seismik

Kes Kontroversi 'Toufu Pork' Di Oldtown Beri Dua Pengajaran Penting Kepada Kita

Ada hikmah disebalik kejadian.

Cover image via Facebook ABCD

Oldtown White Coffee baru-baru ini didakwa telah menghidang menu babi kepada pelanggan di restoran mereka. Biar betul?

Image via nocookie.net

Ya, begitulah dakwaan yang tersebar di laman sosial sejak 23 Januari lalu yang kini menjadi viral. Terselit juga sekeping gambar resit Oldtown yang jelas memaparkan tulisan bercetak 'toufu pork' di atasnya.

Image via Facebook ABCD
Image via Facebook ABCD

Soal Halal dan Haram sememangnya sesuatu yang sangat sensitif dikalangan umat Islam di Malaysia. Seperti yang dijangka, segelintir netizen bertindak menerjah ruangan komen untuk melemparkan cemuhan terhadap Oldtown.

Image via SAYS.com

Apa pula respon Oldtown terhadap isu hangat ini? Pihak Oldtown White Coffee pantas bertindak dalam menangani persoalan orang ramai berhubung dakwaan terbabit dengan mengeluarkan kenyataan media pada 26 Januari.

Dalam kenyataan tersebut, pihak Oldtown berkata cetakan pada resit itu sebenarnya mempunyai kesilapan ejaan pada perkataan 'pork' berkenaan yang mana ia sepatutnya dieja dengan 'pok'.

Beberapa pos di Facebook telah muncul sejak Jumaat, 23 Januari, 2015 daripada kesilapan ejaan perkataan Tau Fu Pok, Fried Bean Curd pada resit Oldtown White Coffee. Pos ini membawa segelintir masyarakat untuk mempercayai bahawa Oldtown White Coffee menyajikan daging babi. Salah faham ini adalah hasil daripada kesilapan ejaan yang dilakukan oleh unit cawangan kami ketika mereka memasukkan pesanan ke dalam sistem secara manual. Menu kami tidak membawa apa-apa dengan nama "Tau Fu Pork".

facebook.com

Pihak Oldtown juga menjelaskan bahawa 'Taufu Pok' adalah sejenis tauhu yang sering kali digunakan dalam masakan terutamanya mee kari atau laksa. Ia tidak langsung membawa maksud babi seperti yang didakwa.

Contoh taufu pok dalam masakan mee kari.

Image via darthko-foodcritic.blogspot.com

Untuk makluman semua, Restoran Oldtown White Coffee tidak sama sekali menghidangkan daging babi malah telah pun memperoleh sijil Halal dari JAKIM pada 8 Julai 2013

Majlis penyerahan sijil halal JAKIM kepada Oldtown White Coffee pada 8 Julai 2013.

Image via melvister.com

Kami ingin menjelaskan bahawa Oldtown White Coffee tidak menghidangkan daging babi di mana-mana cawangan di seluruh Malaysia. Kami memperoleh pensijilan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan telah bekerja rapat dengan jabatan dalam memastikan semua peralatan, bahan-bahan, pembekal, dan prosedur pembersihan kami terus memenuhi keperluan Halal oleh JAKIM.

Kenyataan penuh Oldtown White Cofee di sini.

facebook.com

Jadi, apa yang boleh kita pelajari daripada insiden kontroversi ini?

Pertama: Jangan terlalu mudah menabur fitnah sebelum menyiasat perkara sebenar

Image via SAYS.com
Image via SAYS.com

Kita sudahpun memasuki tahun 2015 dan sebelum ini, kita telah banyak dihidang dengan berita-berita hangat yang seakan benar, tetapi realitinya hanyalah palsu belaka.

Dalam kes ini, memang benar resit Oldtown tersebut memaparkan ejaan 'pork'. Tetapi adakah patut untuk kita terus membuat tindakan melulu dengan memuat naik gambar tersebut dan terus memfitnah pihak Oldtown menghidang menu babi kepada pelanggan?

Tidak cukup dengan memfitnah, orang ramai pula digesa untuk menyebarkan perkara tersebut yang belum pasti tahap kesahihannya. Adakah ini satu tindakan yang bertanggungjawab?

Nasihat kami, jika ada kemusykilan terhadap sesuatu perkara, jangan terus "menerjah" tanpa menyiasat. Adalah lebih baik jika sesuatu perkara itu disiasat terlebih dahulu, dapatkan penjelasan dari pihak yang berkaitan dan cari jalan penyelesaian.

Rakyat Malaysia tidak mahu lagi lihat perkara sebegini berlaku di laman sosial. Kita berada di tahun 2015 bukan tahun 2000. Jadi, dapatkan maklumat yang sahih dahulu sebelum ianya disebarkan kepada khalayak ramai (jika perlu).

Kedua: Pihak restoran atau mana-mana syarikat sekalipun perlu lebih berhati-hati dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan

Image via terbakor.com

Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Peribahasa diatas memang sesuai untuk menggambarkan situasi ini. Dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, pasti akan terjadi beberapa kesilapan. Namun begitu, walaupun sesuatu kesilapan itu nampak kecil, ia boleh memberi impak besar kepada syarikat.

Mana-mana syarikat di luar sana perlu lebih berhati-hati pada masa hadapan. Harus ingat, laman sosial masa kini memainkan peranan yang sangat besar dalam menyebarkan sesuatu perkara, sama ada baik atau buruk. Malah, masyarakat sekarang sangat mementingkan perkhidmatan serta kualiti yang baik daripada penjual. Jadi, satu kesilapan kecil boleh membawa padah.

Kami harap, kesilapan seperti ini tidak akan berulang lagi di masa depan. Isu Halal dan Haram perlu diambil berat dan diberi fokus dengan teliti agar tidak menimbulkan kemusykilan kepada orang ramai.

Akhir sekali, mari kita jadikan media sosial sebagai satu platform yang sihat dalam menyebarkan berita-berita baik, sahih dan tidak berbaur negatif kepada orang ramai

Image via tumblr.com

JUGA DI SAYS: [MESTI BACA] Perlukah Hijab Dijadikan Isu Dalam Pengambilan Pekerja?

You may be interested in: