Kenapa Boikot Barangan Israel Lebih Beri Kesan Kepada Malaysia?
Israel tak terkesan tapi Malaysia yang terkesan. Kenapa?
Khairy Jamaluddin Merasakan Tindakan Rakyat Malaysia Memboikot Barangan Israel Tidak Akan Memberi Kesan Kepada Negara Zionis Itu
Tindakan memboikot produk yang dikaitkan dengan Israel didakwa tidak memberi kesan kepada negara itu.
sinarharian.com.myKetua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sukar untuk menentukan sama ada sesuatu produk itu betul-betul dari Israel.
therakyatpost.com"Boikot produk sangat susah. Kalau kita nak boikot produk Israel, kita tak tahu produk itu datang dari Israel ke atau datang dari mana," kata Khairy.
negarakita.comSebaliknya, Tindakan Memboikot Tersebut Akan Memberi Kesan Kepada Negara Malaysia Sendiri Ekoran Ramai Orang Akan Kehilangan Pekerjaan
"Sebagai contoh, ada yang kata boikot produk-produk Nestle. Produk Nestle yang dijual di Malaysia ini dibuat di kilang Nestle di Rembau. Kalau kita boikot Nestle, ramai pekerja di sana kehilangan pekerjaan di kawasan saya."
sinarharian.com.my“Yang rasa kesannya bukan Israel, tetapi pekerja dan rakyat kita, kecuali jelas bahawa syarikat itu menyokong Israel dan tidak ada kena-mengena dengan pekerja di sini dan sebagainya,” kata ahli Parlimen Rembau itu.
therakyatpost.comSementara Itu, Tun Dr Mahathir Mohamad Juga Berkata Tindakan Memboikot Barangan Israel Hanya Akan Memberi Kesan Jika Ia Dibuat Secara Besar-Besaran Melibatkan Masyarakat Dunia
Katanya tindakan memboikot melibatkan kelompok yang kecil tidak mendatangkan hasil kecuali ia dibuat secara menyeluruh yang membabitkan seluruh dunia.
themalaysianinsider.com"Saya menyokong usaha-usaha memboikot barangan Israel supaya dapat ditingkatkan ke seluruh dunia", katanya pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa dan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim anjuran Jetty Point Langkawi di Masjid Darus Salam Nyior Cabang di Langkawi pada 13 Julai 2014.
themalaysianinsider.comWalau Bagaimanapun, Menerusi Sebuah Status Di Facebook, Bekas Mufti Perlis Menggelar Sesiapa Yang Tidak Memboikot Barangan Yahudi Sebagai "Syaitan" Dalam Kalangan Manusia
Dalam Pada Itu, Pemuda UMNO Akan Turut Serta Dalam Rombongan Kemanusiaan Ke Gaza Yang Akan Dikendalikan Biro Kebajikan UMNO Dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), "Aman Malaysia"
“Mereka akan membawa bantuan kemanusiaan, terutama ubat-ubatan ke Gaza, sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan Israel," kata Khairy.
therakyatpost.comMaklumat lanjut berkaitan rombongan itu akan dimaklumkan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang telah dilantik sebagai penyelaras.
therakyatpost.com