seismik

Konsert Mariah Carey Di Kuala Lumpur Digesa Batal. Kenapa?

Peluang untuk menyaksikan Mariah Carey beraksi di pentas di Stadium Merdeka, Oktober nanti mungkin tidak menjadi kenyataan.

Cover image via blick.ch

Pada 1 Ogos Lalu, Penyanyi Popular Amerika Syarikat, Mariah Carey Dilaporkan Bakal Mengadakan Konsert Di Malaysia Bertempat Di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur Pada 22 Oktober 2014

Malaysia telah dipilih sebagai lokasi sulung konsert jelajah diva pop terkenal Mariah Carey di Asia Tenggara yang bakal berlangsung pada 22 Oktober depan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

tupai.com.my

Menurut laporan The Star, pihak penganjur konsert di Malaysia telah berjaya memenangi bidaan bagi mendapatkan Carey untuk mengadakan persembahan di negara ini terlebih dahulu berbanding negara lain seperti Filipina dan Singapura.

yahoo.com

Siri jelajah yang diadakan di negara Asia terlebih dahulu sebelum Amerika Syarikat ini adalah bersempena pelancaran album terbarunya, "Me. I Am Mariah… The Elusive Chanteuse" pada Mei 2014.

tupai.com.my

Walau Bagaimanapun, Konsert Tersebut Digesa Batal Oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Kerana Merasakan Hiburan Seperti Itu Tidak Sesuai Dengan Budaya Masyarakat Tempatan

Presiden GAMIS, Abdul Malik Ab Razak berkata, kedatangan penyanyi asal Amerika Syarikat itu ke negara ini bagi meneruskan siri jelajah ke Asia dan melancarkan album terbarunya itu tidak sesuai dengan budaya masyarakat tempatan.

harakahdaily.net

GAMIS menggesa pihak penganjur membatalkan konsert Mariah Carey di Kuala Lumpur kerana tidak sesuai dengan budaya masyarakat tempatan.

Image via hartanahmilenium.com

"GAMIS amat kesal dengan penganjuran konsert Mariah Carey yang akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 22 Oktober depan."

malaysiakini.com

“GAMIS sebagai sebuah gerakan mahasiswa Islam memandang serius penganjuran konsert liar yang saban tahun diadakan," kata Abdul Malik dalam satu kenyataan.

informasi.my

Pihak Penganjur Didakwa Tidak Sensitif Terhadap Isu Masa Kini, Dimana Negara Masih Bersedih Di Atas Nahas Pesawat MH17 Serta Umat Islam Di Gaza Dibunuh Tanpa Henti Oleh Rejim Zionis Israel, Tetapi Masih Berani Mengadakan Konsert Sedemikian

Salah seorang ahli keluarga nahas pesawat MH17 bersedih.

Image via blogspot.com

"Ketika saudara Islam di Gaza dibunuh jasad mereka oleh Israel dan Amerika Syarikat, kita begitu mudah merelakan anak muda dirobek akidah dan akhlak mereka dengan hidangan hiburan dan model pemakaian seksi."

malaysiakini.com

Penduduk mengangkat mayat seorang kanak-kanak lelaki Palestin yang terbunuh dalam serangan udara Israel terhadap kediaman keluarganya di Bandaraya Gaza.

Image via bharian.com.my

"Di saat rakyat dalam kesedihan berikutan kes pesawat MH17 ditembak jatuh dan serangan Israel ke atas Gaza masih belum tamat, GAMIS sangat kesal dengan pihak penganjur yang tidak menghormati keadaan masyarakat dengan beraninya membawa masuk artis seksi itu ke negara ini," tegasnya.

harakahdaily.net

Menurut GAMIS, Kerajaan Sepatutnya Mengadakan Lebih Banyak Program Kerohanian Dan Pembangunan Modal Insan, Bukan Program Hiburan Artis Seksi Dari Luar Negara Yang Melalaikan Masyarakat

"Kerajaan seharusnya mengambil tindakan tegas, bersesuaian dengan cadangan Perdana Menteri yang mengumumkan hari berkabung untuk MH17 agar membatalkan segala program hiburan liar dari diteruskan."

informasi.my

"Kerajaan seharusnya mengambil tindakan tegas, bersesuaian dengan cadangan Perdana Menteri yang mengumumkan hari berkabung untuk MH17 agar membatalkan segala program hiburan liar dari diteruskan," kata Presiden GAMIS, Abdul Malik Ab Razak.

Image via Facebook Abdul Malik Ab Razak

"Kerajaan boleh mengambil langkah alternatif dengan mendidik rakyat melalui elemen pembangunan modal insan yang positif. Program-program kerohanian dan pembangunan minda dirancakkan sebagai tanda keinsafan atas musibah yang melanda negara."

harakahdaily.net

"Melalui promosi artis luar negara dengan penampilan seksi dan tidak menutup aurat, ia akan mempengaruhi gaya hidup anak muda dan sangat bahaya bagi produk kepimpinan negara masa akan datang," katanya lagi.

malaysiakini.com

Konsert Mariah Carey Itu Juga Bakal Menelan Kos Yang Sangat Tinggi Iaitu Sebanyak RM3.2 Juta Yang Jelas Sekali Merupakan Satu Pembaziran

Konsert Mariah Carey di Kuala Lumpur bakal menelan perbelanjaan sebanyak RM3.2 juta.

Image via dispatch.com

"Kami turut berpendirian bahawa konsert yang menelan kos sebanyak USD1 juta (RM3.2 juta) adalah satu pembaziran yang tiada nilai pelaburan untuk pembangunan sebuah tamadun."

harakahdaily.net

"Justeru itu, GAMIS dengan penuh harapan memohon semua pihak dari kerajaan, parti politik, NGO-NGO dan mahasiswa untuk menginsafi musibah yang melanda dengan bekerjasama membanteras program-program hiburan liar," ujar beliau.

informasi.my

Dalam Insiden Lain, Pasangan Pengantin Mempamerkan Protes Mereka Terhadap Rejim Zionis Israel Pada Majlis Perkahwinan Mereka, 2 Ogos Lalu

You may be interested in: