[GAMBAR/VIDEO] Apakah Punca Kebakaran Besar Di Kompleks Terkenal Ini?
Kompleks Zon Bebas Cukai terkenal di Rantau Panjang, Kelantan dipercayai musnah dalam kebakaran pada kira-kira jam 11.30 malam, Isnin 6 Januari 2014 yang melibatkan 60 unit kedai hangus terbakar.
Kerajaan Kelantan Berjanji Untuk Menghulurkan Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran
Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, bantuan itu akan dihulurkan melalui Tabung Serambi Mekah.
harakahdaily.net"Bantuan ini akan disampaikan sebaik sahaja selesai kerja-kerja menyenaraikan mangsa yang terlibat," katanya.
harakahdaily.net"Sekalipun bantuan ini mungkin tidak menanggung keseluruhan kos, saya harap ia mampu meringankan sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung oleh mangsa yang rata-ratanya terdiri daripada peniaga kecil-kecilan," ujar beliau lagi.
harakahdaily.netPeniaga yang terlibat dalam kebakaran diharap tabah menghadapi ujian
Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang Siti Zailah Yusuf menasihati para peniaga yang kehilangan peniagaan mereka agar membuat laporan polis dengan segera bagi memudahkan mereka memohon bantuan.
harakahdaily.net"Kita berharap orang ramai boleh menyalurkan derma kepada mereka kerana ada di kalangan para peniaga yang masih berhutang dengan tauke-tauke besar", kata Zailah.
harakahdaily.netBeliau juga akan melancarkan tabung kebakaran terutama bagi mereka yang kehilangan modal dan tinggal sehelai sepinggang.
harakahdaily.netKira-kira 11.30pm pada 6 Jan 2014, satu kebakaran besar telah berlaku di Rantau Panjang, Kelantan
Beberapa unit kedai Kompleks Zon Bebas Cukai Rantau Panjang yang terkenal di kalangan pelancong musnah dalam kebakaran.
astroawani.comIa berada 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok, Thailand.
wikipedia.org60 unit kedai di Kompleks Zon Bebas Cukai Rantau Panjang musnah dalam kebakaran
Sebahagian besar kedai berkenaan menjual pakaian dan selimut menyebabkan api lagi cepat marak.
bernama.comKesemua kedai berkenaan dengan binaan kayu, yang beroperasi lebih 20 tahun di kawasan zon bebas cukai itu, terletak sebelah menyebelah menyebabkan api cepat merebak.
bernama.comBomba terpaksa mendapatkan sumber air dari Sungai Golok
Jentera bomba bersama 33 anggota tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian dan berjaya mengawal api sepenuhnya dalam tempoh sejam.
astroawani.comPenolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan
Abdul Jalil Ishak berkata bomba terpaksa mendapatkan sumber air dari Sungai Golok yang terletak berhampiran selepas air dari pili bomba berdekatan tidak mencukupi.
Punca kebakaran dan nilai kerugian belum dapat dipastikan
Menurut catatan sesetengah pihak, punca kebakaran masih belum dapat dipastikan.
ooo.myBagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
melvister.comPeniaga-peniaga meluahkan perasaan sedih atas kerugian barang-barang mereka dalam kebakaran ini
Seorang peniaga, Suhaida Shafie, 25, berkata dia kerugian kira-kira RM50,000 apabila semua pakaian dan selimut di kedainya musnah.
astroawani.com"Keluarga saya dah berniaga di sini sejak 20 tahun lalu dan saya pilu
melihat kedai milik kami musnah sama sekali," katanya.
Seorang lagi peniaga Shamsiah Mohamad, 30, berkata dia kini buntu memikirkan masa depan apabila kedainya musnah dalam kebakaran itu.
bernama.com"Saya dah berniaga 15 tahun dan sedih memikirkan masa depan saya kerana ini adalah satu-satunya punca pendapatan saya sekeluarga," katanya.
bernama.comGambar-gambar kebakaran yang telah berlaku di Rantau Panjang, Kelantan
Kompleks Zon Bebas Cukai Rantau Panjang yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand terkenal di kalangan pelancong
Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan.
cutikelantan.comDi sini, anda boleh mendapat barangan negara jiran seperti toto, jersi bola, seluar jeans levis, kasut, beg tangan, periuk belanga, tikar, tudung bawal, pinggan mangkuk, kuali dan pelbagai lagi. Pendek kata “macam-macam ada”.
cutikelantan.comTerdapat lebih 300 kedai yang menjual pelbagai jenis barangan di kompleks itu yang menjadi tumpuan pelancong pada cuti hujung minggu dan cuti sekolah.
bernama.comPusat bebas cukai Rantau Panjang telah beroperasi sejak 20 tahun yang lalu
Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand.
cutikelantan.comDibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan.
cutikelantan.com