seismik

Pereka Fesyen Terkenal, Kate Spade Maut, Ditemui Menggantung Diri Di Kediamannya

Mayatnya ditemui oleh pembantu rumah di pangsapuri Park Avenue, Manhattan, New York.

Cover image via NPR

Pereka handbag terkenal iaitu Kate Spade telah ditemui mati di rumahnya pada jam 10:20 pagi hari Selasa, 5 Jun

Image via WPTV.com

Pegawai Jabatan Polis New York berkata bahawa pihak polis menerima panggilan kira-kira jam 10:30 pagi dan mendapati Kate tidak sedarkan diri dan tidak bertindak balas di bilik tidurnya di pangsapuri Park Avenue, Manhattan. Kate juga dikatakan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh WPTV, mayat Kate ditemui tergantung di pangsapuri itu oleh pembantu rumahnya dan beliau dipercayai telah membunuh diri.

Ketua pemeriksa perubatan New York City mengatakan punca kematian Kate masih disiasat. Walau bagaimanapun, kehadiran nota dari Kate jelas menunjukkan dia telah membunuh diri.

Jenama Kate Spade New York juga telah mengeluarkan kenyataan mengenai berita yang mengejutkan itu sejurus insiden tersebut digemparkan

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Channel News Asia, setelah kematian Kate, peminat jenama itu mula memuatnaik gambar koleksi beg tangan kegemaran mereka di media sosial dengan caption tentang berapa lama mereka telah memiliki beg tangan jenama terkenal itu.

Kate Spade telah membina empayar fesyen syarikat beg tangan yang ditubuhkan bermula tahun 1993 sehingga kini

Image via BBC

Kate akhirnya membina perniagaannya untuk menjadi salah satu jenama reka bentuk beg tangan yang paling terkenal di dunia dan telah berkembang dari hanya sebuah kedai di Manhattan, New York pada tahun 1996 sehingga membuka 140 kedai termasuk outlet besar di Amerika Syarikat. Jenama itu kini mempunyai lebih daripada 300 cawangan seluruh negara.

Pada tahun 1995, jenama itu bernilai $1.5 juta, dan pada tahun 1996, Kate dianugerahi Anugerah Perry Ellis untuk Bakat Baru Fesyen dalam Reka Bentuk Aksesori oleh Majlis Pereka Fesyen Amerika

Image via Luxury Facts
Image via Fashionisers

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Channel News Asia, Kate memberitahu National Public Radio (NPR) pada tahun lepas bahawa perbincangan untuk memulakan syarikat beg tangan bersama Andy Spade telah berlaku ketika mereka sedang makan di sebuah restoran Mexico pada tahun 1991.

Rest In Peace, Kate Spade. :(

Image via Scoopnest.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jika anda mempunyai masalah depression, minta pertolongan. Jangan pernah bersendirian.

You may be interested in:

Leave a comment