seismik

11 Respon Paling 'Win' Tentang Aplikasi Rasmi Najib Razak. Rajin Betul Orang Kita Ni!

Ikhlas ke tak ikhlas ni?

Cover image via SAYS

Awal pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat satu pengumuman penting melalui Twitter yang ditujukan khas buat rakyat Malaysia

Datuk Seri Najib telah melancarkan aplikasi 'Najib Razak' untuk dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store.


Aplikasi rasmi 'Najib Razak' memberi anda pengumuman terkini dan segala kemas kini media sosial Perdana Menteri dalam satu aplikasi.

Aplikasi ini direka khusus untuk kemudahan pengguna dan untuk membolehkan interaksi bersama Datuk Seri Najib.

Sorotan daripada aplikasi 'Najib Razak':

1. Menerima berita terkini dan kemas kini daripada platform media sosial Perdana Menteri dengan satu sentuhan

2. Memahami pemikiran Perdana Menteri dengan membaca blog beliau

3. Aplikasi interaktif yang memberi peluang kepada pengguna untuk mengambil bahagian dalam kempen dan pemilihan

4. Peluang anda untuk berinteraksi dengan Perdana Menteri dan berkongsi idea serta cadangan

Sejurus dilancarkan, rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan aplikasi rasmi Perdana Menteri

Bagaimanapun, berdasarkan rating yang terkumpul, aplikasi ini hanya mendapat skor 2.6 daripada 5.

PS: Angka 2.6 ni macam familiar pulak.

Jadi apa komen orang ramai terhadap aplikasi ini?

1. Tiga orang pengguna di bawah ini adalah antara 48 orang yang memberi skor 5 bintang! Mereka amat menyanjung tinggi dan menganggap aplikasi ini sangat berguna.

2. Ada juga seorang lagi yang memberi skor 5 bintang dan dia mendakwa hidupnya kini berubah menjadi seorang bilionair!

#untunglah

3. Nampaknya, aplikasi ini ternyata mendapat pujian ramai. Daripada menyelamatkan hayat Galaxy Note 7 sehinggalah kepada memberi perubahan positif kepada kanak-kanak.

4. Jumpa bomoh + muat turun aplikasi + korbankan kelapa + nyanyi lagu Rosmah = masalah selesai!

5. Paling hebat, aplikasi ini turut boleh dimuat turun pada peranti Nokia 3310. Wow!

6. Yang ini pelik sikit.

Ada sorang cakap app ni mengajar untuk mendapatkan derma dari Arab Saudi. Sorang lagi pulak cakap app ni tak mengajar macam mana nak dapatkan derma.

Mana satu yang betul ni? Mungkin dia belum explore habis lagi kot.

7. Kewujudan aplikasi ini juga menjadikan aplikasi internet banking yang lain tampak kuno dan outdated. Dengar tu bank-bank sekalian. It's time to upgrade your app!

8. Kepada sesiapa yang masih tercari-cari aplikasi terbaik untuk program diet, segalanya sudah terjawab sekarang

9. "Rakyat nak Najib turun. Bukan muat turun Najib."

Image via Twitter

10. Eh, Najib dah berhenti?

Image via Twitter

11. Siapa cakap dia dah berhenti. Hati-hati semua, Najib Razak akan akses segala gambar, media, dan fail yang ada dalam handphone anda.

Image via SAYS

Jadi, nak allow ke nak deny ni?

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Yang ini pun lebih kurang jugak:

You may be interested in:

Leave a comment