seismik

[SHARE] 8 Kesilapan Yang Sering Umat Islam Lakukan Pada Hari Jumaat

Nampak 'simple' tetapi ia sangat memberi kesan kepada pahala Jumaat seseorang, terutamanya lelaki.

Cover image via gilanifoundation.com

Jumaat merupakan hari yang paling mulia dalam Islam. Oleh itu, adalah lebih baik jika kita betul-betul ambil kesempatan dalam beribadah agar dapat menjadi hamba yang mulia disisi-Nya. Bagi mendapatkan ganjaran sepenuhnya, elakkan melakukan 8 perkara di bawah:

1. Datang lewat ke masjid

Image via berita.govn.my

Kata Rasulullah SAW:

“Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang solat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (Hasan, Ahmad: 21756)

2. Membaca Al-Quran atau memasang rakaman bacaan Al-Quran dengan kuat

Kata Rasulullah SAW:

“Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca Al-Quran”, atau baginda berkata “di dalam solat.” (Shahih, Abu Dawud: 1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr)

3. Tidak memenuhkan saf hadapan

Kata Rasulullah SAW:

“Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan]” (Shahih, Muslim: 439)

4. Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah

“Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia.” (Shahih, Muslim: 857)

5. Tidak melakukan solat Tahiyatul Masjid apabila tiba atau ketika imam berkhutbah

Kata Rasulullah SAW:

"Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” (Shahih, Muslim: 875)

6. Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang

Firman Allah:

“Wahai orang-orang Yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (Surah Al-Jumuah: 9)

7. Bercakap ketika khutbah

Rasulullah SAW berkata:

“Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (Shahih, Al-Bukhari: 934, Muslim: 851)

8. Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib

Kata Ibn Mas’ud r.a:

“Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau.” (Hasan, At-Tirmizi: 509)

Sekarang, kita lihat pula 5 sunnah yang dianjurkan pada hari Jumaat:

1. Mandi dan berwangi-wangian (lelaki sahaja)

Image via www.rediff.com

"Mandi pada hari Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh. Hendaklah dia menggosok gigi dan memakai wangian jika mempunyainya." (Shahih, Al-Bukhari: 880, Muslim: 846)

2. Membanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW

Image via m.merdeka.com

*Sesungguhnya, sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan padaku." (Shahih, Abu Dawud: 1047, disahihkan oleh Al-Arnauth)

3. Memperbanyakkan berdoa terutama di akhir waktu Asar

Image via yufidia.com

"Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam, pada waktu itu tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia akan mengkabulkannya. Oleh itu, carilah Dia diakhir waktu selepas Asar." (Shahih Abu Dawud: 1048, disahihkan oleh Al-Hakim, Adz-Dzahabi, An-Nawawi dan Al-Albani)

4. Membaca surah Al-Kahfi

Image via www.macmsa.com

"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya pada di antara dua Jumaat." (Shahih, Al-Hakim: 3392, disahihkan oleh Al-Albani)

5. Berjalan kaki dan bersegera ke masjid

"Apabila tiba hari Jumaat, para Malaikat berdiri di pintu-pintu masjid, mereka menulis orang-orang yang datang pertama kali. Permisalan orang yang datang pada awal Jumaat bagaikan orang yang berkorban seekor unta, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkorban seekor sapi, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkorban seekor domba, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan berkorban seekor ayam, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan berkorban sebutir telur. Apabila imam telah keluar dan duduk di atas mimbar, pada Malaikat berbondong-bondong beranjak dari barisan mereka, lalu mereka duduk untuk mendengar khutbah." [Muttafaq 'Alayhi]

Setiap kali solat Jumaat, mesti kita akan jumpa 7 jenis orang dalam senarai ni:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: