seismik

Kate Middleton Sah Hamil Anak Kedua. Lelaki Atau Perempuan?

Pewaris takhta keempat Britain bakal dilahirkan pada bulan April 2015.

Cover image via stuff.co.nz

[TERKINI] Kate Middleton Ternganga Bakal Timang Anak Kembar

Selepas mengumumkan berita kehamilannya sedikit masa lalu, Kate Middleton dan suami, Putera William menerima satu lagi khabar gembira apabila bakal menimang cahaya mata kembar untuk kehamilan keduanya ini.

karangkraf.com

Kate Middleton terkejut dengan berita kehamilan anak kembar.

Image via zimbio.com

Memetik laporan majalah Star, perkhabaran ini diketahui selepas mereka menjalani pemeriksaan 'ultrasound' dan pasangan ini jelas terkejut dengan apa yang dilihat.

karangkraf.com

"Mereka melihat di skrin dan nampak dua tubuh kecil, mereka sangat teruja. William memberitahu, mereka sangat terkejut dan dia tidak akan melupakan reaksi Kate yang ternganga mulutnya dengan mata terbeliak sambil menjerit 'Oh my God'," ujar rakan baik pasangan Diraja ini.

karangkraf.com

Duchess of Cambridge, Kate Middleton Disahkan Mengandung Anak Kedua Pada 8 September 2014. Usia Kehamilannya Kini Dilapor Kurang Daripada 12 Minggu.

Image via ccel.ca

Berita Gembira Berkenaan Diumumkan Oleh Kensington Palace, Pejabat Pasangan William Dan Kate Melalui Laman Twitter Mereka

Image via imgur.com
Image via imgur.com

Suami Kate, Putera William Dalam Lawatannya Untuk Acara Pelancaran "China Centre" Mengakui Sangat Teruja Dengan Berita Kehamilan Isterinya Itu

Duke Of Cambridge, Putera William mengakui teruja apabila isterinya, Kate Middleton disahkan hamil anak kedua.

tupai.com.my

Dipetik daripada laporan Mirror, William berkata demikian ketika lawatan ke Universiti Oxford untuk pelancaran Pusat China pada Isnin, 8 September 2014.

tupai.com.my

Kate Middleton Terpaksa Membatalkan Lawatannya Bersama Putera William Kerana Menghadapi Komplikasi Yang Memaksanya Untuk Berehat. Meskipun Begitu, Dia Dilaporkan Berada Dalam Keadaan Sihat.

Image via wikimedia.org

Kate, 32, sepatutnya menghadiri acara tersebut bersama William, namun terpaksa membatalkan kehadirannya pada saat-saat akhir kerana mengalami hyperemesis gravidarum, iaitu keadaan yang sama dialaminya ketika mengandungkan Putera George sehingga menyebabkannya dimasukkan ke hospital pada tahun 2012.

tupai.com.my

William memberitahu pihak media, Kate berada dalam keadaan sihat, cuma adakalanya tahap kesihatannya tidak menentu. "Kami berharap dia akan pulih seperti sedia kala dan berasa sihat sepenuhnya. Walau apa pun, kami teruja dengan berita ini," ujarnya.

tupai.com.my

Kate Diramal Akan Melahirkan Anak Keduanya Itu Pada Bulan April 2015. Jantina Anaknya Bagaimanapun Masih Belum Dikenal Pasti.

Image via blogspot.com

Cahaya mata kedua pasangan ini dijangka dilahirkan pada April 2015.

tupai.com.my

Bayi berkenaan akan menduduki tangga keempat senarai pewaris takhta Britain, sekali gus meletakkan bapa saudaranya, Putera Harry di tempat kelima. Anak sulung pasangan ini, Putera George menduduki tangga ketiga dan berkemungkinan menjadi raja Britain satu hari nanti.

malaysiandigest.com

Untuk Makluman, Pasangan William Dan Kate Menyambut Kelahiran Anak Pertama Mereka, George Alexander Louis Pada 22 Julai 2013

You may be interested in: