seismik

Wanita Pendek Selalu Bersalin 'C-Section' - Adakah Ketinggian Ada Kaitan Dengan Bersalin?

Kalau macam tu untunglah siapa yang dilahirkan tinggi.

Cover image via wordpress.com

Ramai bakal ibu dengan ketinggian di bawah 1.5 meter sering tertanya-tanya, apakah jalan terbaik untuk mereka melahirkan bayi?

Image via hmetro.com.my

Kebanyakannya menyangka bahawa mereka perlu bersalin secara pembedahan caesarean atau (C-section) kerana masalah ketinggian mereka. Hakikatnya, tiada sebarang bukti saintifik yang mengaitkan ketinggian dengan kaedah kelahiran.

Berikut adalah penjelasan tentang mengapa sesetengah wanita perlu melalui pembedahan caesarean berbanding kelahiran normal:

Mengapa sesetengah wanita pendek disarankan menjalani C-section?

Alasan utama yang sering diberikan tentang kelahiran C-section adalah ketidaksamaan antara saiz tulang pelvis ibu dengan saiz bayi.

Ibu yang rendah selalunya mempunyai tulang pelvis yang kecil dan sempit, menjadikan proses kelahiran sedikit sukar berbanding wanita yang mempunyai tulang pelvis yang besar. Walau bagaimanapun, semasa proses bersalin, doktor anda akan memantau bukaan serviks anda, saiz kepala bayi, dan juga kesan kontraksi rahim.

Image via wanista.com

Hanya apabila mereka melihat sebarang kesukaran yang mungkin bermasalah pada kelahiran anda, barulah doktor akan menyarankan untuk membuat C-section. Sekiranya bayi anda mempunyai sebarang masalah dengan degupan jantung ataupun kedudukan mereka, anda perlu bersalin secara C-section.

Dan kesemua masalah ini tiada kaitan langsung dengan saiz badan anda.

Apa yang anda perlu tahu tentang C-section?

Jika anda perlu bersalin secara C-section, berikut merupakan fakta-fakta penting yang anda perlu tahu:

1. Beberapa minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin, anda perlu ke hospital untuk menghantar borang pra-pendaftaran. Anda perlu datang ke hospital sekurang-kurangnya 2 jam awal untuk pendaftaran.

2. Malam sebelum masa bersalin, anda perlu melakukan beberapa prosedur. Mula-mula, anda perlu menjalani epidural dan kemudian anesthesia. Kedua-duanya melibatkan suntikan pada bahagian belakang badan anda supaya anda berasa kebas semasa pembedahan berlangsung.

Image via wordpress.com
3. Seterusnya, anda akan dikateter bagi mengelakkan anda bangun untuk ke bilik air semasa 24 jam pertama pemulihan. Memandangkan ini adalah prosedur yang tidak menyelesakan, jadi pastikan anda minta doktor melakukan epidural sebelum memasukkan kateter.

4. Selepas itu, anda mungkin akan diberikan sejenis ubat yang digunakan untuk mengosongkan asid cecair perut anda. Anda boleh meminta doktor ubat anti-loya sebelum epidural dilakukan, bagi mengelakkan sebarang rasa ketidakselesaan.

Selain itu, ujian darah tertentu boleh dibuat sebelum C-section mengikut saranan doktor anda

Pemeriksaan keadaan darah membolehkan doktor menyediakan sebarang kemungkinan yang berlaku seperti pemindahan darah semasa C-section berlangsung.

Juga, anda perlu memastikan bahagian tubuh yang bakal dibedah telah dibersihkan (mencukur bulu pubik). Jika tidak, jururawat akan melakukannya untuk anda bagi memudahkan kerja pembedahan.

Image via cloudinary.com

Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh SAYS atas keizinan.

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi artikel daripada Hello Doktor DI SINI:

You may be interested in: