seismik

Kes Pelajar Berpurdah UM Diarah Keluar Dari Dewan. Apa Yang Boleh Kita Pelajari?

Zulaikha Adam, pelajar tahun akhir Universiti Malaya diarah keluar dari dewan peperiksaan untuk menanggalkan purdah pada 16 Jun 2014.

Cover image via imgur.com

[TERKINI] UM Perjelas Isu Pelajar Berpurdah Dihalau Dari Dewan Peperiksaan

UM Mendakwa Pihaknya Meminta Pelajar Tersebut Menanggalkan Purdahnya Dengan Penuh Berhemah Tanpa Ada Sebarang Paksaaan. Larangan Memakai Purdah Di Dalam Dewan Peperiksaan Juga Telah Dimaklumkan Kepada Semua Pelajar.

Image via imgur.com

Selain itu, Pihak UM Juga Memberitahu Bahawa Mereka Tidak Pernah Sama Sekali Menghalau Mana-Mana Pelajar Keluar Dari Dewan Ketika Peperiksaan Sedang Berlangsung

Image via imgur.com

Pihak Seksyen Peperiksaan UM Menganggap Isu Ini Telah Pun Selesai Dan Berharap Ia Tidak Akan Dibangkitkan Lagi Pada Masa Akan Datang

Image via imgur.com

Pada 16 Jun 2014, Seorang Pelajar Tahun Akhir Dari Akademi Pengajian Melayu Di Universiti Malaya Diarah Keluar Dari Dewan Peperiksaan Untuk Menanggalkan Purdah

Image via wikimedia.org

Seorang pelajar tahun akhir Universiti Malaya terpaksa menanggalkan purdah semasa peperiksaan. Menurut pengawas peperiksaan, pelajar tidak dibenarkan untuk menutup muka di dalam dewan peperiksaan.

freemalaysiatoday.com

Prosedur universiti ada menerangkan pelajar perempuan yang memakai purdah perlu diperiksa sebelum dibenarkan memasuki dewan peperiksaan untuk mengelakkan penipuan identiti.

freemalaysiatoday.com

Pelajar Tersebut, Zulaikha Adam Berkata Dia Serta Beberapa Rakan Sekelas Diarah Keluar Dari Dewan Hanya Selepas Peperiksaan Bermula

Zulaikha Adam menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pihak Universiti Malaya yang melarang dirinya menduduki peperiksaan hanya kerana memakai purdah.

melvister.com

Menurutnya, dia akur jika pengawas peperiksaan menegur dirinya untuk membuka purdah ketika berada diluar dewan dan bukannya ketika dia sedang menjawab soalan peperiksaan.

melvister.com

Menerusi Sebuah Status Di Laman Facebook, Zulaikha Mempertikai Tindakan Pihak Universiti Malaya Yang Membenarkan Pelajar Yang Lebih Seksi Untuk Mengambil Peperiksaan Dan Tidak Lebih Awal Memberitahunya Untuk Menanggalkan Purdah

Image via melvister.com

Insiden Ini Turut Mendapat Pertikaian Dari Kumpulan Mahasiswi Islam Universiti Malaya. Mereka Menganggap Tindakan Tersebut Bukan Sahaja Mengaibkan Malah Menafikan Hak Mengamalkan Ajaran Agama.

Pengerusi Hal Ehwal Mahasiswi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (Hewi-PMIUM), Sobiroh Puzi berkata, tindakan seorang pengawas peperiksaan itu bukan sahaja mengaibkan siswi terbabit malah menafikan hak beliau mengamalkan ajaran agama.

harakahdaily.net

"Jika pemakaian purdah dilarang dengan alasan undang-undang UM tidak membenarkan, mengapakah larangan berkenaan tidak pernah dinyatakan secara jelas serta penguatkuasaan berkenaan larangan ini tidak juga dimaklumkan kepada mahasiswa UM sendiri?"

harakahdaily.net

"Kami menuntut agar penguatkuasaan dan tindakan tegas dikenakan kepada mahasiswa yang menyalahi etika berpakaian di dalam kampus seperti yang termaktub di dalam peraturan universiti," tegasnya.

harakahdaily.net

Namun Begitu, Hasil Siasatan Mendapati Bahawa Undang-Undang Tersebut Telah Termaktub Dalam Perlembagaan Universiti Malaya 1997

Dalam Perlembagaan Universiti Malaya 1997, terdapat peruntukan dalam Jadual C (Arahan Am Peperiksaan) dibahagian 3 (e) yang larang pelajar memakai apa-apa pakaian yang menutup muka, pakaian yang tidak sopan dan tidak sesuai dengan keadaan, selipar, topi, seluar pendek dan sarung tangan (kecuali pelajar perubatan di klinik dan makmal) di dewan peperiksaan.

harakahdaily.net

Timbalan Setiausaha Persatuan Pelajar Universiti Malaya, Yu Sheng Leong.

Image via imgur.com

Timbalan Setiausaha Persatuan Pelajar Universiti Malaya, Yu Sheng Leong berkata walaupun peraturan tersebut telah termaktub dalam Perlembagaan Universiti Malaya 1997, adalah satu kewajipan bagi pengawas peperiksaan untuk memeriksa pengenalan pelajar sebelum menduduki peperiksaan.

freemalaysiatoday.com

"Tindakan melulu Jabatan Peperiksaan untuk memaksa pelajar menanggalkan purdah semasa peperiksaan adalah melanggar hak asasi keagamaan," katanya. Menurutnya lagi, Zulaikha sepatutnya dibenarkan untuk memakai purdah selepas pengenalannya disahkan oleh pengawas peperiksaan.

freemalaysiatoday.com

Berdasarkan Status Di Bawah, Zulaikha Jelas Sekali Hanya Mahukan Layanan Yang Adil Dan Sama Rata Bagi Semua Pelajar Tanpa Ada Sebarang 'Double-Standard'

Zulaikha Kemudian Mengambil Keputusan Untuk Menutup Akaun Facebook Peribadinya

Susulan luahan tidak puas hatinya mengenai isu memakai purdah tersebar dilaman sosial, Zulaikha Adam telah mengambil keputusan untuk menutup akaun Facebook peribadinya.

beritaharian.my

Tinjauan terkini mendapati pautan akaun Facebook Zulaikha Adam sudah tidak lagi ditemui.

beritaharian.my

Jadi, Apa Anda Rasa Akan Terjadi Jika Zulaikha Tidak Diarah Keluar Dari Dewan Peperiksaan Tersebut?

JUGA DI SAYS: Benarkah UiTM Melarang Pelajar Lelakinya Beronani Di Asrama?

You may be interested in: