x

seismik

Pasangan Cina Ini Memilih Untuk Ikut Budaya Melayu Sempena Perkahwinan Mereka

Macam ini baru 1Malaysia!

Cover image via www.mstar.com.my

Pada akhir November tahun lepas, kita dapat saksikan satu majlis perkahwinan unik di Alor Setar, Kedah di mana satu pasangan Cina memilih untuk mengadakan majlis mengikut budaya dan adat Melayu

Pasangan pengantin, Soo Sheng Leng dan Goh Sok Chin bergambar bersama para tetamu dan ahli keluarga.

Image via www.thestar.com.my

Pasangan pengantin Tionghua mencetuskan kejutan manis di kalangan penduduk Kampung Alor Rambai, Kepala Batas apabila mereka memilih konsep perkahwinan Melayu bagi meraikan saat-saat bahagia mereka.

Soo Sheng Leng, 28, begitu segak mengenakan baju Melayu bersamping dan songkok, sementara isterinya Goh Sok Chin, 27, cukup menawan dengan kebaya Kedah.

astroawani.com

Cerita penuh klik sini.

Tahun ini pula, terdapat lagi satu konsep yang sama diguna pakai oleh sepasang pengantin kaum Cina di sebuah kampung di Parit Buntar, Perak

Menara jam Parit Buntar. Gambar sekadar hiasan.

Image via smkmethodist.com

Difahamkan, keluarga Ng merupakan satu-satunya keluarga Cina di Kampung Tebuk Haji Musa di Parit Buntar, sebuah perkampungan dengan 3,000 penduduk Muslim

"Tidak ada masalah langsung. Saya sudah tinggal di sini selama beberapa dekad. Mereka datang ke rumah saya pada Tahun Baru Cina dan kami akan ke rumah mereka pada Hari Raya.

"Ada kenduri, kami campur Sekali. Biasa lah!," kata ketua kepada keluarga besar Ng, Air Chin, 61, yang lebih dikenali sebagai Ah Khaw di kampungnya.

Cara dan budaya Melayu pula menjadi kebiasaan buat keluarga ini.

mstar.com.my

Pada Ahad lalu (4 Oktober), anak perempuannya yang berusia 28 tahun, Siau Hooi, berkahwin dengan pekerja kilang Lim Choon Yong, 37, mengikut adat dan budaya Melayu

Siau Hooi (kanan) dan Lim Choon Yong memilih untuk berkahwin mengikut budaya Melayu.

Image via www.freemalaysiatoday.com

Anaknya yang berkerja sebagai akauntan itu adalah anak bongsu daripada empat adik-beradik. Pengantin perempuan dan pengantin lelaki telah mengenakan persalinan indah busana pengantin Melayu untuk perkahwinan mereka.

"Kami memutuskan untuk menggambarkan persahabatan keluarga kami dengan jiran tetangga dengan mengadakan majlis perkahwinan mengikut tradisi masyarakat Melayu. Kebanyakan penduduk kampung, kira-kira 2,000 orang hadir ke majlis perkahwinan ini. Keluarga pengantin lelaki juga menyokong perkahwinan dengan gaya Melayu.

"Ketika dua abang Siau Hooi mengadakan majlis perkahwinan mereka pada tahun 2007 dan 2010, mereka juga berkahwin cara Melayu, bersanding dan sebagainya. Jiran saya membantu dalam apa sahaja yang mereka boleh. Kami bergotong-royong," kata Ah Khaw.

mstar.com.my

Jiran-jiran Ah Kaw masing-masing menghulurkan bantuan - daripada membantu dari segi pakaian pengantin sehinggalah memasak hidangan lazat bagi meraikan saat bahagia kedua mempelai ini

Siau Hooi berkata dia bangga memakai pakaian pengantin Melayu.

"Ia adalah memori bernilai sepanjang hayat untuk suami dan diri saya sendiri. Saya masuk ke sekolah rendah dan menengah Cina tetapi membesar dengan jiran-jiran Melayu. Kami sangat rapat antara satu sama lain," katanya.

Ah Kaw berkata keluarganya akan mengadakan majlis makan malam perkahwinan Cina pada Rabu di restoran berdekatan sebelum Siau Hooi kembali ke Singapura, di mana suaminya bekerja.

mstar.com.my

Nampaknya semakin ramai yang memilih keunikan budaya untuk dijadikan sebagai tema perkahwinan:

Anda juga mungkin meminati: