seismik

Kronologi Penuh Kes Dua Gadis Belasan Tahun Dirogol 38 Lelaki

Dua orang gadis berusia 14 dan 15 tahun dirogol 38 lelaki secara bergilir-gilir di Ketereh, Kelantan.

Cover image via Facebook Julia Ismail

[TERKINI] Pelajar 17 Tahun Ditahan Dalam Kes Rogol 38 Lelaki

Seorang pelajar berusia 17 tahun, suspek ke-15 ditahan polis berhubung kes dua remaja perempuan yang didakwa dirogol 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh, di sini, minggu lalu.

sinarharian.com.my

Suspek lain yang turut ditahan sebelum ini.

Image via ammboi.com

Suspek ditahan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Jenereh Bongkok, Pulai Chondong, Machang, pada jam 3.45 pagi, 1 Jun 2014.

sinarharian.com.my

Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun perintah reman terhadapnya tetap dikenakan bagi membantu siasatan kejadian rogol tersebut.

sinarharian.com.my

29 Mei: Bapa Dan Dua Anak Ditahan Dalam Kes Rogol 38 Lelaki

Seorang bapa bersama dua anaknya antara 14 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.

mstar.com.my

Seorang bapa bersama dua anaknya antara 14 yang ditahan.

Image via bharian.com.my

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, tiga beranak yang berumur antara 15 hingga 38 tahun itu ditahan pagi semalam (28 Mei) di sekitar Ketereh.

sinarharian.com.my

Gadis yang direman mendakwa dirinya dirogol dalam kejadian.

Image via hmetro.com.my

"Anak beranak itu ditahan untuk membantu siasatan kes rogol itu dan terbaharu kita menahan seorang lagi lelaki berumur 20-an juga di sekitar Ketereh pagi ini (29 Mei)," katanya.

mstar.com.my

Saki Baki Suspek Masih Lagi Dalam Buruan Pihak Polis. Jika Sabit Kesalahan, Pesalah Boleh Dikenakan Hukuman Penjara Selama 20 Tahun Beserta Sebatan

Jika sabit kesalahan seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan.

bnbbc.my

Rakyat Malaysia Telah Digemparkan Dengan Satu Kes Dimana Dua Orang Gadis Remaja Dirogol Secara Bergilir-Gilir Oleh 38 Lelaki Di Ketereh, Kelantan

Seorang pelajar tingkatan tiga dan rakannya mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan 38 lelaki tidak dikenali di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan.

terengganutoday.com

Kejadian Dikatakan Berlaku Pada 20 Mei 2014. Seorang Rakan Lelaki Mangsa Membawa Mereka Ke Ketereh Yang Terletak Lebih Kurang 30 Kilometer Dari Kuala Krai.

Dalam kejadian pada Selasa 20 Mei lalu itu, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dari Guchil, Kuala Krai keluar untuk bertemu rakan perempuannya yang berusia 15 tahun di Ketereh.

bnbbc.my

Jarak Kuala Krai dan Ketereh adalah kira-kira 30 kilometer.

Image via beclassique.com

Mangsa kemudiannya menghubungi rakan lelakinya untuk membawanya ke Ketereh yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Kuala Krai.

mstar.com.my

Selepas Itu, Rakan Mangsa Membawa Mereka Ke Sebuah Rumah Kosong Untuk Berehat. Ketika Mahu Beredar, Mereka Didatangi Oleh 38 Lelaki Yang Tidak Dikenali Dan Terus Dirogol Bergilir-Gilir.

Inilah rumah kosong dimana kejadian rogol ini berlaku.

Image via Facebook Julia Ismail

Rakan lelaki yang mengambil mereka dari Ketereh tersebut kemudian membawa kedua mangsa ke satu rumah kosong dengan alasan untuk berehat.

wanista.com

Sebelum meninggalkan rumah tersebut, mereka telah ditahan oleh seorang lelaki. Selepas itu, sekurang-kurangnya 40 lelaki masuk ke rumah kosong tersebut dan membawa dua remaja perempuan itu ke dalam sebuah bilik dan merogol mangsa secara bergilir-gilir.

mstar.com.my

Mangsa Hanya Sedar Keesokan Harinya. Menurut Sumber, Rakan Lelaki Mangsa Yang Bersama Mereka Telah Dipaksa Untuk Melihat Mangsa Dirogol Dan Tidak Boleh Membuat Apa-Apa.

Mangsa hanya sedar keesokan harinya selepas pengsan akibat dirogol bergilir-gilir dan telah mengalami kesakitan berterusan di bahagian sulitnya.

wanista.com

Rakan lelaki mangsa memberitahu mangsa bahawa dia telah dipaksa untuk melihat mangsa dirogol oleh lebih kurang 38 orang lelaki terbabit dan tidak boleh menolaknya.

melvister.com

Ekoran Insiden Itu, Mangsa Memilih Untuk Tidak Memberitahu Ibu Bapanya Dahulu Kerana Dikhuatiri Akan Dimarahi. Selepas Pulang Ke Rumah, Mangsa Segera Dihantar Ke Hospital Akibat Mengalami Pendarahan Teruk Pada Bahagian Kemaluan.

Mangsa yang takut kejadian tersebut diketahui oleh ibu bapanya tidak terus pulang ke rumah sebaliknya tinggal di rumah saudara teman lelakinya sehingga 24 Mei dan hanya pulang ke rumah pada 25 Mei dan hanya memaklumkan kepada bapanya mengenai insiden berkenaan selepas itu.

wanista.com

Setelah pulang ke rumah, mangsa dibawa ke hospital Kuala Krai kerana kemaluanya mengalami pendarahan yang teruk.

mstar.com.my

Hasil awal rawatan mendapati terdapat kesan koyakan teruk pada hymen dan kesan kemasukan yang berulang-ulang kali pada kemaluan mangsa.

selangorku.com

Pihak Polis Telah Menerima Laporan Kes Tersebut Melalui Bapa Mangsa Di IPD Paser Puteh, Kelantan

Ibu Pejabat Polis Daerah Paser Puteh, Kelantan.

Image via blogspot.com

Bapa mangsa kemudian bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Paser Puteh mengenai insiden tersebut pada hari yang sama dan kes kini dalam siasatan polis.

bnbbc.my

Kes Ini Turut Mendapat Perhatian Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa. Ikuti Kronologi Penuh Melalui Status Yang Dimuat Naik Oleh Tan Sri Pada Laman FB Beliau DI SINI:

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Dalam Perkembangan Terbaru, 10 Individu Termasuk Seorang Remaja Perempuan Telah Ditahan

Seramai 10 individu, termasuk seorang remaja perempuan ditahan bagi membantu siasatan.

Image via ammboi.com

Seramai 10 individu, termasuk seorang remaja perempuan ditahan bagi membantu siasatan berhubung dua pelajar dirogol 38 individu di Ketereh, 20 Mei lalu. Suspek yang ditahan itu termasuk salah seorang remaja yang turut menjadi mangsa rogol berusia 15 tahun.

bharian.com.my

Semua 10 individu terbabit termasuk remaja perempuan itu pada Rabu (28 Mei) dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk membantu siasatan. Remaja perempuan terbabit dibenarkan ditahan reman enam hari manakala suspek lelaki tujuh hari.

bnbbc.my

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman Berkata Mangsa Juga Mungkin Diliwat Dan Tidak Menolak Kemungkinan Bahawa Kesemua Suspek Berada Dalam Pengaruh Dadah Ketika Kejadian

Suspek berusia diantara 20 hingga 30 tahun dipercayai berasal dari kampung yang sama.

Image via hmetro.com.my

"Polis masih mengesan semua suspek lain bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Kami menjangkakan kes itu ditutup dalam masa terdekat kerana suspek berusia diantara 20 hingga 30 tahun dipercayai berasal dari kampung yang sama."

rakyatnews.my

“Kami juga tidak menolak kemungkinan remaja perempuan itu turut diliwat. Polis mempunyai alasan untuk percaya bahawa hampir kesemua suspek berada pada pengaruh dadah ketika melakukan jenayah itu,” kata Azham.

bnbbc.my

JUGA DI SAYS: Aktiviti Seksual Remaja Malaysia Meningkat 9 Kali Ganda Dalam 18 Tahun

You may be interested in: