Atlet 16 Tahun Ini Catat Rekod Larian Terpantas, Tapi 'Disqualified' Hanya Kerana Hijab
USA dan Islamophobia berpisah tiada.
Seorang pelari merentas desa telah dibatalkan kelayakan dari bertanding di peringkat daerah walau mencatat masa terpantas musim ini - hanya kerana dia memakai hijab
Noor Abukaram, pelajar di The Bounty Collegium di Ohio, USA telah mendaftar untuk menyertai perlumbaan dengan Sylvania Northview High School Girls Cross Country Team pada hujung minggu, sebuah pasukan yang dia telah sertai sejak tiga tahun yang lalu.
Walau bagaimanapun, setelah menamatkan perlumbaan, Noor mendapati bahawa penyertaannya dibatalkan hanya kerana sehelai pakaian di kepalanya.
Menurut Noor, pihak penganjur memeriksa seragam sebelum perlumbaan bermula dan mereka meminta rakan sepasukannya menukar kepada seluar pendek supaya sepadan dengan pelari lain
"Saya mula tertanya-tanya sama ada mereka akan memanggil saya sebab saya memakai semua seluar dan tudung hitam," kata Noor.
"Saya telah menjadi atlet pelajar sepanjang hayat saya, dan setiap kali kejohanan, perkara ini pasti terlintas di fikiran saya semasa pemeriksaan seragam."
Penganjur bagaimanapun tidak memanggil Noor, tetapi mereka bercakap dengan jurulatihnya, Jeffery Flowers dan memaklumkan kepadanya bahawa Noor tidak akan dibenarkan untuk bertanding kecuali membuka hijab.
Malangnya, perkara ini tidak dimaklumkan kepada Noor sebelum perlumbaan bermula.
Selepas tamat perlumbaan, Noor mendapati bahawa namanya tidak berada dalam senarai. Hatinya hancur apabila diberitahu dia telah disqualified hanya kerana hijab.
"Hati saya remuk, saya menjadi mual dan berasa seperti ditumbuk.
"Perkara yang saya bimbangkan selama ini kini menjadi kenyataan. Saya terus berlalu pergi dan rakan sepasukan saya tidak katakan apa-apa lagi," jelas Noor kecewa.
Menurut Noor lagi, dia berasa begitu hina, dan pada masa yang sama haknya sebagai seorang atlet telah dilanggar kerana dia tidak diberi peluang yang sama seperti orang lain.
"Saya tidak diberi peluang untuk menjelaskan diri saya kerana mereka tidak mempunyai kesungguhan untuk memberitahu saya tentang masalah tersebut," kata Noor lagi.
Noor mencatat masa 22 minit dan 22 saat, rekod terpantas untuk musim ini
Susulan perlumbaan itu, jurulatih Noor berkata dia memeriksa buku peraturan bagi acara tersebut, dan dia tidak menemui mana-mana klausa yang menghalang atau melarang atlet daripada menutup rambut seperti Noor.
Noor berpendapat bahawa pihak penganjur sepatutnya perlu membenarkan dia berlumba walaupun memakai hijab kerana peraturan ini TIDAK wujud secara bertulis.
Cerita penuh boleh dibaca di bawah:
Ramai netizen menyuarakan kemarahan terhadap layanan yang diterima Noor dan masing-masing berdiri teguh di belakang Noor dalam membanteras diskriminasi dan Islamophobia