[VIDEO] Kenapa Klip Video 'Gadis Jolobu' Langsung Tak Ketengahkan Identiti Jelebu?
Sebelum ini, Waris tampil dengan konsep kemewahan dalam klip video 'Botingkek'. Kini, klip video 'Gadis Jolobu' turut ketengahkan konsep yang lebih kurang sama. Apa yang cuba disampaikan sebenarnya?
Bila Dengarkan Tajuk Lagu 'Gadis Jolobu', Pasti Ramai Membayangkan Sebuah Klip Video Berkonsepkan Kampung Yang Kaya Dengan Elemen Etnik Melayu
Tetapi, Klip Video 'Gadis Jolobu' Dendangan Waris Dan Dato' Hattan Ini Tidak Sama Sekali Menampilkan Elemen Kampung Serta Adat Resam Negeri Sembilan
Dengan durasi selama 5:10 saat, keseluruhan klip video tersebut hanya dipenuhi dengan adegan Waris dan Hattan yang asyik menyanyi di beberapa lokasi tanpa sedikit pun menyelitkan unsur-unsur adat Negeri Sembilan.
ohbulan.comKlip Video 'Gadis Jolobu' Ini Diarahkan Oleh Pelakon Wanita Tempatan, Dira Abu Zahar
Rata-Rata Peminat Dilihat Agak Kecewa Dengan Hasil Klip Video Tersebut
Sejak muzik video ini dilancarkan beberapa hari lalu, peminat dilihat agak kecewa dengan hasil rakaman Gadis Jolobu yang diarahkan oleh pelakon Dira Abu Zahar itu.
ohbulan.comSelain beranggapan klip video itu lebih sesuai dirakam di kawasan kampung sepertimana konsep lagunya, peminat turut mempertikaikan ketiadaan kelibat gadis Jolobu seperti yang diceritakan di dalam lirik.
ohbulan.comApa-Apa Pun, Pujian Harus Diberikan Kepada Dira Abu Zahar Kerana Berani Mencabar Dirinya Mengarah Klip Video Buat Pertama Kali
Disebalik ketidaksempurnaan itu, pujian harus juga diberikan kepada Dira yang berani mengambil cabaran untuk mengarahkan klip video ini buat pertama kali.
ohbulan.comBarangkali pengarah yang masih menimba pengalaman ini cuba membawa sedikit kelainan kepada video klip Gadis Jolobu dan cuba menyuntik konsep antarabangsa di dalam karyanya.
ohbulan.comPelawak Popular, Nabil Turut Membuat Penampilan 'Cameo' Pada Babak Akhir Klip Video