seismik

'Aku Kena Denda Hampir RM10 Sebab Duduk Terlalu Lama Di R&R. Memang Sial'

Biar betul. Apa sebabnya?

Cover image via SAYS

[TERKINI] Dakwaan PLUS denda pengguna yang berhenti terlalu lama di R&R adalah TIDAK BENAR

Terdapat satu posting yang diviralkan yang mendakwa PLUS mendenda si pengadu sejumlah RM9.40 kerana berada terlalu lama di hentian rehat (sejam setengah). Namun, adakah dakwaan tersebut benar?

Sebenarnya dakwaan kononnya PLUS mendenda pengguna lebuh raya yang berada di hentian rehat terlalu lama adalah TIDAK BENAR sama sekali. PLUS hanya akan mendenda pengguna lebuh raya yang menggunakan lebuh raya tanpa tiket atau tanpa membayar tol, memalsukan tiket, masuk dan keluar lebuh raya di plaza tol sama, ataupun berada lebih daripada 20 jam di lebuh raya.

Jadi apa sebenarnya yang berlaku? Cuba lihat pada ruangan M pada gambar resit yang ditampilkan. Ia sepatutnya menunjukkan kod kependekan plaza tol masuk (dalam kod tiga huruf). Namun, sekiranya ruangan M menunjukkan angka 999, ia bermakna plaza tol masuk tidak dapat dipastikan, yang berlaku sama ada kerana tiket hilang ataupun tiket rosak. Oleh itu, denda dikenakan bagi kes ini dalam bentuk kadar tol maksimum bagi sistem tertutup yang dilalui (sama ada Hutan Kampung-Sungai Dua ataupun Juru-Skudai).

Sumber: Blog Jalan Raya Malaysia

Seorang lelaki mendakwa beliau telah didenda oleh pihak Lebuh Raya PLUS kerana berhenti terlalu lama di hentian R&R Sabtu lalu

Damar Wulan dalam satu posting di Facebook meluahkan rasa tidak puas hatinya setelah beliau dikenakan caj tambahan ketika ingin membuat pembayaran di Plaza Tol Pendang, Kedah.

Beliau terkejut apabila bayaran tol yang sepatutnya bernilai RM3 tiba-tiba menjadi RM9.40, hanya kerana beliau menghabiskan masa selama 1 jam setengah di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gurun, Kedah. Damar berkata beliau berhenti seketika di R&R Gurun untuk tidur kerana keletihan selepas menghantar rakannya pulang sebelum meneruskan perjalanan.

Apabila ditanya kenapa beliau didenda RM9.40, pihak PLUS memberikan alasan bahawa mereka mengesyaki ada unsur penipuan dilakukan oleh pengguna lebuh raya jika berhenti terlalu lama di R&R.

Susulan daripada insiden tersebut, Damar Wulan menghubungi pihak Lebuh Raya PLUS untuk mendapatkan lebih info dan pengesahan

Status penuh Damar Wulan:

Bahaya menggunakan lebuh raya PLUS Gurun Pendang sekarang. Aku didenda RM9.40 dan bayaran tol RM3.00 sahaja tapi dicas RM9.40 adalah cas tambahan dikenakan sekarang jika duduk lama melebihi 1.5 jam di R&R (Rehat dan rawat). Gila ka apa ni. Tak boleh duduk lama di R&R.

Sampai di tol Pendang waktu nak bayar tol kena denda. Memang sial. Alasan pihak PLUS mengesyaki jika duduk lama di R&R ada unsur penipuan dilakukan oleh pengguna lebuh raya. Haa penipuan haram jadah apa ni dari pengguna PLUS.

Aku menghubungi 1800 88 0000 dia pun tak dapat memberikan jawapan pasti. Persoalannya kenapa tidak diletakkan papan tanda di R&R gurun (TIDAK DIBENARKAN BEREHAT MELEBIHI 1.5 JAM). PLUS membuat undang undang ikut suka.

RM9.40 adalah denda yang dikenakan.

Lebih mengejutkan, terdapat juga beberapa kejadian sebelum ini di mana pengguna dikenakan caj tambahan kerana "menggunakan lebuh raya untuk tempoh masa yang panjang dan tidak munasabah"

Image via ismaweb.net

Difahamkan PLUS pernah mengeluarkan kenyataan akhbar pada 21 Januari 2015 di mana pihaknya akan mengambil tindakan denda terhadap pengguna yang menggunakan lebuh raya terlalu lama. Tindakan itu diambil bertujuan membendung kegiatan penyelewengan tol di kalangan pelanggan dan menjamin integriti kutipan tol demi menjaga kepentingan syarikat.

Dalam satu insiden sebagai contoh, seorang pengguna didenda RM10 apabila berada melebihi dua jam dari tol Jelapang ke Kuala kangsar.

PLUS turut menasihatkan pengguna lebuh raya yang dikenakan tindakan supaya menghubungi syarikat itu menerusi talian 03-79818000 atau membuat aduan di plaza tol terdekat untuk menyelesaikannya.

Baca kenyataan penuh di sini.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Eh, tampal sticker kat cermin kereta pun kena saman ke?

You may be interested in: