seismik

KJ Hentam Peniaga Online Jual Produk "Fake Sh*t" Di Insta. Peniaga Terus Tukar Nama Akaun

Kan dah mendapat!

Cover image via Instagram @khairykj

Khairy Jamaluddin memang terkenal dalam dunia online tempatan

Di sebalik wajah tampan dan tubuh sasa, tersembunyi perwatakan lucu dalam diri Menteri Belia dan Sukan Malaysia ini yang selalu menarik perhatian netizen di alam maya. Daripada tweet bersahaja sehinggalah ke sarcasm, KJ tidak pernah mengecewakan. Ada saja perkara yang mampu mencuit hati orang ramai.

Dan disebabkan itu juga, KJ dipandang sebagai satu watak berpengaruh di laman sosial dengan telatahnya yang spontan.

Baru-baru ini, KJ menerusi Instagram memberi satu komen pedas dan "makan dalam" kepada satu online seller yang tidak bertanggungjawab

Setelah hampir sebulan menyepi di Instagram, KJ memuat naik satu gambar pemandangan indah Cat Bells pada 20 Oktober 2017. Cat Bells adalah sebuah bukit yang sangat popular di England dengan ketinggian 451 meter yang memberi panorama tasik biru dan kehijauan menakjubkan dari puncak.

For whom these bells toll.

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on

Dalam pada gambar tersebut mengumpul lebih 150 komen dan 22,000 likes, terdapat juga beberapa online sellers yang bertindak mempromosikan produk mereka pada ruangan komen.

Komen spam atau promosi produk oleh peniaga online sebegini mungkin dianggap biasa bagi sesetengah orang.

Tapi tidak bagi KJ.

Sebuah akaun yang dikenali dengan nama product_sihat.my menurunkan satu komen yang berbunyi:

"Nak tinggi ke? Jom tengok insta kitaorang and whatsapp : +6016123456 or Wechat: product_sihat. PROMO DISCOUNT. Nak tunggu ape lagi? JOMM."

Melihat pada Insta mereka, produk yang dijual termasuk serbuk kalsium, kapsul zinc, kapsul spirulina, dan lain-lain yang menjanjikan kenaikan ketinggian sebanyak 2-10 sentimeter pada tubuh orang dewasa.

Antara produk yang dijual.

Image via Instagram

Mereka juga mendakwa bahawa produk jualan mereka ini berkesan 100%.

Jangan main-main.

KJ yang tidak gemar dengan komen tersebut terus menghentam peniaga berkenaan

Khairy membalas:

"Please don't promote your fake sh*t on my Instagram. Tak ada produk yang boleh tambah ketinggian untuk orang dewasa. It's a con job and I am going to report you to Kementerian Kesihatan. Plus, you salah pilih orang lah. I'm 182 cm tall. Almost 6ft."

Komen KJ itu mendapat repson positif dari netizen yang turut sama menyokong.

Sejak daripada itu, akaun tersebut telah diberi nama baru

Image via Instagram

Ooh, burn!

Image via tumblr.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ketampanan KJ juga berjaya memikat hati para gadis di Indonesia:

Leave a comment