Ini Sebab Kenapa Kuarantin Pesakit Koronavirus Lebih Baik Daripada Hantar Pulang Ke China
Ada sebabnya.
Sejak minggu lepas, koronavirus menjadi topik perbincangan nombor satu di kalangan rakyat Malaysia
Hari-hari orang bercakap tentang koronavirus. Buka saja mana-mana media sosial, topik inilah yang paling trending dan hangat diperbual oleh netizen.
Malah, topik ini turut menjadi bualan dunia apabila ia didapati telah merebak ke beberapa negara di Eropah dan juga Amerika Syarikat.
Di Malaysia sendiri, terdapat 7 kes pesakit koronavirus dilaporkan setakat hari ini, 29 Januari 2020
Semua pesakit ini adalah rakyat China.
Mereka telah dikuarantin dan ditempatkan ke dalam wad pengasingan di beberapa lokasi iaitu Hospital Sultanah Maliha di Langkawi, Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru, dan Hospital Sungai Buloh di Selangor.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapakah kerajaan Malaysia mengambil langkah untuk mengkuarantin pesakit-pesakit ini?
Bukankah lebih baik jika kerajaan menghantar mereka semua pulang ke tanah besar China?
Jika dilihat dari sudut pandang rakyat biasa, langkah menghantar pulang barangkali tampak lebih baik bagi membendung wabak koronavirus ini daripada terus tersebar berbanding langkah mengkuarantin pesakit.
Sebenarnya, langkah menghantar pulang pesakit-pesakit ini adalah jauh lebih berbahaya
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Norhidayah Aziz menulis satu status panjang lebar bagi merungkaikan persoalan ini.
Norhidayah menjelaskan bahawa Hospital Sungai Buloh mempunyai satu makmal khas yang dipanggil Makmal Kemudahan Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK). Makmal ini dibina khas sebagai makmal kawalan penyakit berjangkit berbahaya seperti SARS, MERS dan EBOLA.
Selanjutnya, boleh baca status penuh Norhidayah di bawah:
Kenapa coronavirus infected hantar ke Sungai Buloh?
Kenapa tak hantar balik China?
1) Sg Buloh ada Makmal Kemudahan Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK). Kuman nCoV ini kuman novel. Erti kata lain ia kuman coronavirus yang telah bermutasi menjadi kuman baru yang dunia tak pernah jumpa sebelum ini. Kuman ini dipanggil “exotic virus” kerana tidak ada ubat SPESIFIK untuk merawat mahupun vaksin untuk mencegah. Makmal ini juga adalah makmal kawalan penyakit berjangkit berbahaya seperti SARS, MERS dan EBOLA.
2) Makmal-makmal biologi dunia diklasifikasikan kepada 4 tahap berbeza. Bio-Safety Level 1 (BSL 1) untuk kuman biasa-biasa. Seperti kuman jerawat pada muka. Atau kuman di celahan tahi gigi yang biasa-biasa saja. Semakin berbahaya predictive microorganism di dalam sesuatu sample, semakin tinggi tahap BSL untuk mengendalikannya. Yang paling tinggi ialah BSL 4. Makmal ini mengendalikan exotic pathogen, seperti 2019-nCoV.
3) Oleh itu, anda tidak boleh sewenang-wenang menghantar sample darah pesakit ke makmal BH atau makmal KPJ atau mana-mana makmal hospital kerajaan yang tidak ada kepakaran kawalan penyakit berjangkit. Mereka tidak ada SOP, BUILT-IN FACILITY dan kepakaran staff utk mengendalikan exotic virus. Oleh itu, sample darah pesakit perlu dihantar ke makmal kesihatan awam kebangsaan, lokasinya di Sungai Buloh.
4) Suspected 2019-nCoV tidak menunjukkan simptom ketika memasuki negara ini. Hanya apabila berada di dalam negara mereka menunjukkan simptom jangkitan. Maka KKM mengambil langkah kuarantin dan menghantar pulang warganegara China yang negatif 2019-nCoV.
5) Kenapa tak hantar balik semua? Persoalan yang perlu tanya diri sendiri. BAGAIMANA? Bagaimana kita boleh hantar pulang pesakit yang dijangkiti, perumah kepada ribuan mungkin jutaan sel virus tanpa merisikokan orang di sekeliling? Proses penghantaran meliputi kawasan darat dan laut. Dalam dan luar negara. Bagaimana jika berlaku unexpected “casualties”? Melainkan kita ada kapal terbang pandu sendiri atau kapal selam tenggelam sendiri yg 100% dijamin sampai ke destinasi tanpa risiko tidak diingini di dalam mahupun luar Malaysia? Sedangkan di sini, mereka dirawat dan DIKUARANTIN.
6) Bukan mudah mengendalikan exotic virus. Bertenang wahai rakyat. Nelfinavir protease inhibitor untuk HIV virus difahamkan berkesan. Berdoa pada Tuhan, ambil langkah-langkah pencegahan.