[KRONOLOGI] Cerita Penuh Di Sebalik Kes Kehilangan & Pembunuhan Bella
Ikuti artikel ini untuk segala yang anda perlu tahu tentang kes hillang dan bunuh Bella.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum sedia maklum, negara baru-baru ini gempar dikejutkan dengan penemuan sebuah rangka manusia tidak sempurna di dalam sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani Kampung Batu 7 Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor
Melalui hasil laporan analisa ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan ia sepadan dengan sampel yang diambil dari ibu dan kakak Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang dilaporkan hilang sejak bulan.
Semalam (24 Januari), teman lelaki kepada Bella telah didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan membunuh wanita itu, bulan lalu.
Tertuduh Mohammad Haikal Mahfuz, 24, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun, sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati serta sebatan tidak kurang 12 kali.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mahkamah menetapkan 19 Februari ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.
Ini kronologi penuh mengenai kes kehilangan dan pembunuhan Bella:
Mengikut kronologi, pada 14 Disember, Bella dilaporkan keluar dari rumahnya di Taman Soga, Batu Pahat pada 11.50 malam untuk ke kedai dobi bersama teman lelakinya itu.
Kakak mangsa dakwa ada last chat (terakhir mesej) pada 14 Disember, 11.38 malam menerusi WhatsApp apabila Bella ada tanyakan sesuatu.
Keesokannya, 15 Disember, Kakak Bella membuat panggilan melalui WhatsApp tetapi gagal selain mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp hanya menunjukkan satu tanda saja
Pada 16 Disember, laporan polis pertama berkaitan kehilangan wanita itu dibuat ahli keluarganya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.
Pada 27 Disember berikutnya, lima individu dipanggil beri keterangan dan pada keesokannya polis menahan seorang lelaki 24 tahun bantu siasatan.
Seterusnya, pada 30 Disember, teman lelaki Bella dibebaskan dengan jaminan polis dan sehari selepas itu polis menyatakan akan memanggil semula teman lelaki jika perlu.
Pada 19 Januari lalu, penemuan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah di sini dijangka dapat merungkai kehilangan Bella.
Keesokannya, 20 Januari, penemuan cebisan kain pada rangka manusia yang tidak sempurna di rumah terbengkalai di Lorong Imam Jailani Kampung Batu 7, Tongkang Pecah memberi petunjuk kemungkinan besar ia adalah Bella.
Pada 21 Januari, polis menyatakan akan mempercepatkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) penemuan rangka.
Pada, 23 Januari debaran keluarga Bella menanti keputusan DNA akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan rangka ditemukan dalam rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, itu adalah Bella.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!