenti melawan penyakit
Dan sepanjang perjalanan, Zaki temui pelbagai jenis orang yang sudi membantunya dengan seikhlas hati. Tidak kira bangsa apa sekali pun, semuanya mempunyai misi untuk melakukan kebaikan demi Zaki.
Setelah 3 hari 2 malam dan hampir 1,000 kilometer kemudian, duit RM13 itu masih langsung tidak digunakan
RM13.00 untuk tiga belas hari jelajah semenanjung malaysia tampa ATM card yang ade cash ic n lesin memandu saja... yang lain aku dah packin siap simpan dalam bilik dalam kotak dekat umah mak aku
dah tiga hari dua malam alhamdulillah RM13 masih tak digunakan walau pon perjalanan sudah hampir atau melebihi 1000km... semoga perjalanan ku dipermudahkan Allah insyaAllah...
#ZakiBijak
#CancerFighterMalaysia
#CancerBukanTiketUntukMati
Terbaiklah Zaki! Kau memang bijak. :DSemoga Zaki berjaya menyelesaikan misinya yang telah diimpikan sejak dua tahun lalu ini dengan jayanya.#ZakiBijak
#CancerFighterMalaysia
#CancerBukanTiketUntukMati
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!