seismik

Kenapa Nak Haramkan Buku Komik 'Ultraman' Pula?

Katanya, buku komik Ultraman ini ada unsur-unsur yang memudaratkan. Biar betul?

Cover image via hothdwallpaper.net

[TERKINI] Buku Komik 'Ultraman' Diharamkan Kerana Penggunaan Kalimah 'Allah'

Komik 'Ultraman The Ultra Power'

Image via melvister.com

While the Home Ministry has yet to give an official explanation for the ban, it is believed that the comic may have been caught up in the wake of the "Allah" issue.

themalaysianinsider.com

The possibly offending line on the page reads in Bahasa Malaysa: "Beliau dianggap sebagai, dan dihormati sebagai, 'Allah' atau Elder semua wira Ultra."

themalaysianinsider.com

Penggunaan Perkataan 'Allah' Boleh Mengelirukan Pemikiran Kanak-Kanak Terhadap Sifat Allah Yang Disamakan Dengan Ultraman King

Kandungan buku komik Ultraman yang mengandungi perkataan Allah

Image via melvister.com

Perkara ini dibimbangi boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan Allah dengan Ultraman.

mykmu.net

Kalimah Allah juga merupakan kalimah suci bagi umat Islam di Malaysia dan boleh mencetuskan provokasi bagi umat Islam sekiranya disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

mykmu.net
Image via melvister.com

Jika perkara ini tidak dibendung, ianya boleh memudaratkan ketenteraman awam dan boleh mengemparkan fikiran orang ramai.

mykmu.net

Jelas Sekali, Ultraman Tidak Bersalah. Hanya Penggunaan Perkataan 'Allah' Yang Mencetuskan Isu. Persoalannya, Siapa Yang Bertanggungjawab?

Tweet dari KJ

Image via twitter
Image via facebook.com

6 Mac: Kementerian Dalam Negeri (KDN) Telah Mengharamkan Penjualan Buku Berjudul 'Ultraman The Ultra Power' Kerana "Memudaratkan Ketenteraman Awam"

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Image via therakyatpost.com

Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku ‘Ultraman The Ultra Power’, yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.

freemalaysiatoday.com

Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.

freemalaysiatoday.com

Warta Larangan Itu Berkuat Kuasa Mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984

Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuat kuasa 18 Feb lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

mstar.com.my

"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," menurut kenyataan itu.

mstar.com.my

Denda Sehingga RM20,000 Akan Dikenakan Kepada Individu Yang Didapati Melakukan Kesalahan

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

astroawani.com

Apa Pendapat Anda?

Image via tumblr.com

Sedihnya, Dari Kemalangan, Jerebu Dan Ketenteraman Awam, Semuanya Angkara Ultraman...

Image via says.com

Rakyat Malaysia Tidak Hanya Berdiam Diri. Adiwira Kegemaran Mereka Mendapat Sokongan Padu. BACA SINI:

Kalau Buku Ultraman Diharamkan, Buku Ini Pula Bagaimana?

You may be interested in: