seismik

Mak Ayah Terjahat Di Dunia Kurung Anak Dalam Sangkar Dan Simbah Air Panas Sampai Mati

Sedangkan haiwan pun sayangkan anak

Cover image via Berita Mediacorp

Hanya kerana tidak mahu mandi, kanak-kanak berusia lima tahun dikurung dalam sebuah sangkar kucing dan disimbah dengan air menggelegak

Sepasang suami isteri di Singapura dihadapkan ke mahkamah pada 13 November 2019 atas kesalahan mendera anak mereka sehingga menyebabkan kematian.

Memetik laporan Harian Metro, Azlin Arujunah dan suaminya, Ridzuan Mega Abdul Rahman yang berusia 27 tahun dipercayai sering memukul mangsa menggunakan penyapu, malah kanak-kanak itu juga sedikit tempang kerana tempurung lututnya senget.

Difahamkan, insiden dikurung di dalam sangkar kucing berlaku pada 22 Oktober 2016 kerana mangsa yang dirahsiakan identitinya enggan mandi menyebabkan bapanya mencurahkan air panas sekurang-kurangnya 92 celcius pada belakang dan betisnya.

Susulan itu, mangsa rebah dan terus tidak bergerak namun begitu, ibu bapa mangsa menunggu sekurang-kurangnya enam jam sebelum mendapatkan rawatan.

Kesemua insiden tersebut dipercayai berlaku di sebuah flat sewa satu bilik yang terletak di bahagian tengah, Singapura.


Sangkar kucing tempat mangsa dikurung.

Image via Harian Metro

Mangsa meninggal dunia pada 23 Oktober 2016

Susulan kematian mangsa, pasangan itu ditahan setelah pihak hospital membuat laporan. 

Dalam perbicaraan pertama pasangan tersebut, saksi pendakwa pertama, Profesor Madya Loh Tsee Foong memberikan keterangan terhadap tertuduh.

"Mangsa mengalami lecuran tahap ketiga yang meliputi 75 peratus badannya, kecederaan buah pinggang akut, penyahhidratan, patah hidung, luka pada wajahnya selain lambat bertutur," katanya.

Click to Reveal
Hide
Gambar sekadar hiasan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via News Room Panama

"Detik akhir mangsa merupakan satu yang sangat menyakitkan," kata ahli patologi yang menjalankan bedah siasat, Dr Chan Shijia

"Tiga perempat daripada permukaan tubuh mangsa mempunyai kesan lecur ketebalan separa yang juga dikenali sebagai kelecuran darjah kedua. 

"Ia adalah lebih sakit berbanding kelecuran ketebalan penuh atau luka terbakar darjah ketiga. Kesannya akan mencapai kapilari atau saluran darah menyebabkan pendarahan tetapi kerosakan saraf mungkin tidak berlaku secara penuh untuk merasa kebas.

"Kanak-kanak itu juga mengalami kecederaan lain termasuk pendarahan yang teruk di kulit bawah kulit kepalanya berukuran 18sm, itu adalah hampir seluruh kepala kesan daripada trauma akibat pukulan benda tumpul," katanya yang dipetik daripada Berita Mediacorp

Difahamkan, ini juga bukan kali pertama mangsa 'dilecurkan' oleh tertuduh

Selain itu, mahkamah diberitahu bahawa mangsa juga pernah dilecurkan dengan air panas sekurang-kurangnya empat kali sebelum kematiannya. 

Selain itu, bapa mangsa juga pernah menekapkan sudu yang dipanaskan pada tapak tangan mangsa kerana mencuri susu tepung untuk dimakan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Island Institute

Mangsa pernah diserahkan sebagai anak angkat namun kembali ke pangkuan ibu bapa kandung pada tahun 2015

Selepas kelahiran mangsa pada 2011, dia diserahkan sebagai anak angkat. Kes dera bermula kira-kira setahun selepas diserahkan kembali kepada ibu bapanya.

Kedua-dua tertuduh iaitu Azlin dan Ridzuan menghadapi hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup bagi tuduhan bunuh.

Gambar sekadar hiasan.

Image via DailyMail

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

You may be interested in: