Kes Tanah Jerlus Masjid India: Datuk Bandar Tegas Nafi Dakwaan Kuala Lumpur Tak Selamat
Pencarian mangsa sudah masuk hari keempat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejak berlakunya tragedi insiden tanah mendap Jumaat, 23 Ogos lalu di Jalan Masjid India, masyarakat mula khuatir dengan desas desus mengatakan Kuala Lumpur sudah tidak selamat lagi
Ekoran itu, petang semalam, 25 Ogos 2024, Datuk Bandar Kuala Lumpur iaitu Dato' Seri TPr (Dr.) Maimunah Mohd Sharif telah mempengerusikan mesyuarat bersama agensi-agensi sahabat termasuk pihak PDRM, Bomba dan Penyelamat, APM, JKR serta IWK bagi menyelaraskan tindakan-tindakan susulan berhubung insiden yang telah berlaku pada pagi hari Jumaat lalu.
Kini sudah masuk hari keempat dan usaha mencari Vijayaletchumy, warga negara India yang terjatuh ke dalam lubang jerlus di Jalan Masjid India masih diteruskan.
Dakwaan Kuala Lumpur tidak selamat dan berpotensi berlaku giant sinkhole seperti yang tular di media sosial adalah tidak benar
Datuk Seri Maimunah Sharif menafikan dakwaan yang tular dan menegaskan bahawa keadaan di ibu negara adalah selamat kerana telah dibangunkan sejak lama.
Malah, beliau menekankan bahawa jika ada pihak yang mengatakan sebaliknya, mereka perlu menyertakan bukti dan kajian terperinci untuk menguatkan dakwaan tersebut.
Pihak berkuasa termasuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang mengkaji aspek keselamatan di Kuala Lumpur untuk memastikan keadaan masih selamat.
"Saya berpendapat Kuala Lumpur ini pun sudah lama dibina dan dalam tempoh itu ia adalah selamat.
"Oleh itu kalau nak mengatakan tidak selamat mestilah ada menunjukkan bukti-bukti dan kajian-kajian yang terperinci," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkesempatan bertemu dengan waris mangsa yang setia menanti di tapak kejadian bagi mendapatkan perkhabaran terkini
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!