seismik

Kerana Isu Kalimah Allah, BFM Disaman RM10,000 Oleh SKMM

Ini bukanlah kali pertama SKMM mengenakan tindakan ke atas BFM.

Cover image via arminbaniaz.com

[TERKINI] "Malaysia Memalukan Dan Sama Seperti Korea Utara," Kata Reza Aslan

Sarjana Islam Iran dari Amerika Syarikat, Dr Reza Aslan.

Image via thedailyshow.cc.com

Sarjana Islam Iran dari Amerika Syarikat, Dr Reza Aslan berkata, tindakan pihak berkuasa Malaysia mengambil tindakan terhadap stesen radio perniagaan BFM kerana mewawancaranya berhubung isu kalimah "Allah" umpama Korea Utara yang cuba menyekat suara rakyat.

Reza berkata, tindakan mendenda stesen radio itu sama seperti pemburuan "ahli sihir" dengan cubaan menakut-nakutkan.

"Ini apa yang dilakukan Korea Utara ketika menggodam Sony. Ia seperti sekumpulan samseng yang berniat mengugut supaya orang mendiamkan diri," kata Reza.

themalaysianinsider.com

Beliau Menganggap Tindakan ‎Pihak Berkuasa Malaysia Sebagai Memalukan Dan Denda Yang Dikenakan Terhadap Radio Stesen Itu Juga Terlalu Tinggi

"Ia satu yang tidak boleh dipertikaikan, perkataan Allah hanyalah daripada perkataan Arab atau sama ertinya dengan 'Tuhan'. Jadi lebih baik berhenti berpura-pura wujudnya perdebatan atau perbincangan mengenai perkara tersebut, saya tidak menyatakan pendapat saya tetapi itulah kenyataannya."

‎"Jika kerajaan merasakan mereka boleh menentang fakta paling asas dan tidak boleh dipertikaikan tiada perdebatan mengenai isu itu, seperti saya katakan kepada stesen radio, ia menjadi bahan lawak," katanya.

yahoo.com

Tambahnya, ‎Reputasi Malaysia Di Peringkat Antarabangsa Dilihat Terjejas Ekoran Daripada Kemelut Isu Kalimah "Allah" Dan Tindakan Mendenda Radio Stesen Berkenaan Juga Tidak Membantu Negara Ini

"Malaysia bukan Arab Saudi, Pakistan atau Afghanistan. Ia sebuah negara moden, sofistikated dan tidak diperintah Taliban atau Wahabi. ‎Kerana itu saya kata seluruh dunia sekarang sedang mentertawakan kamu, ia dilihat sebagai bahan jenaka. Ini termasuk bagi umat Islam konservatif yang membenci penganut Kristian, sekiranya mereka memang berbahasa Arab mereka tahu tidak ada perbalahan mengenai itu."

"Apabila anda cuba mendiamkan seseorang dengan mengancam atau memeras ugut, itu akan menyebabkan perhatian tertumpu kepada mereka. Seperti mengugut filem "The Interview", lalu menjadikan ia muncul sebagai filem paling terkenal di dunia. Hakikat terdapatnya cubaan membuli BFM hanya menyebabkan mereka meraih lebih sokongan," katanya lagi.

themalaysianinsider.com

18 Disember: Selepas Disaman, 5 Penyampai BFM Didakwa Di Bawah Akta Hasutan Pula?

Image via SAYS.com

Lima penyampai radio BFM 89.9 berkemungkinan akan disiasat di bawah Akta Hasutan berikutan penyiaran sebuah rancangan bual bicara yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum dan agama Islam.

therakyatpost.com

Penyampai Radio Berkenaan Ialah Ezra Zaid, Sharaad Kuttan, Umapagan Ampikaipakan, Caroline Oh Dan Patrick Teoh

Ezra Zaid.

Image via www.popteevee.net

Umapagan Ampikaipakan.

Image via Thestar.com.my

Patrick Teoh.

Image via ytimg.com

Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yang Mengetuai Gabungan 9 NGO Mendakwa Stesen Radio Tersebut Telah Menyiarkan Program Bual Bicara Yang Menyentuh Sensitiviti Kaum Dan Agama Islam Pada 12 Disember Lalu

Gabungan sembilan badan NGO membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 18 Disember 2014.

Image via therakyatpost.com

“Kira-kira jam 7 hingga 8 pagi, penyampai radio Shaarad Kuttan telah membincangkan mengenai tajuk Kalimah Allah, isu daging korban dan juga hak orang Melayu. Dan pada hari yang sama juga kira-kira jam 6 hingga 7 petang, penyampai radio Umapagan Ampikaipakan, Caroline Oh dan Patrick Teoh juga telah membincangkan isu agama Islam dan pemakaian tudung,” katanya.

Mustafa berkata, terdapat unsur penghinaan dan hasutan yang menyentuh mengenai agama Islam seperti yang dibincang dan disiarkan oleh stesen radio terbabit.

“Kita duduk di Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama. Kami harap agar penerbit dan penyunting stesen radio terbabit lebih menghormati agama rasmi negara dan jangan timbulkan unsur perkauman atas kepentingan kaum. Mereka seharusnya menghormati perlembagaan negara,” ujarnya lagi.

kualalumpurpost.net

Berhubung Isu Kompaun, SKMM Menjelaskan BFM Dikenakan Tindakan Kerana Tidak Mematuhi Syarat Yang Terkandung Dalam Lesennya Dan Tidak Mematuhi Kod Kandungan

Reza Aslan dijemput dalam satu temubual bersama BFM mengenai isu Kalimah Allah.

Image via mkini.net

SKMM, dalam kenyataannya, berkata laporan dibuat terhadap BFM89.9 kerana dua sebab - kandungannya terkeluar daripada skop memandangkan BFM adalah sebuah stesen kandungan yang berasaskan perniagaan, manakala rakaman berkenaan tidak mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Suruhanjaya itu menggesa orang ramai dan organisasi media supaya mengelak daripada menjadikan denda yang dikenakan terhadap stesen radio itu sebagai satu isu agama yang sensitif.

bernama.com

Tambahan Lagi, BFM Dikatakan Tidak Mendapat Kelulusan Dari Pihak Berkuasa Agama Untuk Menyiarkan Program Tersebut

Katanya bahagian 4 Kod Kandungan, Seksyen 3.14 Kandungan Penyiaran Khusus menyatakan semua program agama mengenai Islam perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa agama berkenaan sebelum disiarkan.

"Jadi, pemegang lesen telah melanggar peruntukan Seksyen 206 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Penyedia perkhidmatan aplikasi kandungan tidak boleh menyediakan sebarang perkhidmatan, kecuali mengikut syarat lesen yang diberi kepada pemegang lesen itu."

"Dan bagi setiap kesalahan seperti itu, di mana jika hukumannya tidak dinyatakan, maka pesalah boleh, di samping dilucut hak bagi apa-apa jua benda yang dirampas, dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-dua sekali," jelas SKMM.

mstar.com.my

Walau Bagaimanapun, Tindakan Kompaun Itu Dikecam Parti DAP. Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok Menggesa SKMM Supaya Memansuhkan Syarat-Syarat Yang Mengekang Itu, Yang Menurutnya Bertentangan Dengan Prinsip Kebebasan Media.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok.

Image via mole.my

“Rakyat Malaysia perlu menuntut hak dan kebebasan untuk mendengar semua pendapat. Bagaimana kita boleh ada demokrasi terbaik di dunia sekiranya wujud kekangan terhadap kebebasan media oleh SKMM?” soal beliau.

Menurutnya, syarat-syarat ketat yang dikenakan oleh SKMM terhadap penyiar serta denda yang dikenakan kepada BFM menunjukkan bahawa kerajaan takut rakyat akan terlibat dalam perdebatan sihat dan tidak komited terhadap transformasi politik yang ia janjikan.

roketkini.com

Susulan Kejadian Berkenaan, Aktivis Center For Independent Journalism (CIJ), Masjaliza Hamzah Menghasilkan Laman Facebook 'I Pledge RM10 For BFM' Bagi Menyuarakan Sokongan Terhadap BFM

Aktivis Center for Independent Journalism (CIJ), Masjaliza Hamzah.

Image via rakyattimes.com

Laman ini diadakan bertujuan untuk menunjukkan sokongan dan solidariti terhadap stesen radio BFM dan menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM10 setiap seorang bagi meringankan beban BFM. Setakat ini, ia telah mendapat sebanyak lebih dari 2,500 Likes dalam masa tiga hari.

Image via SAYS.com

Teresa Kok turut menyatakan sokongan terhadap kempen ‘I pledge RM10 for BFM’ di laman sosial Facebook yang dimulakan oleh aktivis Center for Independent Journalism (CIJ), Masjaliza Hamzah.

“Sewaktu saya menyatakan komitmen saya (untuk menyumbang kepada BFM) pada jam 12.20 tengah hari tadi (17 Disember 2014), sudah ada 1,986 ‘like’ di laman tersebut. Saya menyeru supaya lebih ramai rakyat Malaysia melawat laman tersebut dan memberikan sumbangan sebagai tanda solidariti bersama BFM, dan membantah pelanggaran kebebasan media oleh SKMM,” tambah beliau.

roketkini.com

16 Disember: Ekoran Satu Wawancara Berkenaan Kalimah Allah Yang Diadakan Tahun Lepas Bersama Reza Aslan Di Business FM (BFM), Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Bertindak Mengenakan Kompaun Terhadap Stesen Radio Tersebut

Sarjana agama dari Amerika Syarikat, Reza Aslan.

Image via thenation.com

Stesen radio perniagaan tempatan, BFM dikompaun RM10,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung satu wawancara yang dibuatnya bersama sarjana agama dari Amerika Syarikat, Reza Aslan berhubung kalimah Allah pada 21 Oktober tahun 2013.

Perkara itu disahkan Penasihat Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman.

themalaysianinsider.com

Dalam Wawancara Itu, Reza Mengkritik Larangan Penggunaan Kalimah Allah Di Malaysia. Menurutnya, Penganut Kristian Menggunakan Kalimah Allah Yang Membawa Maksud Tuhan Dan Ia Bukan Satu Ancaman Kepada Islam.

Reza Aslan mengkritik larangan penggunaan kalimah Allah di Malaysia.

Image via harvardmagazine.com

Penulis buku “No God But God: The Origins, Evolution and Future of Islam” itu hairan dengan keputusan mahkamah itu di Malaysia kerana menurutnya, perkataan Allah merupakan satu istilah yang membawa maksud Tuhan, "sebarang jenis Tuhan".

"Allah daripada perkataan Al-Ilah. Itulah asal perkataannya. Al-Ilah bermaksud Tuhan. Allah bukan nama Tuhan. Sesiapa yang fikir Allah adalah nama Tuhan bukan saja silap tetapi bertentangan dengan Al-Quran itu sendiri. Ini bukan satu interpretasi. Ia fakta sejarah," jelas Reza.

Reza turut tertawa kecil mengenangkan keputusan mahkamah sambil berkata, "bagaimana anda boleh membacanya dan tidak tertawa?"

themalaysianinsider.com

Panel Tiga Hakim Mahkamah Rayuan Dalam Penghakimannya Sebelum Ini Menetapkan "Kalimah Itu Bukan Perkara Asas Dalam Kepercayaan Dan Amalan Kristian Serta Penggunaannya Akan Mencetuskan Kekeliruan Di Kalangan Umat Islam"

Image via mindaaktif.net

Keputusan itu mencetuskan perdebatan di antara sarjana, sementara masyarakat Islam antarabangsa melahirkan rasa hairan atas kecelaruan yang terjadi.

Selepas mahkamah mengumumkan keputusan itu, Reza dalam kiriman Twitter menulis, "Bagaimana Malaysia boleh menjadi bodoh? Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, saya rasa Amerika melarang perkataan 'twerking' kepada mereka yang berumur 17 tahun".

Reza yang merupakan profesor sejarah Islam berkata, keputusan Mahkamah Rayuan itu menjadikan Malaysia bahan ketawa serata dunia.

themalaysianinsider.com

Menurut Laporan, BFM Dikatakan Telah Melanggar Beberapa Syarat Khas Lesen CASP-I Yang Seterusnya Menyalahi Seksyen 206(3) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998

Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Image via baca-blogspot.blogspot.com

Difahamkan, BFM dikenakan tindakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana melanggar Syarat Khas Lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP-I).

BFM juga dilapor melanggar beberapa Syarat Khas Lesen CASP-I yang seterusnya menyalahi Seksyen 206(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber daripada BFM turut mengesahkan bahawa stesen radio berkenaan akan membuat rayuan berhubung tindakan SKMM tersebut.

themalaysianinsider.com

Bukan Itu Sahaja. Pada Februari 2014 Juga, BFM Dilarang Daripada Menyiarkan Satu Temubual Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim Berhubung Pilihan Raya Kecil Kajang.

Temubual BFM bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar Februari 2014.

Image via parangpanjang.blogspot.com

Ini bukannya kali pertama BFM dikenakan tindakan oleh SKMM.

Pada Februari tahun ini, ia dilarang daripada menyiarkan satu temubual dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pilihan raya kecil Kajang.

Sebelum itu juga, stesen itu pernah beberapa kali dipanggil penyelia SKMM yang mengawal semua program yang disiarkan.

Pihak berkuasa juga pernah mengambil tindakan terhadap program pagi sebuah stesen radio, Star RFM Sdn Bhd (98.8 FM) pada 2010 kerana didakwa melanggar syarat lesen mereka.

Star RFM Sdn Bhd merupakan pemegang lesen CASP-I yang menggariskan pematuhan syarat seperti yang termaktub di dalam lesen.

Larangan yang dimaksudkan termasuk pemberian kandungan yang bersifat sensitif dan boleh mengganggu sentimen mana-mana kaum atau agama di negara ini.

themalaysianinsider.com

Selain Reza Aslan, Malaysia Turut Dikritik Oleh New York Times Dan Wall Street Journal Mengenai Larangan Penggunaan Kalimah Allah Oleh Penganut Kristian. BACA SINI:

You may be interested in: