seismik

Khazanah Bakal Kurangkan 30% Pekerja MAS Melalui Pelan Pemulihan Baru

Langkah-langkah yang akan diambil Khazanah Nasional dijangka mampu mengembalikan semula syarikat penerbangan MAS dalam landasan keuntungan.

Cover image via themalaysianinsider.com

Khazanah Akan Membentangkan Pelan Induk Penstrukturan Semula Pada 29 Ogos 2014 Bagi Menyelesaikan Segala Kemelut Yang Melanda Malaysia Airlines (MAS) Sejak Beberapa Tahun Lalu

Nasib MAS bakal ditentukan pada 29 Ogos 2014.

Image via freemalaysiatoday.com

Dalam masa beberapa minggu lepas, pegawai Khazanah dan MAS mengadakan mesyuarat dengan pelbagai kesatuan pekerja dan pemegang saham lain bagi memperolehi persetujuan mereka terhadap pelan yang memerlukan kelulusan Kabinet.

yahoo.com

Cadangan kerajaan menyelesaikan masalah dihadapi Malaysia Airlines (MAS) yang mengalami kerugian akan diuji pada Jumaat, 29 Ogos 2014 apabila pengurus aset negara Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) membentangkan pelan induk penstrukturan semula yang disediakannya kepada Kabinet.

themalaysianinsider.com

Penstrukturan Semula Itu Termasuk Mengurangkan Pekerja, Menyediakan Pakej Pemberhentian Dan Menghentikan Serta Mengurangkan Kekerapan Beberapa Laluan MAS Yang Tidak Menguntungkan

Pelan terbaru itu akan menyaksikan MAS menghentikan laluan yang tidak menguntungkan dan mengurangkan kekerapan penerbangan.

Image via theborneopost.com

Pelan itu akan termasuk mengurangkan ribuan pekerjaan, menyediakan peluang latihan semula dan penempatan kakitangan dan pakej pemberhentian.

yahoo.com

Selain pemberhentian pekerja, pelan terbaru itu akan menyaksikan MAS menghentikan laluan yang tidak menguntungkan dan mengurangkan kekerapan penerbangan serta mengkaji semula kontrak berat sebelah sedia ada yang ditandatangani dengan pelbagai pihak berkepentingan.

themalaysianinsider.com

Antara Laluan Yang Dijangka Akan Dihentikan Atau Dikurangkan Ialah Ke Paris, Kunming Di China Dan Jeddah Di Arab Saudi. Khazanah Juga Akan Mengkaji Semula Kontrak RM6.25 Bilion Bersama Brahim's Airline Catering.

Kontrak RM6.25 bilion bersama Brahim;s Airline Catering bakal dikaji semula.

Image via themalaysiantimes.com.my

Antara laluan yang dijangka akan dihentikan atau dikurangkan termasuk ke Paris, Kunming di China dan Jeddah di Arab Saudi memandangkan pesawat itu boleh menggunakan khidmat sekutunya dalam OneWorld.

yahoo.com

Juga akan dikaji semula ialah kontrak RM6.25 bilion dengan Brahim's Airline Catering (BAC) Sdn Bhd yang dijangka dibuat setanding keadaan pasaran, berikutan dakwaan syarikat induk BAC iaitu Brahim's Holdings menandatangani perjanjian berat sebelah dengan MAS bagi perjanjian 25 tahun itu.

themalaysianinsider.com

Baru-Baru Ini, Desas-Desus Ada Mengatakan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly Merupakan Calon Utama Yang Bakal Dilantik Sebagai CEO Baru Untuk Mengubah Nasib MAS

Khabar Angin Juga Mengatakan Shazalli Telah Bertemu Dengan Perdana Menteri Pada 22 Ogos Lalu. Shazalli Akan Menggantikan CEO Sekarang, Ahmad Jauhari Yahya Yang Tamat Tempoh Perkhidmatannya Pada 19 September 2014.

Tempoh perkhidmatan Ahmad Jauhari Yahya tamat pada 19 September 2014.

Image via astroawani.com

Beliau dijangka mengambil alih tugas daripada CEO sekarang, Ahmad Jauhari Yahya yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 19 September dan akan menumpukan kepada operasi harian MAS termasuk berhubung dengan kerajaan dan memulihkan semula syarikat penerbangan negara itu.

yahoo.com

Sumber yang hampir dengan pelan itu berkata, ketua eksekutif Celcom itu bertemu Najib Jumaat lepas. Najib ialah pengerusi Khazanah, pemegang saham utama kedua-dua MAS dan Celcom.

themalaysianinsider.com

Kerugian MAS Dilaporkan Semakin Meningkat Dari Tahun Ke Tahun. Tahun 2014 Menyaksikan MAS Menghadapi Kerugian Yang Paling Teruk Sejak 2011 Dan Dijangka Akan Meningkat Lagi.

Mei lalu, MAS melaporkan kerugian suku tahunan terbesar dalam masa lebih dua tahun, akibat penurunan mendadak penumpang "kesan dramatik" kehilangan pesawat MH370 yang tidak dapat dijelaskan.

yahoo.com

MAS menghadapi kerugian terbesar sebanyak RM443.4 juta pada suku tahunan pertama tahun 2014.

Image via blogspot.com

Kerugian bersihnya meningkat kepada RM443.4 juta pada suku tahunan pertama, daripada RM278.8 juta pada tempoh sama tahun lepas, kerugian paling teruk syarikat penerbangan itu sejak suku tahunan Oktober - Disember 2011.

themalaysianinsider.com

Penganalisis penerbangan, Mohsin Aziz berkata, keputusan suku tahunan kedua dijangka satu "bencana", kerana ia mungkin mencatat kerugian melebihi RM600 juta.

yahoo.com

Menurut Laporan, MAS Telah Melalui Tiga Pelan Penstrukturan Semula Syarikat Sejak Tahun 2007 Namun Semuanya Tidak Membuahkan Hasil Ekoran Persaingan Sengit Dan Kos Yang Tinggi

Sejak 2007, MAS melalui tiga pelan penstrukturan semula tetapi tidak berjaya mencapai sebarang hasil kerana tenaga pekerja yang terlalu ramai, permintaan pasaran berubah, persaingan sengit dan kos overhed yang tinggi.

Image via blogspot.com

MAS mengalami kerugian sejak 3 tahun lalu, disebabkan kos yang tinggi dan persaingan sengit.

themalaysianinsider.com

Sejak 2007, MAS melalui tiga pelan penstrukturan semula tetapi tidak berjaya mencapai sebarang hasil kerana tenaga pekerja yang terlalu ramai, permintaan pasaran berubah, persaingan sengit dan kos overhed yang tinggi.

yahoo.com

Kali Ini, Khazanah Berusaha Sedaya Upaya Menstrukturkan Semula Syarikat Dan Akan Memastikan Pelan Pemulihan Ini Berjaya Membawa Keuntungan Semula Kepada MAS

Menurut sumber, Khazanah kini bersungguh-sungguh memastikan pelan pemulihan ini berjaya kerana MAS merupakan simbol dan duta negara yang berkuasa.

themalaysianinsider.com

Menurut sumber, Khazanah kini bersungguh-sungguh memastikan pelan pemulihan ini berjaya kerana MAS merupakan simbol dan duta negara yang berkuasa.

Image via bnbbc.my

"Ini 'last kopek' (peluang terakhir) untuk MAS. Pelan pemulihan ini sangat penting. Ia tidak boleh ditangguhkan dan mesti dipercepatkan. Demi kepentingan semua, ia perlu diteruskan sepantas dan selancar mungkin."

yahoo.com

"Perubahan sedikit demi sedikit tidak akan berjaya. Khazanah serius memastikan MAS kembali mendapat keuntungan. Bagaimanapun, ia tidak akan teragak-agak menghentikannya jika pelan itu tidak dipatuhi sepenuhnya," kata sumber itu.

themalaysianinsider.com

Dalam Masa Yang Sama, Khazanah Juga Berkata Masa Depan MAS Hanya Boleh Diselamatkan Dengan Mengambil Langkah Tegas Serta Berharap Agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Memahami Situasi Tersebut

Khazanah berharap pelan itu telus dan cukup berperikemanusiaan, tetapi yang paling utama, mereka mengharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak faham masa depan syarikat penerbangan negara itu hanya boleh diselamatkan dengan mengambil langkah tegas dan benar-benar perlu.

themalaysianinsider.com

Khazanah mengharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak faham masa depan syarikat penerbangan negara itu hanya boleh diselamatkan dengan mengambil langkah tegas

Image via n9kini.com

Itu akan termasuk mengambil eksekutif asing ternama membantu memulihkan MAS sebagai sebahagian tindakan rombakan besar-besaran, yang terbaru sejak langkah Penyeleraian Aset Meluas (Widespread Asset Unbundling atau WAU) MAS pada 2002, setahun selepas Putrajaya membeli kembali MAS daripada hartawan, Tan Sri Tajuddin Ramli.

yahoo.com

Kemuncaknya, ia bermakna kehilangan beribu pekerjaan, sehingga mungkin 30% daripada tenaga kerja sekarang.

themalaysianinsider.com

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Kerugian Terbesar MAS Dalam Tempoh Lebih Dua Tahun DI SINI:

You may be interested in: