Kempen "I Want To Touch A Dog" Dikritik Hebat. Adakah Perlu Untuk Diadakan?
Acara "I Want To Touch A Dog" yang telah diadakan di Central Park, One Utama pada 19 September 2014 telah mendapat perhatian ramai.
[TERKINI] Penganjur Program "I Want To Touch A Dog" Ditegur JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi teguran kepada penganjur ‘I Want To Touch A Dog’ supaya tidak lagi menganjurkan program yang menyentuh sensitiviti umat Islam.
kosmo.com.myKetua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan berkata, teguran dan nasihat itu disampaikan dalam satu pertemuan diketuai Pengerusi Panel Pakar Syariah Jakim, Datuk Seri Hassan Ahmad pada Khamis, 6 November 2014.
kosmo.com.myJAKIM Berharap Agar Isu Kontroversi Ini Tidak Dipanjangkan Lagi Oleh Mana-Mana Pihak Kerana Penganjur Program Tersebut Sudahpun Mengaku Kesilapan Dan Memohon Maaf Secara Terbuka
"Melalui pertemuan itu juga, penganjur mengaku salah dan menerima teguran dengan baik serta akan lebih berhati-hati dalam menganjurkan sebarang program pada masa akan datang," kata Othman.
malaysiakini.comMenurutnya lagi, JAKIM menyerahkan kepada MAIS, selaku pihak berkuasa agama negeri, untuk tindakan selanjutnya.
malaysiakini.com31 Oktober: Syed Azmi Dedah Punca Program Sentuh Anjing Dianjurkan
Sebuah video menunjukkan cara buruk rakyat Malaysia melayan seorang lelaki buta dan anjing pendampingnya mendorong Syed Azmi Alhabshi menganjurkan program kontroversi “I Want to Touch a Dog”. Beliau tersentuh dengan klip video itu dan mendapati mereka ini bersikap kurang ajar terhadap lelaki buta itu kerana anjingnya.
themalaysianinsider.com“Dalam video itu, mereka menghalau anjing dan lelaki buta dan itu yang membuatkan saya sedih kerana kita juga mempunyai projek bersama orang buta, dan dia dilayan sebegitu rupa hanya kerana dia berbeza, itu menyedihkan saya."
yahoo.com“Saya tanya diri saya, apakah saya akan bertindak berbeza, apakah saya akan menyelamatkan lelaki buta itu? Saya tidak tahu kerana saya takutkan anjing,” katanya menjawab soalan hadirin dalam forum “Keterbukaan vs Sensitiviti Lazim: Di mana titik tengah?” anjuran Pemuda UMNO di Petaling Jaya pada malam 30 Oktober 2014.
themalaysianinsider.comDalam Forum Yang Dihadiri Lebih 200 Orang Itu, Syed Azmi Memberitahu Bahawa Umat Islam Di Negara Ini Kebanyakannya Tidak Arif Tentang Anjing Dek Kerana Takut Dengan Haiwan Itu
Dalam penjelasannya, Syed Azmi berkata selepas menonton video itu, dia merumuskan ramai di kalangan umat Islam jahil dan tidak faham tentang anjing.
yahoo.comIni mendorong dirinya dan rakan-rakan menganjurkan program “I Want to Touch a Dog” bertujuan mendidik, membantu orang ramai menghilangkan ketakutan terhadap anjing dan belajar belas kasihan kepada haiwan seperti dianjurkan Islam.
themalaysianinsider.comSyed Azmi Sekali Lagi Memohon Maaf Di Atas Kekecohan Berlaku Dan Tidak Menjangka Orang Ramai Yang Hadir Terlalu Teruja Sehingga Mendukung Dan Memeluk Anjing
“Seperti saya, kami jangka orang ramai akan takut dengan anjing. Apa yang kami tidak jangka – kami terlalu naif – sesetengah mereka merasa ‘syok’ dan terlalu seronok selepas menyentuh anjing yang comel sehingga mereka mendukung dan memeluk haiwan tersebut."
yahoo.com“Kami mahu orang ramai hilang ketakutan, kami tidak menjangka ianya akan lari daripada tujuan mendidik orang ramai dan saya memohon maaf kerana itu,” katanya.
themalaysianinsider.com27 Oktober: JAKIM Dan Syed Azmi Bertemu Pada 6 November Depan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan pertemuan dengan penganjur 'I Want To Touch A Dog' pada 6 Nov depan bagi mendapatkan penjelasan sebenar mengenai penganjuran program itu.
bernama.com"Dalam pertemuan itu nanti, kita nak memahami penganjuran program tersebut. Apakah ada agenda terselindung atau agenda selain daripada kebiasaan kerana lazimnya semua masyarakat pun memahami bahawa menyentuh anjing secara sengaja tidak dibenarkan dalam Islam."
themalaysianinsider.com"Islam dilihat sebagai agama yang menyantuni semua makhluk termasuk haiwan seperti anjing, namun, menyayangi haiwan ini ada tahapnya," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
abnxcess.comMenurut Jamil Khir, Mana-Mana Penganjuran Program Agama Perlu Mengikut Peruntukan Fatwa Yang Dikeluarkan Oleh Mufti Di Setiap Negeri Bagi Mengelakkan Salah Faham
Jamil Khir berkata JAKIM tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sebarang tindakan undang-undang memandangkan jabatan itu hanya bertindak sebagai perantara.
bernama.com"Dalam konteks undang-undang, tidak ada yang menyebut tidak boleh memegang anjing, tetapi peruntukan lain ialah menjaga fatwa yang dikeluarkan oleh mufti di setiap negeri (mengenai hukum menyentuh anjing). Itu yang harus kita ambil kira," katanya lagi.
themalaysianinsider.comBeliau juga meminta majlis dan jabatan agama Islam di seluruh negara supaya peka dengan setiap penganjuran program supaya tidak wujud unsur melanggari batasan agama.
abnxcess.com25 Oktober: Syed Azmi Mohon Maaf Secara Terbuka
Penganjur program ‘I Want to Touch A Dog’ (IWTTAD) Syed Azmi Alhabshi hari ini memohon maaf atas perasaan tidak senang yang berbangkit akibat perbuatan segelintir peserta memeluk dan mencium anjing pada program itu Ahad lalu.
utusan.com.mySyed Azmi Menegaskan Niat Penganjuran Program Kontroversi Itu Bukan Bertujuan Memesongkan Akidah, Menukar Hukum Hakam Agama, Mempersendakan Ulama Atau Menggalakkan Liberalisme
"Program ini tidak sama sekali menggalakkan anjing sebagai binatang peliharaan. Ia adalah proses pembelajaran untuk mengenali makhluk Allah."
utusan.com.my"Saya akui program ini mempunyai kelemahan tersendiri. Ingin saya memohon ribuan maaf dengan secara tidak langsung menyinggung perasaan dan menimbulkan masalah kepada mana-mana pihak."
bernama.com"Ingin juga saya memohon maaf kepada mereka yang hadir pada program IWTTAD dengan niat yang ikhlas untuk belajar, bukan sebaliknya," kata beliau.
harakahdaily.netTurut Hadir Pada Sidang Media Itu Ialah Penganjur Bersama Program, Norhayati Ismail, Peguam Syahredzan Johan Yang Mewakili Syed Azmi Dan Ustaz Iqbal Parjin Yang Dijemput Menyertai Program Itu
Syed Azmi bergegas meninggalkan sidang media tanpa menghadiri sesi soal jawab media dan Syahredzan menjelaskan tindakan itu perlu dilakukan atas sebab keselamatan memandangkan anak guamnya menerima ribuan ugutan termasuk ancaman bunuh.
utusan.com.my"Semasa saya berada dengan beliau, terdapat lebih 2,000 cacian dan ugutan bunuh diterima melalui medium laman sosial tidak kira Facebook, SMS dan Whatsapp Ini telah menyebabkan beliau hidup dalam ketakutan untuk tampil di khalayak ramai kerana dikhuatiri akan menerima lagi ugutan, yang berbunyi sama ada mahu 'break his bones to death threats'," kata Syahredzan Johan.
bernama.comSyahredzan juga menafikan dakwaan kononnya Syed Azmi telah murtad.
harakahdaily.net23 Oktober: Brunei Haramkan Kempen "I Want To Touch A Dog"
Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) Negara Brunei Darussalam menegaskan dan menasihati orang ramai di negara itu supaya tidak terikut-terikut dengan apa-apa jua acara atau program yang bercanggah dengan hukum syara', amalan beragama, kepentingan awam, keharmonian beragama, tatasusila, kesopanan umum serta sensitiviti umat Islam di negara itu.
harakahdaily.netDemikian kenyataan KHEU melalui siaran akhbar yang merujuk kepada penganjuran acara 'I Want To Touch A Dog' (Saya Mahu Sentuh Anjing) yang berlangsung baru-baru ini.
harakahdaily.netBerikut Adalah Kenyataan Penuh Yang Dikeluarkan Oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) Negara Brunei Darussalam:
Kenyataan penuh boleh didapatkan di laman web www.pelitabrunei.gov.bn.
22 Oktober: Penganjur Kempen Sentuh Anjing Dituduh Kristian
Selepas menerima pujian daripada ramai rakyat Malaysia kerana kerja amalnya, Syed Azmi Alhabshi kini menjadi sasaran ancaman bunuh dan tuduhan murtad daripada orang Melayu-Islam di media sosial.
themalaysianinsider.comKebanyakan orang Melayu sangsi dengan keberaniannya menganjurkan acara untuk mendidik orang ramai mengenai pendirian Islam tentang anjing, menyebarkan nombor telefon bimbitnya atas talian, sementara di aplikasi WhatsApp, mesej dihantar mengatakan dirinya seorang Kristian yang menyamar.
themalaysianinsider.comSyed Azmi Juga Didakwa Mahu Menyebarkan Ajaran Syiah Dan Menyamar Menjadi Ustaz Selama Setahun Dengan Tujuan Menjatuhkan Agama Islam Secara Halus
“Dari sumber yang sahih, dia sudah membayar semua organisasi Melayu Islam yang ada di Malaysia agar rancangan berjalan dengan lancar."
themalaysianinsider.com“Tujuannya adalah ingin menyebarkan agama baru seperti Syiah tetapi beliau secara halus dan tidak menampakkan rancangan beliau,” tulis mesej tersebut.
kualalumpurpost.netBeliau Yang Tidak Henti-Henti Menerima Cemuhan Orang Ramai Kini Didapati Menghilangkan Diri Dan Sukar Untuk Dihubungi
Sebelum ini Syed Azmi mudah untuk dihubungi melalui telefon bimbitnya atau Facebook, kini beliau menghilangkan diri. Tetapi di Facebook, rakan-rakannya, keluarga dan jiran dari Taman Tun Dr Ismail memberikan respons terhadap ancaman bagi pihaknya.
kualalumpurpost.net21 Oktober: MAIS Sebenarnya Dah Luluskan Acara Sentuh Anjing?
Seorang pengguna Facebook, Mohd Afzan Abd Rahman yang katanya mengikuti proses penganjuran program IWTTAD dari awal, mendedahkan satu surat daripada MAIS yang menunjukkan bukti kelulusan diberikan oleh organisasi berkenaan.
mynewshub.ccDi bahagian atas, tertulis ‘Penganjur IWTTAD, untuk makluman, Selamat Maju Jaya’ disertakan dengan tandangan serta cop rasmi Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, dalam surat bertarikh 9 Oktober lepas itu.
mynewshub.ccDalam Pada Itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin Berpendapat Menyentuh Anjing Adalah Tidak Haram Dalam Islam Walaupun Haiwan Itu Tergolong Dalam Najis Berat
Asri berkata ulama sepakat mengatakan anjing yang kering tidak najis, namun najis boleh disentuh tetapi dengan syarat perlu dibasuh jika hendak beribadat atau pun berurusan dengan masyarakat.
themalaysianinsider.com"Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis, "Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah," katanya memetik Riwayat al-Bukhari.
themalaysianinsider.comMenyentuh Isu Memelihara Anjing Dalam Rumah, Katanya Jika Tiada Tujuan Selain Buruan Atau Menjaga Ternakan, Hukumnya Adalah Makruh
Katanya, walaupun ada ulama yang mengharamkan, tetapi hadis Islam tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja.
themalaysianinsider.com"Maka hukum makruh dipilih oleh sebahagian ahli fekah. Hikmahnya mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakatan," katanya lagi.
themalaysianinsider.com20 Oktober: Mufti Selangor Nafi MAIS Luluskan Acara "I Want To Touch A Dog"
Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menafikan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meluluskan penganjuran "I Want To Touch A Dog".
themalaysianinsider.comTamyes berkata pihaknya dimaklumkan MAIS tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran kepada penganjur dan mengatakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai bidang kuasa memberi kebenaran menggunakan padang awam.
themalaysianinsider.com"Tidak ada satu kebenaran untuk mengadakan program sentuh anjing. Itu hanya dibuat individu tertentu atas inisiatif sendiri," ulas beliau.
themalaysianinsider.comSementara Itu, Pihak JAKIM Berasa Kesal Dengan Sikap Tidak Bertanggungjawab Pihak Pengajur Yang Tidak Prihatin Dengan Sensitiviti Umat Islam Di Negara Ini
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung penganjuran acara "I Want To Touch A Dog". Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkata program itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.
agendadaily.com"Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing. JAKIM akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan-peruntukan yang ada," katanya.
agendadaily.comBeliau turut menasihatkan umat Islam agar melihat semula dan mendapatkan pandangan ulama mahupun ustaz sama ada apa yang dilakukan mereka dengan menyentuh, memeluk dan mendukung anjing itu betul dari segi agama dan selaras dengan tuntutan Islam.
agendadaily.comPada 19 Oktober 2014, Acara "I Want To Touch A Dog" Telah Diadakan Di Central Park, One Utama. Acara Ini Bertujuan Membantu Umat Islam Mengatasi Ketakutan Terhadap Anjing.
Ratusan hadirin hari ini hadir pada acara “I Want to Touch a Dog” – sebuah acara bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.
malaysiakini.comAcara yang bermula pada jam 8 hingga 10 pagi di Central Park, Bandar Utama itu turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.
malaysiakini.comWalaupun Berjaya Menarik Sekurang-Kurangnya 1,000 Peserta Dan Mendapat Sambutan Yang Amat Menggalakkan, Acara Ini Menerima Kritikan Hebat Dari Orang Ramai.
Penceramah Bebas, Dr Fathul Bari Mat Jahya Tidak Bersetuju Dengan Penganjuran Acara Sedemikian. Menurutnya, Kempen Ini Bukanlah Cara Yang Dimaksudkan Nabi Muhammad.
"Umat Islam tidak boleh menjadikan anjing sebagai haiwan pemeliharaan untuk tujuan dibelai atau dimanjakan, berbeza dengan kucing yang ditetapkan sebagai haiwan peliharaan kerana ia disifatkn dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. "
mstar.com.my"Bagaimanapun, umat Islam diizinkan memelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu untuk menjaga keselamatan dan memburu, selain daripada itu tidak pernah diizinkn oleh syariat. Saya bukan anti anjing, tapi saya cuba sampaikan perspektif syariat dalam isu ini."
mstar.com.my"Misalnya, saya menyokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan seorang doktor pakar di sebuah pusat perubatan swasta yang memberi rawatan percuma ke atas anjing pemburu masyarakat orang asli yang cedera dan perbuataan ini dikategorikan bersikap ihsan kepada anjing," katanya yang juga Exco Agama Pemuda Umno.
mstar.com.myPendakwah Bebas, Ustaz Kazim Elias Pula Menganggap Acara "I Want To Touch A Dog" Ini Adalah Satu Agenda Halus Untuk Meliberalkan Agama Islam
“Inilah jarum halus yang dicucuk kepada umat Islam agar menjadi fahaman liberal dan plural. Nanti ada yang kata kenapa ustaz bising isu anjing dan kenapa tidak bising isu memegang bukan mahram yang tidak bertudung."
freemalaysiatoday.com“Isu tersebut sudah pun saya tegur, tetapi dalam isu kempen anjing ini, ianya satu gerakan yang cukup halus untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya."
freemalaysiatoday.com“Berhati-hatilah dengan kempen sebegini, lepas kempen arak mai (datang), lepas ini apa pula? Jangan-jangan lepas ini buat kempen babi pula dengan alasan bahawa babi sekarang sudah bersih dan diternak dalam aircond dah mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabangsa. Halusnya kempen ini namun sayang ada segelintir umat Islam yang tidak cukup halus mata hatinya untuk menelitinya,” jelas Ustaz Kazim.
freemalaysiatoday.comNetizen Di Laman Sosial Turut Tidak Melepaskan Peluang Melontarkan Hujah. Masing-Masing Merasakan Kempen Seperti Ini Tidak Sepatutnya Diadakan.
Bagaimana Pula Jika Program "I Want To Touch Al-Quran" Atau "I Want To Touch Anak Yatim" Dianjurkan? Adakah Bakal Mendapat Sambutan Hangat?
Walau Bagaimanapun, Tidak Semua Pihak Yang Membangkang. Segelintir Individu Mungkin Menyifatkan Memegang Anjing Bukanlah Sesuatu Isu Yang Perlu Dihebohkan.
Persoalannya, Adakah Umat Islam Dilarang Untuk Memegang Anjing? Bolehkah Anjing Dijadikan Binatang Peliharaan? Baca Info Dan Saksikan Video Penerangan Oleh Ustaz Azhar Idrus Di Bawah:
Anda Ada Kenal Sesiapa Yang Hadir Ke Acara Ini? Adakah Kempen Ini Memberi Manfaat Kepada Mereka? Patutkah Kempen Ini Diadakan Lagi Pada Masa Akan Datang? Kongsikan Bersama Kami!