seismik

[VIDEO] Kenapa Islam Melarang Homoseksualiti? Pendakwah Ini Beri Satu Sebab Paling Ringkas

Islam itu sendiri bermaksud menyerah.

Cover image via OnePath Network | Alamy

Tidakkah seorang lelaki mencintai seorang wanita, adalah sama seperti seorang lelaki mencintai seorang lelaki?

Image via sbs.com.au

Dalam dunia masa kini dengan masyarakat yang semakin aktif memperjuangkan keadilan sosial dan hak sama rata sesama manusia, soalan ini sering kali diajukan.

Bagi mereka yang menyokong gerakan LGBTQ, mereka merasakan bahawa perasaan cinta dan keinginan berpasangan tidak hanya tertakluk kepada dua orang yang berlainan jantina sahaja. Tidak ada salahnya untuk seorang lelaki mencintai seorang lelaki dan seorang wanita mencintai seorang wanita, kata mereka.

Tetapi kenapa Islam melihatnya berbeza? Dan kenapa homoseksualiti dilarang sama sekali dalam Islam?

Image via OnePath Network

Jawapan yang paling popular dalam kalangan umat Islam semestinya:

"Golongan ini dilaknat Tuhan."

Jujurnya, ini bukanlah jawapan yang paling 'sedap didengar' dan kedengaran sedikit kasar dalam konteks penyampaian dakwah. Muslim seharusnya mennyelitkan elemen kasih sayang ketika berdakwah supaya tidak menyinggung mana-mana pihak dan supaya Islam itu dilihat sebagai agama yang penuh dengan adab dan tatasusila.

Jika ada di antara kamu yang diajukan soalan tersebut, begini cara paling tepat untuk menjawabnya

OnePath Network, sebuah medium dakwah Islamiah yang berpangkalan di Australia mengupas persoalan ini dengan begitu mudah menerusi video berjudul 'Why does Islam prohibits homosexuality?'.

Dalam video tersebut, seorang pendakwah bernama Malaz Majanni menceritakan tentang perbualannya bersama seorang rakan kerja bukan Islam yang tidak faham kenapa Islam tidak menyokong homoseksualiti serta melarang perbuatan itu sama sekali.

Image via OnePath Network

Dalam pada rakannya itu berminat untuk mengambil tahu tentang Islam, ini adalah satu-satunya perkara yang tidak boleh diterima olehnya.

Lalu Malaz menjawab, "Jawapannya sebenarnya agak mudah dan semuanya datang daripada definisi Islam itu sendiri yang bermaksud menyerah atau tunduk patuh."

Malaz Majanni menjelaskan bahawa Islam secara asasnya bermaksud tunduk patuh kepada apa sahaja yang Allah wariskan kepada manusia. Tiada 'tapi' dan tiada 'kenapa', hanya penyerahan diri dan penghambaan kepada Allah - dan inilah yang menjadikan seseorang itu Muslim.

Image via apakes.com

"Walaupun kita tidak memahami faedah di sebalik ketetapan itu, kita menyerah, semata-mata kerana itulah yang diperintah oleh Allah.

"Tentunya, kita tetap mencari asbab dan faedah di sebalik sesuatu ketetapan. Namun apa yang saya katakan ialah asas kepada kita mematuhi segala peraturan ini adalah semata-mata kerana tunduk patuh kepada hukum Allah," katanya.

Penyerahan kepada Allah tidak pernah menjatuhkan atau memalukan seseorang Muslim

Image via ikmalonline.com

"Sebaliknya, seseorang itu harus yakin dengan mengetahui bahawa urusan dan amalannya berlandaskan perintah Sang Pencipta.

"Lagipun, siapa yang lebih sesuai untuk mentadbir hal ehwal manusia dan masyarakat melainkan yang menciptakannya?" katanya lagi.

Tanpa mengira norma-norma sosial, trend atau amalan kebudayaan, prinsip-prinsip dan larangan Islam terutamanya yang jelas disebutkan dalam Al-Quran dan dipersetujui sebulat suara adalah muktamad

Image via prokabar.com

Tidak kiralah sama ada homoseksual, riba', perjudian, minuman keras, perzinaan, dan lain-lain.

Walaupun seluruh dunia tidak bersetuju dan berpendapat bahawa ia adalah untuk kebaikan dan kesaksamaan masyarakat, sebagai umat Islam kepatuhan dan kepercayaan kita akan kekal kepada Allah sahaja.

Benar, golongan ini tidak akan penat membantah dan membahaskan tentang hak sama rata sesama manusia yang mereka perjuangkan

Image via breitbart.com

"Tetapi, hakikatnya tetap tidak berubah, iaitu Islam menentang kelakuan sedemikian kerana fakta Allah melarangnya.

"Dan inilah asas yang dimaksudkan sebagai seorang Muslim," jelasnya lagi.

Saksikan video penjelasan Malaz Majanni di bawah:

Why is Homosexuality Prohibited in Islam?

Shouldn’t a man loving a woman be the same as a man loving a man?

Posted by OnePath Network on Tuesday, September 19, 2017

Bagaimana pula orang Islam perlu bertindak balas terhadap golongan LGBTQ? Video ini ada penjelasannya:

Dr Yasir Qadhi explains how a Muslim should deal with urges of Homosexuality and how we are expected to deal with this controversial topic.

Posted by OnePath Network on Friday, May 6, 2016

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Imam tapi gay? BACA SINI:

"Jantina ikut naluri, bukan kemaluan."

Nak bertaubat? Ini mungkin boleh membantu:

Baca artikel ini juga!

You may be interested in: