Fenomena 'Black Body Radiation' Mirip Neraka? Teori Kepanasan Api Neraka Dari Sudut Fizik
Walaupun istilah sains dan agama adalah berbeza, tetapi ia tidak boleh dipisahkan antara keduanya.
Sebagai umat Islam, kita wajib mempercayai alam ghaib dan ini termasuklah syurga dan neraka
Syurga dicipta indah dari emas manakala neraka diciptakan daripada api. Yang akan menentukan seseorang itu masuk ke syurga ataupun neraka adalah berdasarkan amalnya semasa hidup di dunia.
Syurga dicipta untuk hamba Allah yang mengikut perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya, manakala neraka pula untuk orang yang meninggalkan perintah Allah SWT dan melakukan larangan-Nya.
Syurga atau dikenali sebagai al-Jannah dari segi bahasa diertikan sebagai sebuah taman yang indah dipenuhi dengan pelbagai nikmat keselesaan.
Menurut syarak, syurga diertikan sebagai suatu tempat yang dipenuhi dengan nikmat yang disediakan oleh Allah SWT untuk hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh selepas mereka dibangkitkan semula pada hari akhirat.
Manakala neraka atau an-Nar pula dari segi bahasa didefinisikan sebagai api yang menyala, keadaaan yang sengsara, penyakit parah, kemiskinan dan kesialan.
Dari segi istilah, an-Nar ialah suatu tempat di akhirat yang penuh dengan segala seksa, kesusahan dan kesengsaraan, yang wujudnya merupakan api yang menyala-nyala dengan dahsyatnya sampai dapat menggerunkan sesiapa sahaja.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @maryam_arjunaa telah berkongsi satu thread menceritakan tentang kepanasan api neraka dari sudut fizik
Thread yang mendapat perkongsian sebanyak lebih 6 ribu itu telah berjaya membuka minda pengguna Twitter yang lain untuk melihat agama Islam dari sudut sains lebih-lebih lagi kerana dua perkara itu saling berinteraksi.
"Sains tanpa agama, buta, agama tanpa sains, tempang. Walaupun istilah sains dan agama adalah berbeza, tetapi ia tidak boleh dipisahkan antara keduanya.
"Tidak keterlaluan untuk dikatakan, semua firman Allah SWT menerusi kitab al-Quran adalah sains. Sains adalah tuntutan dalam agama, manakala agama memerlukan sains untuk maju," jelas Profesor Datuk Dr. Mohd. Yusof Othman yang merupakan Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, dalam satu temubual.
Berikut adalah perkongsian pengguna Twitter tersebut:
Black body adalah 'benda' yang absorbs semua frekuensi radiasi, kemudian emit energy bergantung pada SUHU 'benda' itu mengikuti spektrum elektromagnet (EM)
Black Body dipanggil black kerana apabila body itu SERAP SEMUA RADIASI, makanya tiada cahaya. Sebab itu, panggil black. Macam kau tutup lampu, cahaya tak ada kan. So suasana jadi gelap. Gelap tu warna dia apa? Hitam.
Kalau dalam hadis tu, Bahasa Arab dia سوداء مظلمة. Maksudnya Hitam yang gelap gelita.
Penulis juga telah memberi beberapa disclaimers bagi mengelak berlakunya kecelaruan dan kekeliruan berkaitan thread tersebut
Penulis juga tidak menolak menjawab pertanyaan yang ditanya oleh pengguna Twitter lain