seismik

KJ Sanggup Letak Jawatan Ekoran Prestasi Hambar Sukan Malaysia

Mungkin sudah tiba masanya? Atau belum?

Cover image via suarainsan.net

Temasya Sukan Komanwel 2014 Di Glasgow Pada Julai Telah Menyaksikan Malaysia Gagal Mencapai Sasaran 7 Pingat Emas Dan Pertama Kali Berada Di Belakang Singapura Dalam Sejarah 84 Tahun Kejohanan

Ekoran Daripada Prestasi Hambar Dan Mutu Sukan Malaysia Yang Semakin Merosot, Khairy Jamaluddin Sebagai Menteri Belia Dan Sukan Sanggup Meletak Jawatan

Malaysia hanya membawa pulang 6 pingat emas pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow.

Image via abgrara.wordpress.com

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyatakan beliau sanggup meletak jawatan sekiranya terbukti kegagalan pada Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Scotland baru-baru ini berpunca daripada dirinya.

themalaysianinsider.com

Khairy berkata, beliau bersedia berbuat demikian jika hasil post-mortem dan kajian mendalam mendapati kegagalan pada temasya sukan itu berpunca sepenuhnya daripada kesilapannya sendiri dalam membuat sebarang keputusan.

utusan.com.my

"Tanyalah Kepada Persatuan-Persatuan Sukan Dan Pegawai-Pegawai Terlibat, Kalau Saya Bersalah, Saya Bersedia Untuk Meletak Jawatan," Kata Khairy

KJ sanggup meletak jawatan sekiranya terbukti kegagalan pada Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Scotland baru-baru ini berpunca daripada dirinya.

Image via themalaymailonline.com

“Saya boleh letak jawatan....tetapi post mortem (bedah siasat) belum habis lagi dan belum ada kajian mendalam kenapa kita gagal."

hmetro.com.my

“Tak ada masalah kalau ia adalah silap saya, tanyalah kepada persatuan sukan, pegawai...dalam tempoh setahun lebih saya pegang jawatan, kalau mereka rasa itu jawapan kepada kegagalan, saya boleh letak jawatan,” katanya.

hmetro.com.my

Susulan Itu, Khairy Meminta Semua Pihak Membabitkan Persatuan, Jurulatih, Pegawai Dan Atlet, Mengundur Diri Sekiranya Gagal Memenuhi KPI Yang Ditetapkan

Sementara itu, beliau berkata pihaknya juga masih belum membuat sebarang keputusan muktamad berkenaan pemilihan kontinjen ke Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan pada September 2014.

bernama.com

Pemilihan kontinjen untuk bertanding di Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan akan lebih tegas.

Image via wanista.com

"Proses itu sudah pasti akan dipengaruhi oleh pretasi di Glasgow dan saya akan buat ketetapan pilihan kontinjen sebelum bincang tentang sasaran pingat."

themalaysianinsider.com

"Sebahagian daripada atlet yang akan dihantar mestilah ada elemen pendedahan dan memenuhi beberapa kriteria, hantar untuk pendedahan, dengan harapan tak jadi bahan belasahan negara lain dan ada potensi untuk menang," jelas beliau.

bernama.com

Khairy Jamaluddin Dilantik Sebagai Menteri Belia Dan Sukan Pada 15 Mei 2013 Menggantikan Datuk Ahmad Shabery Cheek

Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 15 Mei 2013 menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Image via blogspot.com

Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

bharian.com.my

Beliau yang aktif dalam kegiatan lasak dan suka bersukan adalah bekas Timbalan Presiden II Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM dan pengerusi jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM selama tiga tahun sejak 2007.

bernama.com

Selepas Dilantik, Beliau Bertekad Mentransformasikan Pembangunan Serta Agenda Sukan Negara Seiring Dengan Kepesatan Pembangunan Negara

“Pelantikan ini merupakan satu penghargaan buat seluruh pemuda serta belia di negara ini, dan saya berjanji akan menunaikan tanggungjawab yang diberikan ini sebaik mungkin. Saya sangat berterima kasih kepada Datuk Seri Najib atas kepercayaan yang diberikan dan saya menganggap amanah yang diberikan ini adalah mewakili suara seluruh anak muda di negara ini yang sentiasa menyokong kerajaan dalam membangunkan negara."

kosmo.com.my

“Selain itu, ia juga satu amanah sangat besar buat diri saya dalam memastikan pembangunan belia dan sukan di negara ini berterusan serta mampu menggegar arena sukan dunia,” ujar Khairy.

kosmo.com.my

Singkap Kembali Pencapaian Kontinjen Malaysia Pada Sukan Komanwel 2014 Di Glasgow, Hanya Di SAYS:

You may be interested in: