seismik

Kenali 5 Orang 'Council of Elders' Yang Dilantik Oleh PM Tun Mahathir

Kelima-lima mereka akan berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam bidang ekonomi dan kewangan.

Cover image via postimg.cc

Pada hari Sabtu lepas, PM Tun Mahathir telah menamakan tiga orang menteri serta 5 orang 'Council of Elders'

PM Tun Mahathir mengumumkan Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan serta Menteri Dalam Negeri.

Dalam sidang media tersebut juga beliau ada juga menamakan lima orang individu yang menurutnya akan membantu dalam segi ekonomi dan juga kewangan negara. Mereka adalah; Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Hassan Marican, Tan Sri Robert Kuok dan Professor Jomo Kwame Sundaram.

Mereka akan mula bertugas hari ini, jom kita kenali mereka dengan lebih lanjut!

1. Tun Daim Zainuddin

Image via Malay Mail

Beliau merupakan Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 1984 hingga 1991, Tun Daim dikenali atas kepakarannya dalam bidang ekonomi yang telah menyelamatkan Malaysia semasa zaman kegawatan ekonomi pada zaman 80-90'an.

Beliau juga telah mengadakan empat pembaharuan strategik yang luas sepanjang kariernya sebagai Menteri Kewangan Malaysia iaitu; pengerahan sektor swasta, peranan sektor swasta dalam ekonomi, dasar luaran yang aktif dan pemulihan perusahaan awam.

Dalam masa yang sama, beliau membuka banyak peluang bagi usahawan tempatan untuk berniaga secara tempatan serta antarabangsa. Dengan itu, beliau yang telah dua kali menjadi Menteri Kewangan Malaysia ini mengetuai 'Council of Elders' ini.

2. Tan Sri Zeti Akhtar Aziz

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz merupakan gabenor Bank Negara Malaysia dari tahun 2000-2016, beliau memulakan kerjayanya sebagai penganalisis ekonomi untuk Pusat Latihan & Penyelidikan Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Center), sebelum dilantik menjadi Timbalan Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia (BNM).

Pada tahun 2000 beliau mengetuai BNM dan memainkan peranan penting dalam menangani krisis kewangan Asia pada akhir 1990-an, memodenkan sistem kewangan Malaysia, serta meneruskan perubahan kewangan Islam di Malaysia.

Tan Sri Zeti, juga wanita Asia pertama yang mempengerusikan bank pusat, memainkan peranan penting dalam penubuhan Pusat Kewangan Islam Pendidikan Antarabangsa dan Sekolah Perniagaan Asia dengan kerjasama Pengurusan MIT Sloan.

3. Tan Sri Hassan Marican

Image via Energy Council

Tan Sri Hassan Marican merupakan bekas Presiden dan CEO Petroliam Nasional Bhd, Petronas dari tahun 1995 hingga 2010.

Pengalaman beliau sebagai akauntan yang bertauliah membantu Petronas yang merupakan sebuah syarikat minyak yang kecil menjadi salah satu daripada 500 syarikat terkemuka di dunia dari segi pulangan pendapatan.

Kepimpinannya juga menggalakkan Petronas berani menjelajah industri automotif dengan menghasilkan mesin komersil pertama di Malaysia.

Beliau juga merupakan pengerusi Sembcorp Marine, Singapore Power, Pavilion Energy, Pavilion Gas serta Lan Ting Holdings dan memegang jawatan pengarah di Sarawak Energy, Lambert Energy Advisory dan MH Marican Advisory.

Penerima anugerah Oil & Gas (O&G) Council’s 2015 Lifetime Achievement Award itu juga merupakan penasihat antarabangsa senior di Temasek International Advisers, anak syarikat Temasek Holdings.

4. Tan Sri Robert Kuok

Image via Utara News

Tan Sri Robert Kuok, merupakan pengasas Shangri-La Hotels di Singapura pada tahun 1971 serta merupakan pemilik Kuok Group yang membangunkan hotel, hartanah dan komoditi.

Walaupun beliau terkenal dengan perniagaan gulanya, beliau juga telah membina perniagaan dalam pelbagai sektor yang menyumbang kepada ekonomi Malaysia seperti perniagaan pertanian, pengeluaran makanan, pengedaran filem dan pelaburan hartanah.

Kuok juga menyebut dalam memoirnya bahawa patriotisme adalah sebab utama di sebalik pelancaran talian perkapalan antarabangsa terkemuka Malaysia, Malaysian International Shipping Corporation (MISC).

Baru-baru ini, dia menjadi perhatian dalam arena politik selepas dituduh membiayai parti pembangkang untuk #PRU14, tetapi ramai ahli politik termasuk Nazir Razak dan Tun Dr Mahathir, datang ke pembelaannya mendakwa Kuok sebagai ikon perniagaan yang didorong, rajin dan berdisiplin.

5. Professor Jomo Kwame Sundaram

Image via Lowyat.net

Professor Jomo Kwame Sundaram merupakan bekas Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Bangsa-Bangsa Bersatu (2005 hingga 2012).

Beliau dianugerahkan Wassily Leontief Prize untuk 'Memajukan Perbatasan Pemikiran Ekonomi'. Bukan itu sahaja, beliau juga telah mengarang lebih dari seratus buah buku serta rujukan akademik buat pengamal media.

Ramai yang mengenali beliau atas pandangannya yang bukan ortodoks (lapuk) dan tidak menyebelahi satu pihak, beliau juga seorang intelek (pemikir) yang mendukung langkah-langkah pengurusan akaun modal baru sebelum krisis kewangan Asia dalam tahun 1997/1998.

Kini, beliau memegang kerusi Tun Hussein Onn dalam Pengajian Antarabangsa di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa, Malaysia.

Sumber: Options The Edge

Bukan calang-calang orang yang dilantik bagi melopori 'Council of Elders' ke arah Malaysia Baru!

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi berita menarik dari SEISMIK:

You may be interested in: