seismik

Lagu Keramat '"Sumpah & Cinta Matiku" Angkat Nama Bintang Jalanan Di Calpis Soda OIAM

Wah pernah menyanyi dengan Nidji tu!

Cover image via TV3 Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Uji bakat Calpis Soda One In A Million ternyata mendapat perhatian ramai bakat-bakat di luar sana

Uji bakat ini telah menampilkan pelbagai latar belakang peserta yang hadir mengecapi impian mereka sebagai penyanyi.

Seperti Mohd Firdaus, atau lebih dikenali sebagai Kai yang merupakan anak jati Perak berusia 23 tahun ini yang menjadikan muzik sebagai nadi perjuangannya.

Image via TV3 Malaysia

Sudah beberapa kali tular di TikTok dengan nyanyiannya

Kisah Kai bermula sebagai seorang busker sejak berusia 17 tahun dan dia telah menimba pengalaman selama tujuh tahun di pentas jalanan.

Malah, Kai sudah beberapa kali tular di TikTok berkat suaranya yang serak basah, memukau pendengar dengan persembahannya untuk lagu "Sumpah dan Cinta Matiku" nyanyian asal Nidji.

Bukit Bintang menjadi momen manis ketika dia sedang busking apabila secara tidak disangka-sangka diajak berduet bersama kumpulan Nidji.

Difahamkan, sebenarnya, Kai hanya bertugas sebagai kru pada waktu itu, namun kejutan berlaku apabila Nidji sendiri memintanya untuk naik ke pentas dan menyanyi bersama mereka.

"Saya dah biasa dengan suasana Bukit Bintang, jadi kurang rasa gementar, tapi tetap teruja,” katanya ketika mengenang semula pengalaman yang luar biasa itu.



Dapat sokongan penuh rakan-rakan untuk mencuba uji bakat Calpis Soda One In A Million

Kai memberitahu dia mengetahui tentang uji bakat Calpis Soda One In A Million melalui TikTok dan mendapat sokongan penuh daripada rakan-rakannya untuk mencuba. 

Mereka yakin peluang ini berbaloi untuk diterokai dan dapat membuka ruang yang lebih luas untuk Kai mengembangkan bakatnya.

Kai mempersembahkan dua buah lagu, Sumpah dan Cinta Matiku serta Biarkanlah, semasa uji bakat Calpis Soda One In A Million.

"Perasaan nervous memang kuat tadi. Saya dah siap-siap prepare lagu lain, tapi juri potong lagu pertama. Masa tu rasa macam peluang dah tak ada. Tiba-tiba juri minta saya nyanyi Sumpah dan Cinta Matiku, lagu viral saya tu," katanya.

Pertama kali menyertai uji bakat, Kai, yang telah busking sejak usia 17 tahun dengan pengalaman tujuh tahun sebagai penyanyi jalanan, melihat ini sebagai peluang besar. 

"Memang saya nak cuba masuk dalam industri dan buktikan yang penyanyi jalanan pun mampu jejak pentas besar," katanya penuh semangat.

Image via TV3 Malaysia

Merupakan salah seorang ahli kumpulan band dan mempunyai lagu ciptaan sendiri

Kai, yang juga merupakan ahli sebuah band dengan lagu-lagu ciptaan sendiri, tetap berpegang pada rancangannya bersama kumpulan tersebut sambil membuka peluang untuk bergerak secara solo jika sesuai.

"Saya akan terus bersama band, tapi tengok mana plan yang terbaik. Buat masa ni, saya akan push dulu nama saya melalui platform ni sebab orang belum kenal saya lagi," ujarnya.

Kai mengakui cabaran besar yang dihadapinya sebagai busker di Kuala Lumpur, terutama dengan kos sara hidup yang tinggi. 

"Kerja busking ni susah, kena kerja pagi, siang, malam, setiap hari. Saya tak nak anak pertama saya lalui benda yang sama. Saya nak ubah hidup kami," katanya.

Impiannya termasuk membawa anaknya menunaikan umrah dan membuka sebuah kafe untuk memberi keselesaan kepada ibunya yang masih bekerja. 

"Kalau boleh, saya nak mak saya fokus rehat dan tenang jaga kafe saja," tambahnya.

Kai juga membawa kelainan sebagai peserta yang berasal dari jalanan, dengan pengalaman hidup yang penuh cabaran.

"Saya dah lalui banyak benda susah, dan saya akan tunjuk yang saya takkan mudah mengalah. Mungkin orang lain ada masuk kelas vokal, tapi saya tak pernah ada peluang tu," katanya.

Mengenai harapannya, Kai menegaskan bahawa dia bersedia menghadapi segala cabaran yang bakal mendatang. 

"Saya kena lebih prepared, sebab saya tahu perjalanan ni tak mudah, tapi saya akan buat yang terbaik," ujarnya penuh tekad.

Image via TV3 Malaysia

Jadi bagi anda yang berbakat di luar sana, jangan lepaskan peluang ini dan hadir ke uji bakat Calpis Soda One In A Million! Masih tidak terlambat bagi orang-orang di Kuala Lumpur!

Cepat-cepat hadir ke lokasi yang ketiga di AEON Hall Aras 4, AEON Mall Shah Alam dan Blok D, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 16 & 17 November 2024 (Sabtu & Ahad), dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik mengenai Calpis Soda One In A Million:

You may be interested in: