Kisah Duit Dalam Tong Gas Dan Cerita Menabung Yang Patut Dijadikan Teladan
Ada yang simpan duit syiling dalam bekas bedak dan bekas perencah tomyam. Sampai ada yang berjaya kumpul sehingga lebih RM5,000. Syabas!
Gambar duit syiling yang disimpan dalam tong gas penghawa dingin kepunyaan Mohamad Khairul Abdul ini telah menarik perhatian ramai pengguna laman sosial
Jumlah duit syiling yang telah disimpan dalam tabung 'istimewa' ini apabila dipecahkan mencecah jumlah RM3,200. Boleh tahan kan?
Pada mulanya kami ingatkan, cuma Khairul seorang saja yang menyimpan duit syiling dalam tong gas aircond, rupanya ramai juga yang berbuat demikian
Rudy Wuddy menabung untuk membeli iPhone 6 Plus.
Dandelion Zima pula pernah menabung menggunakan tong gas aircond ini untuk menabung untuk persiapan perkahwinannya suatu ketika dulu. Kini, dia menabung lagi tapi kali ini untuk persiapan sekolah anaknya pula.
Selepas gambar tabung ini mendapat hits, pengguna laman sosial yang lain turut berkobar-kobar ingin berkongsi kreativiti mereka menabung dalam pelbagai jenis dan bentuk bekas
Pengguna Facebook Irwandi Hussaini menggunakan kotak terbuang untuk menabung sejak anak perempuannya lahir lagi. Ketika anaknya berusia 4 tahun, dia membuka tabung itu dan jumlah yang dia perolehi adalah sebanyak RM5,800. Duit itu kemudiannya disimpan dalam akaun amanah saham milik anaknya.
Ada yang menabung duit syiling dalam botol mineral yang besar ini. Anggaran simpanan yang diperolehi oleh pemilik tabung mungkin RM1,500.
Ada juga yang menyimpan duit syiling dalam bedak talkum. Bukan saja dapat simpan duit, malahan duit syiling pun wangi.
Anggaran simpanan dalam bekas bedak ini sekitar RM200.
Zaimi Hibah memberitahu yang dia menyimpan duit syiling dalam beg shopping. Dia berjaya mengumpul lebih kurang RM799.
Muzai Semilan menyimpan duit syiling dalam pelbagai jenis tabung, seperti tabung buluh, tin kosong dan replika Tabung Haji. Jumlah duit terkumpul sungguh lumayan, RM900!
Ini lagi comel. *Cik Kee Tee menabung duit syiling dalam tin perencah tomyam, hasilnya mencecah RM1,000.
Memang betul kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Menabung duit syiling sahaja pun simpanan boleh mencecah sehingga RM5,000.
Bayangkan jika kita menabung duit RM1, RM5 ataupun RM10. Boleh jadi jutawan agaknya, kan?
Neeza Zamree menabung duit kertas RM1 hingga RM20 di dalam bekas air mineral 10 liter dan berjaya mengumpul lebih RM12,000. Hebat!
Jadi, apa tunggu lagi. Dengan ekonomi kurang stabil ini, apa kata kita menabung bersama-sama?
Dalam situasi sekarang, kita tidak dapat lagi terlalu bergantung kepada gaji asas untuk terus hidup. Berjimat cermat antara langkah yang perlu kita ambil untuk terus survive di masa depan. Lagipun, tak terujakah kamu melihat video di bawah?