seismik

Ini 4 Kos Utama Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah. Dah 'Ready' Ke?

Bukan senang tau nak beli rumah. Pastikan semuanya dah tersedia!

Cover image via SAYS

Bila nak beli rumah, banyak sebenarnya perkara yang perlu kita ambil tahu

Image via Giphy

Bukan sekadar fikir tentang bayaran bulanan, namun bayaran pendahuluan serta bayaran yang lain juga perlu diambil kira.

Sebelum memasang niat untuk membeli rumah di masa depan, pastikan kita mempunyai ilmu yang cukup dan sudah pun bersedia dari pelbagai aspek.

Ingat, sebelum nak beli rumah, ini lima jenis kos yang wajib untuk kita tahu:

1. Deposit

Image via GIFGIFs

Kebiasaannya kita perlu menyediakan 10% daripada harga jualan. Ini kerana kebanyakan bank hanya memberi pinjaman maksimum sebanyak 90% daripada market value. Kita boleh pilih mana-mana yang lebih rendah di antara kedua-dua pilihan ini.

Contohnya: Harga rumah RM250K, deposit 10% = RM25K

Bagi kes bank yang memberi pakej pinjaman 100% pula, secara kasarnya deposit TIDAK PERLU dikeluarkan langsung. Untuk yang masih mahu mengeluarkan deposit, wang tersebut akan dipulangkan semula apabila proses jual beli telah selesai dilakukan.

2. Legal Fee dan Stamp Duty

Kos peguam juga tidak boleh diabaikan. Kita membayar mereka bagi menguruskan pelbagai perkara seperti caveat, pendaftaran pejabat tanah, pengangkutan, telefon, photocopy, land search, dan lain-lain lagi.

Nak tahu lebih lanjut? Lihat contoh di bawah:

[LEGAL FEE]

  • Harga jualan: RM250K
  • First RM150K : RM150K x 1.0% = RM1,500
  • Next RM100K : RM100K x 0.7% = RM700
  • Total : RM1,500 + RM700 = RM2,200

[STAMP DUTY]
  • Harga jualan: RM250K
  • First RM100K : RM100K x 1.0% = RM1,000
  • Next RM150K : RM150K x 2.0% = RM3,000
  • Total : RM1,000 + RM3,000 = RM4,000
NOTA: Untuk pembelian rumah pertama, anda LAYAK untuk mendapatkan diskaun Stamp Duty sebanyak 50%.

Untuk mengetahui tentang contoh pengiraan Legal Fee dan Stamp Duty, anda boleh terus ke link ini: Lowpartners.com/calculator

3. Valuation Fee

Image via twimg.com

Valuation Fee biasanya akan termasuk sekali dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank.

Rujuk pengiraan di bawah:

  • Harga jualan: RM250K
  • First RM100K : RM100K x 0.25% = RM250
  • Next RM150K : RM150K x 0.2% = RM300
  • Total : RM250 + RM300 = RM550

4. Jangan lupa insurans perumahan. Ini penting!

Image via imoney.my

Insurans untuk kediaman adalah salah satu polisi insurans paling penting untuk kita miliki. Rumah merupakan satu pelaburan terbesar dan pasti kita ingin melindunginya.

Kebiasaannya insurans akan termasuk sekali dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank. Jadi, anda boleh memeriksa kembali jika pakej yang diberikan tidak lengkap dengan insurans.

Kesimpulannya....

Boleh dikatakan, deposit tunai dan Legal Fee adalah dua kos paling utama yang perlu kita titikberatkan.

Legal Loan, Valuation Fee dan insurans pula kebiasaannya memang akan termasuk dalam pakej pinjaman yang diberikan oleh pihak bank.

Namun, jalan yang paling selamat ialah kita perlu menyediakan wang tunai sekurang-kurangnya 13% daripada harga jualan rumah tersebut.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak beli rumah kos rendah? Baca ni dulu:

Nak hias rumah tapi tak ada idea? BACA SINI:

You may be interested in: