Kenapa Obsesi Untuk Dapatkan 5A Dalam UPSR Bahaya Dan Perlu Dihentikan?
Obsesi terhadap mendapatkan keputusan 5A dalam UPSR harus dihentikan.
Lumrah Peperiksaan, Setiap Pelajar Hanya Mahu Lakukan Yang Terbaik Sehingga Begitu Obses Untuk Dapatkan 'A' Dalam Semua Mata Pelajaran Yang Diambil Bagi Menjamin Masa Depan Yang Cerah
"Saya mesti dapat 5A dalam UPSR. Ini hasrat saya. Hidup saya akan senang kelak, jika saya dapat gred baik," demikian kata seorang murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
bernama.comOleh itu M.Rushill dari sebuah sekolah di Cheras sentiasa berjaga malam untuk mengulang kaji pelajaran tanpa mendapat bantahan ibu bapanya.
bharian.com.myDia juga mahu mencontohi beberapa anggota keluarganya yang cemerlang dalam pelajaran mereka.
onlinemetro.netNamun Begitu, Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman, Norazleen Mohamad Noor Berpendapat Obsesi Sebegini Akan Mengenepikan Proses Pembelajaran Sebenar. Oleh Itu Ia Perlu Segera Dihentikan.
"Dalam masyarakat yang mengejar gred, proses pembelajaran sebenar akan diketepikan. Jika ini berlaku, sekolah akan menjadi institusi yang menakutkan," katanya.
bernama.comTegasnya, amat malang jika dipercayai bahawa masa depan kanak-kanak yang mendapat banyak A dalam peperiksaan akan lebih cerah masa depannya berbanding kanak-kanak yang mendapat banyak C.
bharian.com.myProses pembelajaran sebegini adalah berbeza berbanding di negara maju, tambah beliau.
onlinemetro.netProfesor Dr Turiman Suandi Dari Universiti Putra Malaysia Juga Berkata Perlu Disedari Bahawa Pembelajaran Adalah Untuk Membina Keperibadian Dan Nilai, Bukan Sekadar Mengejar 'A' Semata-Mata
"Setiap kanak-kanak mempunyai kekuatan sendiri yang perlu dipupuk. Akhirnya kejayaan anak-anak mereka akan menjelma dengan sendirinya."
bernama.com"Perlu ditanya apakah makna gred, apakah yang ia gambarkan," katanya.
bharian.com.myBeliau berkata ibu bapa perlu turut menggalak anak-anak mereka untuk bersukan dan menyertai kegiatan kokurikuklum bagi mempelajari nilai-nilai yang berharga.
onlinemetro.netSeorang Ibu, Maizatul Lina Mustapa Pula Berkata Ibu Bapa Jangan Memaksa Anak-Anak Untuk Cemerlang Dan Tidak Boleh Menilai Pencapaian Berdasarkan Berapa Banyak A Yang Diperoleh
"Gred bukan segala-galanya. Kita perlu fokus kepada pembelajaran dan penambahbaikan dan biarkan gred baik datang secara semula jadi," katanya.
bernama.comBeliau berkata sikap ibu bapa yang suka membandingkan pencapaian kanak-kanak perlu dihentikan.
bharian.com.myPada masa yang sama, seorang eksekutif syarikat menyarankan agar pihak media berhenti daripada meuar-uarkan pelajar cemerlang, sebaliknya turut mengetengahkan pencapaian pelajar sederhana.
onlinemetro.net