seismik

Kisah Ahmad Faizal, 'Runner' Yang Terima Upah Seikhlas Hati Tanpa Paksaan

Inilah yang kita gelar 'faith in humanity restored'.

Cover image via Facebook Ahmd Fzl

Dalam pada kita terlalu banyak dihidang dengan berita-berita negatif, kali ini apa kata kami paparkan kepada anda kisah seorang runner yang boleh kita sama-sama jadikan teladan

Image via nocookie.net

Nama diberi ialah Ahmad Faizal bin Murtadza, seorang bapa anak satu yang bekerja sepenuh masa sebagai seorang runner

Runner ialah pekerjaan membeli dan menghantar barang seperti yang diminta oleh pelanggan, tidak kira barang apa sekalipun termasuk barang dapur, bunga, coklat, teddy bear, dokumen, dan macam-macam lagi. Selepas menghantar barang, runner akan diberi upah.

Mendirikan rumah tangga hampir setahun, Ahmad Faizal pada mulanya bukan bekerja sebagai seorang runner seperti sekarang. Namun takdir seolah-olah memaksanya untuk memilih jalan itu.

Sehingga pertengahan tahun lalu, Faizal merupakan seorang peniaga kecil-kecilan. Beliau menjual Nasi Lemak, Nasi Tomato, Rojak, dan juga kuih-muih di bazar Ramadan dan di tepi jalan.

Tetapi, selepas isterinya sarat ingin bersalin, Faizal berhenti meniaga dan hanya duduk di rumah tanpa pekerjaan dan tanpa sebarang gaji tetap

Sedang bosan duduk di rumah tidak buat apa-apa, Faizal tiba-tiba mendapat ilham dan berasa adalah lebih baik jika dia dapat bantu meringankan beban orang lain

"Selepas isteri saya sarat nak bersalin saya stop berniaga dan duk relax tak tahu nak buat apa dah. Pastu saya dapat ilham dari aku bosan duk umah ni baik aku tolong orang bayar bil atau hantar barang pape."

thevocket.com

Daripada situlah Faizal membuat keputusan menjadi seorang runner. Dan disebabkan tiada pengalaman, Faizal tidak meletakkan harga upah. Sebaliknya, pelanggan boleh bayar mengikut keikhlasan hati.

"Memandang saya takde pengalaman jadi upah saya letak seikhlas hati. Bagi saya wang ringgit bukan la segalanya."

thevocket.com

Walaupun penat menunggang motosikal sekitar kawasan Lembah Klang setiap hari, Faizal berasa sangat gembira dan puas hati apabila pelanggannya mengukir senyuman setelah barang yang dipesan berjaya dihantar.

dari shah alam ke jalan pahang lama semata-mata hantar bunga client. ini lah saya kata demi cari rezeki anak dan isteri,...

Posted by Ahmd Fzl on Tuesday, May 12, 2015

Namun begitu, pernahkah Faizal menerima upah terlalu sedikit yang tidak setimpal? Seperti runner yang lain, Faizal juga tidak terlepas kerana masih ada segelintir pelanggan yang cuba mengambil kesempatan.

"Tipu lah tak pernah rasa down. Tapi Alhamdulillah saya pikir balik mungkin bukan rezeki saya di situ dan mungkin orang yang suruh tu ada masalah kewangan. Saya pernah dapat RM3 tapi Alhamdulillah client saya layan cukup baik. Hehe saya pun gembira. Yang penting kita dah dapat tolong orang."

thevocket.com

hari-hari pusing SEL/KL memang penat tapi kalau kita pasang niat untuk cari rezeki untuk anak isteri malah ini punca...

Posted by Ahmd Fzl on Monday, June 22, 2015

Berkat penat lelahnya selama ini, Faizal akhirnya berjaya menubuhkan syarikat runner sendiri yang diberi nama Ahmd Fzl Service Runner. Di atas sifat jujur Faizal, kini semakin ramai yang ingin sertainya menjadi runner.

salam. saya selaku founder Ahmd fzl service runner mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada kaum umat islam...

Posted by Ahmd Fzl on Wednesday, June 17, 2015

Nampaknya, perniagaan Faizal semakin dikenali ramai dan semakin maju. Lihat saja pada post Faizal di bawah, khidmat beliau telah fully booked untuk beberapa hari akan datang.

salam semua. maaf ye client saya yg disayangi semua. job fully booked. sampai hujung minggu ni, terima kasih yg viralkan...

Posted by Ahmd Fzl on Monday, June 22, 2015

Itulah dia Faizal, seorang runner dengan hati emas. Kisah inspirasi beliau telahpun diterbitkan dalam akhbar Sinar Harian pada 21 Februari 2015.

Kepada Faizal, kami di SAYS ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana usaha anda yang tidak kenal penat lelah dalam berbakti kepada masyarakat. Semoga terus berjaya dan sukses dalam dunia runner.

Majulah runner untuk negara. Kipidap!

Baca juga kisah menyentuh hati adik Ainaa Amanda Shahzali yang tidak mempunyai telapak tangan kanan sejak lahir DI SINI:

More stories to read: