seismik

"Kebaikan Susu Untuk Seisi Keluarga" - Kekal Aktif Setiap Hari Dengan Nestlé EVERYDAY

Jom kita berswafoto sambil beramal.

Cover image via Everyday Malaysia (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Artikel ini ditaja oleh Nestlé EVERYDAY.

Sejak kecil lagi, susu adalah makanan penting yang ditekankan ibu bapa kepada anak mereka

Seperti yang kita tahu, susu mengandungi sumber baik nutrien penting untuk memenuhi keperluan seisi keluarga.

Anda tahu tak sebenarnya, ramai yang kurang pengetahuan mengenai makanan yang diambil? Walaupun makanan itu cukup sedap dan memuaskan, tetapi ia mungkin tidak membekalkan mikronutrien yang diperlukan tubuh untuk berfungsi sepenuhnya. Ha, biar betul kan?

Keadaan sebegini ia lebih dikenali sebagai hidden hunger (kelaparan tersembunyi) yang menggambarkan keadaan kurang mikronutrien seperti vitamin dan mineral. Ia boleh menyebabkan tubuh tidak dapat menjalankan fungsi dengan baik serta boleh mengalami gangguan kesihatan yang serius.

Tahukah anda 1 daripada 3 keluarga Malaysia kekurangan mikronutrien dalam diet seharian mereka seperti zat besi, vitamin C dan Kalsium.

Oleh itu, golongan ibu bapa terutamanya mempunyai anak-anak tidak perlu risau lagi kerana Nestlé EVERYDAY ada jawapannya untuk kebaikan seisi keluarga.

Nestlé EVERYDAY sentiasa menjadi jenama susu mampu milik pilihan pertama ibu bapa di Malaysia

Pengambilan susu Nestlé EVERYDAY setiap hari boleh membantu memenuhi jurang nutrien dalam pengambilan makanan.

Bagi memenuhi keperluan nutrien harian yang diperlukan setiap keluarga di Malaysia, memang disarankan memilih susu seperti Nestlé EVERYDAY kerana ia berkhasiat dan mengandungi kebaikan vitamin dan mineral penting.

Sebab itulah, Nestlé EVERYDAY merupakan jenama  jenama susu terkenal lama di Malaysia yang mampu dimiliki untuk seisi keluarga. Jadi selepas ini semua orang berpeluang untuk memiliki susu yang penuh berkhasiat ini.

Apa yang lebih penting, susu Nestlé EVERYDAY ini boleh dinikmati oleh setiap lapisan umur tidak kira muda ataupun tua. Ini baru betul keluarga sihat dan ceria dengan susu penuh berkhasiat. Bila sihat barulah dapat bahagia bersama-sama yang tersayang.

Nestlé juga telah menjalankan satu kempen #HariHariEveryday untuk menggalakkan setiap keluarga di Malaysia untuk mementingkan pengambilan nutrisi harian.

Menerusi kempen ini juga, barulah orang ramai akan tahu betapa pentingnya mikronutrien untuk tubuh badan sambil menikmati susu Nestlé EVERYDAY.

Nestlé turut terkenal dengan moto mereka Good Food, Good Life, jadi menerusi kempen ini mereka juga, mereka ingin membantu golongan yang memerlukan melalui program pendidikan dan aktiviti khidmat masyarakat.

Nestlé EVERYDAY mempunyai 12 vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh badan seperti zat besi, vitamin C dan kalsium

Sementara itu, dalam Piramid Makanan Malaysia juga turut menyarankan pengambilan dua hidangan susu dan produk tenusu setiap hari.

Contoh satu hidangan adalah satu gelas susu, satu cawan yogurt ataupun satu keping keju. Selepas ini, anda tidak perlu risau tentang nutrisi dalam susu sebab susu Nestlé Everyday mengandungi12 vitamin dan mineral, tinggi dengan mikronutrien seperti zat besi,dan kalsium. Kalsium adalah penting untuk perkembangan gigi dan tulang yang kuat manakala zat besi diperlukan untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan kita.

Kalau anda nak tahu, 2 hidangan susu Nestlé EVERYDAY dapat memenuhi 100% keperluan harian Vitamin C untuk kanak-kanak (4-9 tahun) berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (2017) . Vitamin C diperlukan untuk penyerapan zat besi dalam makanan. Hebat bukan?

Selain daripada meminumnya begitu saja, susu Nestle EVERYDAY boleh digunakan dalam pelbagai makanan atau minuman harian anda. Oleh itu, apa kata anda cuba resepi ini yang menggunakan susu Nestlé EVERYDAY dan cara menyediakannya juga mudah dan senang dipratikkan.

Teh Masala dengan susu Nestlé EVERYDAY

BAHAN-BAHAN A

-500 ml air

-500 ml susu Nestlé EVERYDAY (6 sudu besar susu Nestlé EVERYDAY)

-4 sudu kecil gula (Boleh juga guna madu atau sirap maple)

-2 sudu besar daun teh (Boleh guna uncang teh)

-1 sudu besar halia (Hiris/parut)

BAHAN-BAHAN B

*5-7 biji buah pelaga

*5-7 biji cengkih

*2 batang kecil kayu manis

*5-7 biji lada hitam

Image via Dear Nestlé

Cara-Cara Penyediaan:

1) Hancurkan bahan-bahan B menggunakan lesung batu atau pengisar kopi/rempah.

2) Panaskan air di dalam periuk pada api sederhana tinggi dan masukkan bahan–bahan B yang dikisar.

3) Masukkan halia dan kurangkan api ke sederhana dan biarkan air mendidih selama 5 minit sehingga naik bau wangi.

4) Tambahkan daun teh dan biarkan mendidih selama satu minit. Boleh tambah gula pada masa ini ataupun kemudian apabila dihidangkan.

5) Tambah susu Nestlé EVERYDAY dan kacau.

6) Tunggu sehingga teh mendidih. Teh boleh melimpah dengan mudah, jadi perhatikan dengan teliti.

7) Sebaik sahaja teh mendidih, tutupkan api dan tutup periuk dengan penutup selama satu minit.

8) Tarik teh dalam cawan dan nikmati minuman anda!

Puding dadih lemak berkrim disediakan dengan susu berkhasiat Nestlé EVERYDAY!

Image via Dear Nestlé

Bahan-bahan:

-2 liter susu Nestlé EVERYDAY (200g +1.2 liter)

-20g agar-agar tali

-125g serbuk gula

-1/8 sudu kecil garam

-1 liter air untuk masak agar-agar tali

-1/8 sudu kecil pewarna merah jambu, hijau atau mengikut kesesuaian

Cara penyediaan:

1) Masak agar-agar bersama air di atas dapur sehingga larut.

2) Masukkan susu Nestlé EVERYDAY, gula dan garam.

3) Tapis bancuhan tersebut dan sejukkan. Siap untuk dihidangkan.

Biskut Suji dengan susu Nestlé EVERYDAY

Image via Dear Nestlé

Bahan A

-1 cawan (230 gm) - minyak sapi

-1 cawan (200 gm) - gula halus/gula icing

Bahan B

-1 cawan (125 gm) susu Nestlé EVERYDAY

-2 cawan (250 gm) tepung gandum

Hiasan

-50 gm ceri merah (Dipotong kecil)

Cara-Cara Penyediaan:

1) Dalam bekas, gaulkan bahan A hingga sebati.

2) Masukkan bahan B sedikit demi sedikit sehingga digaul sebati.

3) Bentuk adunan kepada bulatan dan letak ceri di atas.

4) Panaskan ketuhar pada suhu 170°C api atas bawah.

5) Bakar selama 15 minit.

Jom berswafoto sambil beramal dengan Nestlé EVERYDAY!

Image via GIPHY

Dah tahu macam mana resepi menggunakan susu Nestlé EVERYDAY, jom kita berswafoto pula sambil beramal.

Malah, pada masa yang sama kita juga boleh meningkatkan kesedaran tentang isu hidden hunger ini dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menggunakan #HariHariEveryday bermula 28 Mei 2022 ini!

Mesti anda dah teruja nak join kempen ini bukan? Mudah saja, anda hanya perlu ikuti langkah-langkah di bawah:

- Post gambar anda bersama satu pek Susu Tepung Nestlé EVERYDAY di media sosial

- Wajib posing yang menunjukkan otot anda dan letakkan #HariHariEveryday dalam caption anda

Pada masa yang sama, untuk setiap hashtag #HariHariEveryday yang anda gunakan, Nestlé Everyday akan menyumbangkan satu pek nutrisi yang akan diisi dengan cenderahati untuk keluarga yang memerlukan okay.

Jadi, jangan lupa dapatkan produk Nestlé EVERYDAY ini dengan segera, kalau tak anda yang rugi. Untuk maklumat lanjut mengenai Nestlé EVERYDAY, anda boleh saja layari media sosial rasmi mereka di Facebook.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik