"Kenapa Kembar Boleh, Awak Tak Boleh?" - Gadis Kembar Kongsi Cerita Sering Dibandingkan
Seorang belajar di Perancis, seorang lagi di UM. Ramai yang pelik kenapa tidak bersama?
Antara perkara paling perit dalam hidup adalah apabila dibanding-bandingkan dengan orang lain. Paling sedih jika perkara ini berlaku antara keluarga sendiri. Betul tak?
Memang setiap kali dibandingkan sahaja, pasti akan rasa down. Mana taknya, anda sudah cuba sedaya-upaya untuk mencapai apa yang diinginkan oleh orang tua. Namun, masih tidak berjaya.
Walaupun anda rasa pencapaian anda itu sudah memuaskan, apabila ada orang lain yang lebih tinggi, pastinya anda rasa anda masih di bawah, bukan?
Seperti perkongsian yang ditulis oleh seorang gadis iaitu Farah Syafizah di laman Twitter mengenai perasaannya ketika dibanding-banding dengan kembarnya (Fasya) sendiri.
Agak menghampakan sebenarnya, tapi hati dia sangat kental dan terus semangat.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Happy faces of me when finally I'm at the same level as my twin!! I dont' care about UK anymore, UM is my dream university, economics is the course that I choose, and today my dream has come true! Alhamdulillah..
People always compare us, since we were in primary school lagi. We went to the same school and sbp, later she got offered to study in france and i did my A levels. People never acknowledge my existence, esp my big fam members. They only talk about her and not me.
Being twin is never easy. 'Kenapa kembar awak boleh tapi awak takboleh?' - is always an issue when one outshine the other. Ive been used to that.
Bahasa:
Ramai orang selalu membandingkan kami sejak sekolah rendah lagi. Kami pergi ke sekolah yang sama, selepas itu kembar saya dapat tawaran belajar di Perancis dan saya menghabiskan A level. Semua orang tidak pernah mengambil tahu tentang kewujudan saya, lebih-lebih lagi keluarga sendiri. Mereka hanya akan bercakap tentang kembar saya, bukan saya.
Mempunyai adik-beradik kembar tidak semudah yang disangka. Saya sering dipersoalkan, "Kenapa kembar awak boleh tapi awak tak boleh?" jika kembar saya lebih dari saya. Saya sudah biasa dengan soalan itu.
Sampai malas nak jumpa siapa-siapa sebab orang luar selalu tanya pasal Fasya yang berada di Perancis
When she's in france, people will ask bout her, when she's in Malaysia, they ask about her too. Dah lali sangat dah sampai rasa malas dah nak jumpa semua orang because the first thing they will ask is 'ni yang kat perancis ke?' -which is annoying.
But i know it wasn't her fault at all. She's genius, i admit that. And she's always on top. And i always kalah esp in bab studies. We both got 5As in UPSR, 8As in PMR, but during spm she got 9As while i got 8As. And memang rezeki dia dapat study kat france so im happy for her!
Bahasa:
Ketika dia berada di Perancis, semua orang bertanyakan tentang dia. Ketika berada di Malaysia pun sama. Sampai dah lali dan rasa malas untuk berjumpa dengan semua orang sebab perkara pertama mereka akan tanya adalah 'Ini ke yang dekat Perancis tu?'. Sangat menjengkelkan.
Tapi saya tahu itu bukan salah dia. Dia pandai, memang saya akui. Dia sentiasa berada di atas. Saya selalu kalah lebih-lebih lagi bab belajar. Kami kedua-duanya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR, 8A dalam peperiksaan PMR, namun ketika peperiksaan SPM, dia mendapat 9A, saya hanya mendapat 8A. Rezeki dia dapat melanjutkan pelajaran ke Perancis dan saya sangat gembira untuk dia!
Fasya dapat apply banyak biasiswa sebab keputusan peperiksaan yang begitu bagus. Siap dapat temuduga di Yayasan Khazanah lagi.
She is under JPA doing engineering while I'm under Johor Corporation doing economics. Masa dapat scholarship tu lagilah. Rasa sedih sgt sebab i didnt get to apply banyak scholarship since my result ada 1B while dia dapat apply banyak since dia straight A.
I teman her to many interview, and even masa before SPM, cikgu bagi cuti suruh ikut kembar pergi interview yayasan khazanah in kl. She did very well in her sbp trial while im not. Tapi rasa bangga gila kot kembar dapat pergi fifth stage yk, dah lah susah nak dapat yk.
So bila my twin dapat yk tu, my parents memang bangga with her. And even masa kat sasem, everytime we ada exam and dapat our results, i memang akan duduk seat belakang and let her sit sebelah my dad in the car because my dad akan tanya pasal our results.
Since my result tak berapa strong macam dia, i memang akan senyap je dekat dalam kereta sebab i know my dad wont ask bout my result. Fasya (my twin) always dapat top 3 in batch while im in top 30 je and yes, my mom and dad memang pentingkan gila studies.
Pernah sampai rasa nak menangis sebab takut keputusan peperiksaan lebih teruk daripada Fasya. Walaupun sebenarnya tak ada perbezaan sangat pun.
Masa nak dapat result spm tu, fasya checked her result on sms. Bila tahu dia dapat straight As i terus nangis. Semua org tgk. I cried sebab i was too afraid, my result cuma 5/6A and mesti people akan bandingkan gila. Tapi rupanya dapat 8A. Alhamdulillah.
So with my results, i only mohon jcorp je and alhamdulillah i dapat tajaan jcorp. Masa dapat call from jcorp, i happy dah sebab at that time fasya baru lepas kena reject dengan yk and finally i menang kan hahaha jahat gila tapi taktahu macam mana nak react depan fasya masatu sebab dia still sedih.
Dia nangis and kata, 'Ika yang banyak pergi interview, tapi kenapa fiza yang dapat?' pergh masatu rasa bersalah and tak jadi nak celebrate rasa happy tu sebab kesian tengok dia sedih.
Fasya dapat panggilan tawaran bawah JPA di Perancis, sekali lagi dia rasa seperti di bawah. Tapi sebenarnya bahagia dengan berita itu.
2 hours after i got call from jcorp, fasya tiba-tiba campak fon dia and nangis (dramatic gila time ni). Rupa rupanya dia dapat engineering under Jpa. Kat france pulak tu. Pergh i kalah lagi sekali.
Sebab dah selalu sangat kalah, bila dapat jcorp tu memang rasa syukurnya alhamdulillah sebab i did it! Kalau u guys nak tahu, my mom sampai suruh my twin yang pergi jcorp punya iv sebab she's really good in iv thingy and bukannya orang tahu kan kalau we swap. But i refused!
Sebab i know im good too. I know i can do my best, cuma i tak tunjuk my ability. Thats why, bila dapat jcorp tu rasa happy sangat. Tapi happy tu tak lama sebab lepas kembar dapat france, everything was about her, again...
Paling sedih apabila ada yang hubungi parents je, mesti tanya tentang anak yang berada di Perancis. Semuanya tentang Fasya.
I was so sad sebab bila people call and asked my parents pasal kitorg, my dad mesti akan cakap pasal Fasya, and France. Main story memang akan pasal dia lah. Sedih kot sebab i berjaya juga tapi sebab i bukan overseas so i wasn't in the main topic. Lagi-lagi kembar, memang sedih.
I dapat jcorp, was all my effort. Dari mohon, sampai pergi iv last stage. I did all sendiri. Sampaikan last stage tu kena naik bas sendiri to menara komtar jbcc and tumpang rumah kawan. I don't know i just rasa my parents tak berapa yakin i can get jcorp at that time. So i gi with the flow je.
And jcorp tu i didnt get much support from parents pun. They really want me to be a teacher. But i don't want. Tapi nak jaga hati parents i mohon juga tesl. My dad sampai mohonkan ipg for me but not fr my twin sebab nak i jadi cikgu. I just want them to be happy.
Oh yeah, tapi masa online test jcorp my twin ada tolong sebab dia pandai nak mampus so memang i really need her help ahhahaha but my twin dia tak kedekut ilmu i ada ajak dia mohon jcorp but dia taknak yelah sebab dia dah dapat banyak iv kan haha.
Pernah juga menangis dalam kereta dan tertanya, "Mak ayah tak bangga dengan adik ke? Asyik Ika je.."
I still remember those moments when i cried alone in the car at the back seat when my parents puji2 my twin, puji result dia gempak, future bagus and all that. Sampai terfikir dalam hati, 'mak ayah tak bangga ngan adik ke? Asyik ika je. Semua ika.' Pastu rasa down. Pastu nangis.
I can't blame my parents. Biasalah ibu bapa mesti happy kan kalau anak berjaya. Then, nak jadikan cerita, i kena buat economics under jcorp. Since my upu i got tesl, jcorp suggest i buat A-level. And they said kalau you score, you boleh fly (since im under local placement).
Masa itu i macam yeay! So boleh lah fly, ikut ika!! I rasa happy. At least i still ada a slight chance to go study in overseas. I started to dream about studying in UK. Hence that explains why i buat juga A-level ni.
So i did my A-level in intec. And my twin before dia fly dia buat preparation kat intec juga sebulan then baru fly france sampai ada orang pelik kenapa dia ni tak fly lagi hahaha padahal tu i bukan my twin. Oh tapi funny part when ramai orang tersalah tegur ingatkan i my twin.
Nampak tak kembar ni memang bond dia kuat. Sampai ke college pun nak sama tempat dapat tajaan pun waktu yang sama. And kitorg memang tak pernah pisah langsung, after 18 years hidup together barulah terus pisah. Jauh pula tu.
Pendek cerita, akhirnya Farah berjaya masuk top universiti di Malaysia iaitu UM. Bukan itu sahaja, dia juga terima Chief Executive's Award untuk A Level.
Okay to make it short. I managed to score in my A level fr 3 semesters and received the Chief Executive's Award. I also got conditional offer from University of Warwick for bachelor in economics. So, bila dah last sem..i pun tanya kat jcorp, 'boleh tak saya fly UK?' And jcorp bagi jawapan yang they already set the budgets for the scholars. So i takdapat lah fly. I redha dah and memang target nak masuk UM. At least kalau tak fly, i nak masuk top uni in Malaysia.
And sebab one of my sis dulu study at Beijing, then Fasya in France. I nak juga jadi cam diorang. ALHAMDULILLAH. I dapat UM, for bachelor in ECONOMICS. This is such a meaningful moment for me and i can see how my parents are so happy like happy gila.
Pengajaran yang perlu diambil dari cerita ini adalah jangan pernah membanding-bandingkan orang yang di atas dengan yang masih berjuang untuk berjaya. Kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama.
So the pengajaran is. Our society is so sick. I hate this society, orang bodoh disanjung, orang pandai diperlekehkan, padahal everyone have their own opinions and abilities juga. Appreciate knowledges, don't underestimate others, and we need to appreciate everyone around us.
But, from my stories and experiences, i can see that we tend to lebihkan and sanjung someone on top sampai terlepas pandang other average people who also struggles in their life. And what we do,hurt others too. I just want everyone to appreciate others.
Being compared to others is sucks, but do not give up! Ive experienced it for 20 years, it may be tough, but you're powerful than you think! Without me realising it, ive already created many wonderful journeys in my life. I believe that Allah always listen to our prayers. Love xx