Kerana Pertahan Subsidi Minyak, Rafizi Disaman Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaman dua individu berbeza dalam masa dua minggu.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli Menjadi Mangsa Saman Terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Selepas Tony Pua
Selepas menyaman Tony Pua berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini menyaman Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli pula berhubung subsidi minyak.
themalaysianinsider.comPada 21 November Lalu, Najib Menghantar Surat Tuntutan Kepada Tony Pua Ekoran Kenyataan Yang Dibuat Terhadapnya Pada 3 November Mengenai 1MDB
Dalam surat yang ditandatangani peguamnya, Datuk Mohd Hafarizan Harun, Tony Pua diminta menyiarkan penarikan balik kenyataannya dan memohon maaf dalam masa 14 hari dalam dua akhbar nasional atau menghadapi tindakan saman ekoran ucapannya yang dirakamkan pada 3 November bertajuk "Tony Pua: Najib is creating the biggest scandal ever in the history of Malaysia".
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga diminta mengeluarkan video itu dari Internet, hentikan sebarang kenyataan fitnah dan membayar sejumlah wang pampasan kepada Najib.
Menurut Rafizi, Beliau Menerima Surat Memohon Penjelasan Daripada Firma Guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak Yang Mewakili Najib Pada 4 Disember 2014
Beliau berkata, tindakan saman yang dibuat oleh Najib telah dijangkakan selepas rakannya Tony Pua dari DAP menerima surat yang sama pada minggu lepas
mstar.com.my"Saya sudah menjangkakan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil tindakan saman terhadap saya selepas rakan saya, YB Tony Pua telah menerima surat yang sama minggu lepas. Saya percaya ia ada kena mengena dengan kritikan berterusan dari kami berdua mengenai 1MDB," kata Rafizi.
rafiziramli.comSurat Saman Ini Dikeluarkan Berhubung Kenyataan Lantang Rafizi Di Dalam Video Bertajuk 'Kenapa Kita Pertahan Subsidi Minyak' Yang Diambil Ketika Beliau Berucap Di Bandar Tun Razak Pada 22 November Lalu
Rafizi Bagaimanapun Meluahkan Rasa Bangganya Kerana Menerima Surat Itu Sebelum Tindakan Saman Diambil Kerana Mempertahankan Hak Rakyat Untuk Mendapatkan Subsidi Minyak
"Saya berasa bangga mendapat saman dari seorang Perdana Menteri kerana mempertahankan hak rakyat untuk mendapatkan subsidi minyak sekurang-kurangnya 30 sen seliter dalam keadaan pimpinan negara berbelanja sewenang-wenangnya dana rakyat dalam projek-projek yang membebankan rakyat seperti 1MDB," ujar Rafizi.
rafiziramli.comMenurut Rafizi Lagi, Beliau Sudah Beberapa Kali Menyatakan Kesediaan Untuk Berdebat Dengan Pimpinan UMNO Berhubung Isu Subsidi Minyak
"Saya telah menyatakan secara terbuka bahawa saya bersedia berdebat dengan mana-mana pimpinan UMNO baik yang muda atau tua, menteri atau tidak dalam mempertahankan subsidi minyak ini. Sehingga sekarang tidak ada seorang pun pimpinan UMNO – dari Ketua Pemudanya hingga Ketua Penerangan yang berani tampil berdebat mengenai subsidi minyak ini."
"Maka, surat ke arah tindakan saman dari Datuk Seri Najib Tun Razak ini kena tepat pada masanya. Dalam keadaan tiada pimpinan UMNO yang berani berdebat secara terbuka mengenai subsidi minyak, sewajarnya Datuk Seri Najib Tun Razak tampil menjawab hujah-hujah saya secara terbuka."
"Saya sekali lagi mencadangkan beliau tampil berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim khusus mengenai isu subsidi minyak yang menjadi isu besar di kalangan rakyat," cabar Rafizi kepada pemimpin UMNO.