seismik

Pelajar OKU Umur 10 Tahun Mangsa Dera Cikgu Singa

Sejak kebelakangan ini, kes-kes dera terhadap kanak-kanak sering berlaku. Baru-baru ini pula, seorang pelajar OKU berumur 10 tahun didakwa menjadi mangsa dera seorang guru di sekolahnya.

Cover image via blogspot.com

Seorang Pelajar Umur 10 Tahun Yang Cacat Penglihatan Didakwa Menjadi Mangsa Dera Seorang Guru Di Sekolahnya Di Shah Alam

Sekolah Kebangsaan Seksyen 20 Shah Alam.

Image via blogspot.com

Adik Wan Nur Dania Wan Rohaizit, seorang pelajar cacat didakwa menjadi mangsa dera seorang guru di Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, di sini, Khamis lalu.

blogspot.com

Insiden Jam 12.15PM Itu Bermula Apabila Dia Tidak Dapat Menjawab Soalan Yang Ditanya Guru Berkenaan

Wan Nur Dania Wan Rohaizit.

Image via blogspot.com

“Kepala saya dihentak kuat lebih empat kali ke meja selain dicubit dan dipukul hingga lebam di lengan".

blogspot.com

“Kepala saya pening dan rasa macam nak pitam selepas dihentak. Tudung saya juga tertanggal ketika kejadian itu, tapi cikgu terus memukul menyebabkan lengan saya lebam,” katanya ketika ditemui.

blogspot.com

“Saya kini trauma dan takut untuk ke sekolah,” katanya.

blogspot.com

Wan Nur Dania Tidak Memberitahu Sesiapa Dan Hanya Mendiamkan Diri Ketika Pulang Ke Sekolah

Wan Nur Dania berkata, dia tidak tidak memberitahu sesiapa dan hanya mendiamkan diri ketika pulang ke sekolah jam 2.30 petang.

blogspot.com

“Sehinggalah keesokan hari, saya beritahu ibu dan bapa,” katanya.

blogspot.com

Berikutan Kejadian Itu, Bapanya Membuat Laporan Di Balai Polis Pelabuhan Klang

Balai Polis Pelabuhan Klang.

Image via wikimapia.org

Berikutan kejadian itu, bapanya, Wan Rohaizit Mohd Zain, 37, membuat laporan di Balai Polis Pelabuhan Klang, selepas membawa anaknya menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang.

blogspot.com

Sehari Selepas Kejadian, Guru Berkenaan Memberikan Alasan Itu Adalah Teknik Pengajaran Yang Berkesan

Wan Rohaizit berkata, sehari selepas kejadian itu dia ada bertemu guru yang dimaksudkan anaknya itu, tetapi cikgu terbabit memberikan alasan itu adalah teknik pengajaran yang berkesan untuk mendidik pelajar supaya cepat pandai.

blogspot.com

Sehubungan itu, dia dan isteri membuat laporan ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

blogspot.com

Sejak Kebelakangan Ini, Beberapa Kes Dera Kanak-Kanak Telah Dilaporkan:

You may be interested in: