Pernah Rasa Nak Terjatuh & Kena Himpit Semasa Tidur? Ini Sebab Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Adakah disebabkan 'sesuatu'?

Pernah tak sewaktu anda sedang tidur, anda terasa seolah-olah anda nak terjatuh dan kadangkala seperti dihimpit?

Image via Pinterest

Fenomena rasa seperti nak terjatuh ini adalah fenomena biasa yang sering dialami manusia biasa. Jika anda pernah mengalaminya, jangan takut kerana ia bukanlah sesuatu perkara serius yang perlu anda risaukan.

Fenomena ini dinamakan sebagai hypnic jerk. Sebenarnya sewaktu kita mula bermimpi, tubuh badan kita akan berada dalam mode off. Tetapi waktu ini, otot kita masih lagi aktif dan disebabkan itu fenomena ini akan terjadi.

Menurut kajian, seseorang yang terlalu penat, kurang tidur atau sedang stress akan melalui fenomena ini tanpa mengira umur dan jantina

Saintis menyatakan bahawa hypnic jerk paling biasa terjadi apabila anda tidur dalam keadaan yang sangat letih. Pada peringkat awal tidur, kadar denyutan jantung dan pernafasan anda akan bergerak perlahan. Tetapi kadang-kadang apabila anda sangat letih, otak akan terus melalui peringkat ini yang mana anda akan terlelap lebih cepat. Selepas itu, otak akan keliru dan menyangka badan anda sudah tidak lagi berfungsi atau mungkin telah mati.

Kemudian, otak akan design sejenis mimpi untuk cuba 'membangunkan. anda. Kalau fikir-fikir balik, hebat betul otak kita ni kan? Mampu bekerja 24 jam hatta sedang tidur sekalipun.

Fenomena lain yang sering kita lalui semasa tidur adalah kadangkala kita rasa 'dihimpit' sewaktu tidur. Yang ini ramai yang kaitkan dengan perkara mistik. Errrr...

Rasanya memang ramai pernah melalui fenomena 'dihimpit' sewaktu tidur ni. Macam-macam version cerita kita pernah dengar. Contohnya, kita tersedar tetapi mata rasa berat nak buka. Ada juga yang dapat membuka mata, tetapi gagal menggerakkan anggota badan yang lain.

Tetapi menurut kajian sains, fenomena ‘kena tindih’ ini dinamakan sebagai sleep paralysis atau pun istilah melayunya adalah 'lumpuh dalam tidur'. Keadaan ini terjadi apabila seseorang itu seperti yang dinyatakan sebelum ini, tidak dapat menggerakkan tubuh buat sementara.

Keadaan lumpuh sementara ketika tidur ini biasanya terjadi ketika dua keadaan iaitu dari sedar dan mula mahu tidur (hypnagogic paralysis) atau pun bila mana kita baru-baru hendak terjaga dari tidur yang lena (hypnopompic paralysis).

Untuk pengetahuan anda, manusia normal akan mengalami beberapa peringkat tidur

Bila tubuh mula masuk ke peringkat Rapid Eye Movement (REM) iaitu tidur yang nyenyak (peringkat ini bebola mata manusia bergerak-gerak), otak akan memberikan isyarat kepada tubuh agar berehat dan switch off. Jadi, tubuh kita akan switch off untuk tidur.

Otak manusia juga mempunyai butang switch off yang dipanggil sebagai Reticular Activating System (RAS). Jadi, bila otak kita sudah switch off tubuh kita, selepas itu otak akan switch off sistem RAS ni.

Selepas peringkat ini, tubuh badan manusia akan berada dalam keadaan yang dipanggil fungsi automatik, iaitu hanya organ seperti jantung sahaja yang berdegup untuk pernafasan.

Diibaratkan, kalau komputer, pada masa ini dalam keadaan hibernate dan hanya *screen saver*yang muncul di skrin komputer.

Jadi apabila kita dah tersedar, RAS ini akan di-switch on kembali dan kita akan berada dalam keadaan sedar sepenuhnya

Namun, kadangkala otak tidak memberikan isyarat kepada tubuh untuk switch on kembali yang menyebabkan tubuh kita berada dalam keadaan lumpuh seketika.

Inilah yang menyebabkan anda sering rasa 'dihimpit'. Kedengaran agak seram kan? Tetapi itulah hakikatnya menurut sains.

Keadaan paralisis tidak semestinya terjadi sepenuhnya, ada masanya hanya sebahagian tubuh saja yang kena. Sesetengah kes, ada individu yang boleh menggerakkan ibu jari walaupun tubuhnya lumpuh seketika.

Image via www.mensxp.com

Paling menakutkan bila keadaan ini terjadi dan datang dengan pakej halusinasi sama ada dalam bentuk audio, visual dan tactile

Sewaktu fenomena ini berlaku, anda mungkin terdengar bunyi pelik-pelik, lihat benda bukan-bukan dan deria sentuhan terasa ada sesuatu menindih.

Sebenarnya banyak sebab yang boleh mencetuskan fenomena ini. Contohnya:

1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama.
2. Jadual tidur yang tak menentu (irregular sleep clock).
3. Tidak cukup waktu tidur (sleep/rest deprivation).
4. Stress.
5. Penukaran gaya hidup secara mendadak. Contohnya aktiviti harian tak banyak menggunakan fizikal seperti duduk pejabat sahaja tetapi besoknya aktiviti fizikal yang mendadak seperti mendaki gunung atau kayuh basikal 100 kilometer.
7. Orang yang ada penyakit narcolepsy.

Sumber: www.celikvitamin.com, www.bbc.com

Jadi, bagaimana? Adakah persoalan anda selama ini sudah terjawab?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment