Lebih 50 Lelaki Dikikis RM3 Juta Oleh Seorang Wanita Dengan Batu Mani Gajah
Lebih 50 lelaki kaya dikikis seorang wanita yang diibarat sebagai primadona sehingga memiliki wang simpanan lebih RM3 juta dalam tempoh cuma setahun, semuanya kerana tangkal batu mani gajah dimilikinya.
Seorang Wanita Berusia 31 Tahun Mahu Dikenali Sebagai Haslinda Sebelum Ini Hidup Bergelumang Dosa, Semata-Mata Untuk Hidup Mewah
“Ada rakan memberitahu mengenai batu mani gajah dimiliki seorang bomoh tinggal di sempadan Siam (Thailand) yang dikatakan mampu membuatkan sesiapa saja tunduk dengan permintaan dan arahan kita."
blogspot.com“Saya sanggup menjual diri bagi memperoleh RM8,000 sebagai bayaran untuk memiliki batu itu dan saya juga memandu beratus-ratus kilometer bersendirian untuk ke rumah bomoh itu dua tahun lalu,” katanya.
josrevalution.netHajatnya Tercapai Apabila Seorang Bomoh Bersedia Menjual Batu Mani Gajah Kepadanya Yang Selepas Dijampi, Mula Digunakan Untuk Menundukkan Lelaki Bagi Mendapatkan Wang
"Seorang demi seorang lelaki kaya berjaya saya tundukkan dan ketika itu hidup saya ibarat tidur diatas wang."
malaysiandigest.com"Caranya mudah saja. Saya hanya duduk di tempat eksklusif sambil memerhatikan lelaki kaya. Berbekalkan batu mani gajah yang ada dalam simpanan saya, lelaki yang saya pandang itu akan terus datang untuk berkenalan."
malaysiandigest.com"Saya juga tidak kisah untuk tidur bersama mereka, jadi dengan cara itu lelaki saya pikat lebih mudah serahkan wang," katanya.
malaysiandigest.comWang Jutaan Ringgit Yang Dimilikinya Itu Digunakan Untuk Bermewah-Mewahan Termasuk Melancong Ke Luar Negara, Membeli Rumah Dan Kereta
Walau Bagaimanapun, Kuasa Amalan Syirik Itu Hanya Sementara Kerana Dia Kini Hidup Menderita Dengan Pelbagai Penyakit Misteri
Isteri seorang lelaki bergelar Datuk yang menjadi mangsanya membalas dendam dengan turut mengenakan ilmu hitam ke atasnya.
hmetro.com.my"Akibatnya, saya mengalami sakit berpanjangan, berat badan makin surut, hilang selera makan, badan rasa seperti dicucuk objek tajam dan sering terlihat bayangan wajah yang mengerikan," katanya yang sakit sejak hampir setahun yang lalu.
malaysiandigest.comKetika itu, barulah Haslinda sedar betapa semua wang dan harta kekayaan dimilikinya tidak lagi bermakna kerana penyakit misteri dialaminya hampir meragut nyawanya.
malaysiandigest.com