seismik

SabahQuake: Kenapa Helikopter Tak Datang Selamatkan Mangsa Di Puncak?

Pasukan penyelamat dikecam kerana dikatakan tidak menjalankan tugas menyelamat dengan baik dan terlalu bergantung kepada Malim Gunung dalam misi search and rescue.

Cover image via SAYS.com

Seorang warga Australia, Vee Jin Dumlao, salah seorang pendaki yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu telah menyelar pasukan penyelamat dengan mendakwa mereka tidak menjalankan tugas dan langsung tidak membantu

Sejumlah 189 pendaki dilapor terkandas di puncak Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015.

Image via news.yahoo.com

Menurutnya, pendaki yang terkandas terpaksa menunggu sehingga sembilan jam untuk bantuan sampai. Selain itu, beliau juga menceritakan detik dimana helikopter yang tiba bertindak menjatuhkan barang bantuan ke tempat yang mustahil untuk dicapai.

Pendaki yang terkandas terpaksa menunggu selama 9 jam di puncak.

Image via www.bangkokpost.com

Dalam masa yang sama, beliau memuji usaha yang ditunjukkan oleh Malim Gunung dalam misi menyelamat. Beliau menyifatkan para pendaki yang terkandas tidak mungkin dapat menyelamatkan diri kalau bukan kerana mereka.

Beberapa Malim Gunung membawa mangsa yang tercedera turun dari puncak gunung.

Image via www.straitstimes.com

Persoalannya, kenapa helikopter tak datang untuk selamatkan mangsa-mangsa?

Seorang netizen di Facebook, Julia Chan bertindak mempertahankan pasukan penyelamat. Beliau berpendapat, adalah tidak adil untuk orang ramai menuduh mereka langsung tidak memainkan peranan dalam misi search and rescue (SAR) ini.

Pasukan penyelamat dikatakan berada dalam 'standby mode' sepanjang malam.

Image via www.straitstimes.com

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah menegaskan cuaca buruk dan risiko-risiko lain adalah antara penyebab helikopter tidak dapat digunakan untuk mengangkut pendaki yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu

Pasukan penyelamat mengadakan sedikit taklimat sebelum memulakan operasi.

Image via www.nst.com.my

"Kita perlu mengambil kira banyak faktor. Kabus adalah salah satunya, dan walaupun helikopter mungkin mempunyai instrumen canggih bagi membolehkannya terbang dengan jarak penglihatan yang rendah, tetapi pendaratan helikopter di atas permukaan gunung, tanpa menara kawalan memerlukan juruterbang untuk mendarat berdasarkan penglihatan mereka sendiri."

"Angin yang tidak menentu dan kuat juga boleh menyebabkan helikopter untuk terhuyung-hayang dan terhempas ke atas permukaan gunung."

"Saya berada di atas helikopter ketika mereka cuba menghampiri Laban Rata untuk membawa mayat turun ke bawah, dan saya boleh syorkan anda bahawa memang sukar untuk menerbangkan helikopter di atas sana," kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Nordin Pauzi.

Beliau juga menolak dakwaan pengkritik yang mengecam pasukan penyelamat yang dilihat hanya berehat dan tidak berbuat apa-apa di pintu Timpohon melalui beberapa gambar yang tersebar di laman sosial

Beberapa keping gambar yang menunjukkan pegawai keselamatan sedang berehat di pintu Timpohon didapati tersebar meluas di laman sosial.

Image via www.straitstimes.com

"Gambar-gambar yang menunjukkan kami berehat tidak memberitahu kesuluruhan cerita. Kami semua terpaksa bergilir-gilir untuk berehat dan setiap orang memainkan peranan yang penting."

"Tidak adil untuk mengatakan pasukan penyelamat tidak berbuat apa-apa langsung kerana mereka juga mempertaruhkan nyawa mereka mendaki gunung walaupun ketika gegaran berlaku dan mungkin ditimpa runtuhan batu, semata-mata untuk mencari dan menyelamatkan mangsa-mangsa yang terkandas."

"Diiktiraf sebagai wira bukanlah keutamaan. Keutamaan kami adalah untuk menyelamatkan nyawa, dan semua orang memainkan peranan penting dalam membawa turun pendaki dan mayat ke bawah. Semua orang melakukan kerja mereka. Malim gunung lakukan kerja mereka begitu juga kami," katanya lagi.

"Kami harus mengambil kira mengenai gegaran dan serpihan batu yang masih terjatuh. Itulah sebabnya Malim Gunung mempunyai tanggungjawab pertama dalam memindahkan pendaki kerana mereka lebih tahu selok-belok gunung tersebut."

Sebahagian daripada 30 malim Gunung Kinabalu yang menyertai misi menyelamat.

Image via BERNAMA/Astro Awani

Katanya, pemindahan pendaki melibatkan beberapa agensi termasuk BOMBA, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera, dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team, SMART).

Dalam satu lagi posting di Facebook, bekas ketua juruterbang MAS, Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata adalah mustahil untuk helikopter tersebut datang dekat kepada mangsa disebabkan faktor cuaca dan ketinggian

Salah buang makanan kah apa ni. Di gunung kinabalu.

Posted by Joseph Madais on Friday, June 5, 2015

Selain itu, beliau juga berkata Malim Gunung lebih sesuai untuk melakukan kerja-kerja menyelamat di altitud tinggi kerana mereka lebih mahir tentang laluan naik turun gunung tersebut, serta mempunyai ketahanan badan yang lebih tinggi

Malim Gunung berdoa sebelum memulakan operasi menyelamat mangsa.

Image via www.bharian.com.my

Kapten Nik Ahmad Huzlan turut menerangkan kerja menyelamat di tanah tinggi adalah berlainan sama sekali jika dibandingkan dengan banjir, atau apa-apa bencana lain di permukaan rendah

Malim Gunung mengangkat mangsa yang tercedera.

Image via www.therakyatpost.com

Sebelum mengakhiri, beliau memberi pujian kepada semua yang terlibat dalam misi menyelamat ini, dan sempat berkata "It's unbelievable how judgemental our netizens are."

Helikopter tidak dapat mendarat di puncak Gunung Kinabalu atas faktor cuaca dan risiko-risiko lain yang merbahaya.

Image via @HishammuddinH2O

Sementara itu, kami juga menemui satu gambar di Twitter menunjukkan betapa tebalnya kabus yang menutupi penglihatan juruterbang helikopter. Jadi, patutkah mereka didakwa "sengaja" tidak mahu menyelamatkan mangsa yang terkandas di puncak?


Apa pendapat anda?

Inilah dia barisan Malim Gunung yang sanggup berkorban nyawa demi memastikan para pendaki semua selamat:

Sesetengah orang percaya gempa bumi di Sabah berlaku disebabkan oleh para pelancong yang berbogel dan mencemarkan kesucian Gunung Kinabalu tempoh hari:

Dapatkan juga rangkuman penuh tentang tragedi gempa bumi di Sabah DI SINI:

You may be interested in: