seismik

Laki Bini Jelajah 11 Hari Ke Bumi Kashmir & India Utara Dengan Bajet Tak Sampai RM4,600

ALL-IN!

Cover image via Shafiq Akmal

Semakin ramai rakyat Malaysia memilih Kashmir dan India Utara sebagai lokasi pelancongan mereka

Penangan dua filem blockbuster Hindustan iaitu 3 Idiots lakonan Aamir Khan dan Bajrangi Bhaijaan lakonan Salman Khan mungkin menjadi salah satu faktor yang melonjakkan nama lokasi-lokasi ini sehingga menjadi begitu popular.

Mana tidaknya, kedua-dua filem tersebut memaparkan keindahan bumi India Utara yang sangat luar biasa! Pada mulanya, ramai yang seakan tidak percaya tempat-tempat berkenaan terletak di India.

Pangong Lake di Ladakh.

Image via Souvik Bhattacharya/Flickr

Kawasan pergunungan di Sonamarg, Kashmir.

Image via Flying Venus

Demam Hindustan ini turut terkena tempias kepada pasangan suami isteri Shafiq Akmal dan Siti Aishah di mana mereka membuat keputusan untuk melihat sendiri kecantikan bumi India

Image via Shafiq Akmal

Menariknya, pasangan ini menjelajah ke bumi Kashmir, Ladakh, Delhi, dan Agra selama 11 hari dengan kos keseluruhan tak sampai RM4,600 all-in untuk dua orang!

All-in bermaksud kos adalah termasuk flight tickets untuk dua orang, ground costs untuk dua orang, makan untuk dua orang, other transporatations untuk dua orang, penginapan untuk dua orang, dan lain-lain kos sepanjang travel selama 11 hari.

Terbaik kan? Jom kita baca perkongsian dari Shafiq di bawah:

TRIP LAKI BINI KE UTARA INDIA (KASHMIR - LADAKH - DELHI - AGRA)

Menunggang motosikal merentasi Khardung La ke Turtuk, menghayati kehijauan bumi Kashmir, menyelusuri hiruk pikuk Delhi dan menyaksikan keagungan empayar Mughal di Agra.

10 Sept 2017 - 20 Sept 2017

Laki dan Bini, 11 hari 10 malam, RM2800 untuk dua orang (ground). Kami dapat harga tiket return RM490/pax (RM980 untuk 2 pax) dari KL ke Delhi.

Mode of Transportation : Airplane, Shared Cab, Motorcylce, Train, TukTuk, Jalan kaki.

Accomodation: Airport, Guesthouse and Hotel.

Pecahan kos dan itinerary ringkas ke Utara India dalam Rupees (nanti convert ke RM la ye). Harga di bawah ni dah siap-siap kira untuk dua orang.

Image via Shafiq Akmal

Day 1

Arrive at Indira Ghandi International Airport at 10PM.

Tido kat Airport untuk next flight ke Srinagar (Kashmir).


Day 2


Indira Ghandi Airport - Srinagar Airport, 6AM - 07:15AM (RM330 for 2 pax)

Check in Lucky Flower Boathouse di Dal Lake, breakfast and shuttle bus provided from airport (INR 600)

Plan nak ke Sonamarg cancel sebab hujan lebat pagi tu. Sedih.

Hire driver untuk local sightseeing (INR 1,300)

Mughal Garden of Kashmir; Nishat Garden, Shalima Garden, Chashme Shahi Garden. INR 20 per entry/pax (Ada 3 garden, so per pax is INR 60. 2 pax is INR 120).

Hazratbal Shrine Mosque

Shikara Ride (INR 400)

Old Town of Kashmir

Minum petang Dosa Kashmiri (INR 100)

Dinner Chicken Kashmiri (INR 400)

Dal Lake, Kashmir.

Image via Shafiq Akmal
Image via Shafiq Akmal

Day 3

Srinagar to Kargil by Shared Cab with locals 7:30AM - 3:30PM, 8 hours journey (INR 2,000)

Stop by at Sonamarg (30 minutes)

Lunch (INR 300)

Untuk sampai ke Kargil kena menempuh Zojila Pass, one of the most dangerous roads in the world. Zig Zag mountainous road.

Check in at Silk House Inn (INR 999)

Dinner WazWan (INR 500)

Sonamarg.

Image via Shafiq Akmal

Zojila Pass.

Image via Shafiq Akmal
Image via Shafiq Akmal

Day 4

Owner hotel ajak breakfast kat rumah dia.

Kargil to Leh 10AM - 4:30PM, 6 hours journey (INR 1,000). Kitorang nego dapat INR 500/pax (1,000 for 2 pax), kalau tak INR 800-INR 1,000/pax.

Lunch (INR 300).

Sampai di Leh, kami terus buat Permit untuk ke Nubra Valley, Turtuk, Panggong Tso. Foreign tourist kena buat dengan ejen, tak boleh direct terus dengan Tourism Office (INR 1,400). Make sure buat fotokopi banyak2 sebab nak register kat Army/Police Post.

Check in Ashoka Guesthouse. Walking distance dari bandar Leh (INR 900).

Dinner (INR 400).


Day 5

Pangong Tso Day Trip (INR4,000)

6:15AM - 12:15PM journey. Akan melalui Chang La Pass, claimed as the 2nd highest motorable road in the world.

Lunch (INR 450).

Back at Leh pukul 6:45PM.

Ashoka Guesthouse (INR 900).

Dinner (INR 500).

Chang La Pass.

Image via Shafiq Akmal

Pangong Lake.

Image via Shafiq Akmal
Image via Shafiq Akmal

Day 6

Rest and Acclimatize. Sepatutnya kena buat ni masa Day 5, mengurangkan risiko kena Accute Mountain Sickness (AMS).

Sewa Royal Enfield Bullet 350cc, 1/2 day (INR 700).

Isi minyak full tank (+-1,000 INR). harga minyak kat sini +- 78 INR/L.

Pusing pusing Bandar Leh.

Shey Palace. Shey Monastery.

Lunch (INR 500).

Dinner (INR 400).

Ashoka Guesthouse (INR 900).


Day 7

Sewa Royal Enfield Bullet 350cc untuk 3 hari INR 1,200/day with saddle bag, 2 helmets and 4L fuel bottle (Sewa 3 hari = INR 3,600).

4L fuel (+- INR 320).

Ride ke Turtuk. Melalui Khardung La Pass, claimed as the highest motorable road in the world. 6:30AM - 3:30PM, 205 KM. Banyak berhenti minum, makan, tangkap gambar. Tangkap gambar paling banyak. hahaha.


Coffee at Khardung La Pass (INR 40).

Brunch at Khalsar (INR 400).

Ashoor Guesthouse (INR 700).

Dinner (INR 500).

Image via Shafiq Akmal

Khardung La Pass.

Image via Shafiq Akmal

Turtuk.

Image via Shafiq Akmal

Day 8

Turtuk Sightseeing.

Breakfast (INR 400)

Ride to Hunder 85 KM.

Bactrian Camel ride for 15min (INR 400).

Sand Dunes in Nubra Valley.

Check in Sonam Guesthouse at Diskit (INR 1,000).

Dinner (INR 400).

Hunder.

Image via Shafiq Akmal

Bactrian camel yang comel.

Image via Shafiq Akmal
Image via Shafiq Akmal

Day 9

Ride to Leh via Khardung La Pass from Diskit 8:45AM - 1:30PM. Banyak berhenti lepak amik gambar, lepak dengan konvoi dari Malaysia.

Breakfast (INR 300)

Maggie and Coffee at Khardung La Pass (INR 300)

Mutton Grilled at Leh (INR 240)

Dinner (INR 700)

Ashoka Guesthouse (INR 900)

Image via Shafiq Akmal
Image via Shafiq Akmal
Image via Shafiq Akmal

Day 10

Taxi to Leh Airport (INR 500)

Leh - Delhi by Jet Airways. Breakfast included. (RM460 for 2 pax)

Locker Bag (INR 1,250)

Delhi airport to New Delhi Railway Station via Metro, 25 minit perjalanan (INR 120).

Tuk Tuk to Jamaa Masjid (INR 200) <-- Kena scam

Terpaksa menapak semula ke stesen keretapi

Lunch at New Delhi Railway Station (INR 300)

New Delhi Railway Station - Agra Cantonment Railway Station, naik train Class 2AC, perjalanan 3 jam setengah (INR 2,376)

Dinner (INR 700)

Ambil teksi ke hotel.

Check in Hotel Shila near eastern gate Taj Mahal (INR 1,000). Tapi kami masuk melalui West gate.


We took a taxi from Agra Cantonment Railway station to Hotel, then decided untuk terus ambil dia bawak jalan-jalan Agra sampai esok (INR 1,300).

Delhi Metro.

Image via Shafiq Akmal
Image via Shafiq Akmal

Day 11

Taj Mahal Entrance Fees (INR 2,000). Start beratur at 6AM. Jangan bawak beg masuk ke Taj Mahal.

We also hire a tourist guide in Taj Mahal. Berbaloi (INR 600).

Agra Fort Entrance Fees (INR 1,000).

Mughal Town Sight Seeing

Baby Taj

Black Taj Foundation

Breakfast (INR 100).

Lunch Briyani Chicken. Taxi driver belanja.

Agra Cantonment Railway Station - Hazrat Nizamuddin Railway Station, naik train Class 2AC (INR 1,400).

Hazrat Nizamuddin Railway Station - Indira Ghandi Airport by taxi (INR 600).

Indira Ghandi Airport - KLIA2, 11:45PM (waktu India) - 7:30AM waktu Malaysia.

Image via Shafiq Akmal
Image via Shafiq Akmal
Image via Shafiq Akmal

Tips untuk ke India dan menangani High Altitude Cold Desert:

1. Jangan lupa bawa bekalan ubat. Paling penting "Acetazolamide" untuk AMS, cirit birit, muntah, sakit perut, aspirin, dan demam. Badan kita perlu acclimatize kepada altitude di kawasan pergunungan. Minum air bersih banyak-banyak dan rehat mesti kena cukup. Tidur awal.

2. Bawak passport anda ke mana sahaja. Make sure simpan satu copy dalam smartphone masing-masing dan simpan satu kat cloud storage. 

Image via Shafiq Akmal

3. Itinerary anda perlu flexible. Perlu ada backup plan. Kita tak boleh melawan ibu alam sekitar. Alhamdulillah sepanjang ride di Ladakh kami tidak ditimpa sebarang masalah cuaca atau tayar pancit ataupun jalan ditutup. Cumanya hari pertama di Kashmir hujan, so kami kena la tweak sikit plan supaya sesuai dengan keadaan.

4. Beli traveller insurance. Notify Malaysian embassy di India pasal trip korang. Email je dah cukup. Dorang akan reply.

5. Permit mesti di buat sebelum jam 4 petang untuk melawat Nubra Valley, Turtuk, Sumur, Panamik Pangong, dan Tso Moriri keesokan harinya. Kami bernasib baik walaupun apply lambat dalam pukul 4.30, masih diterima oleh pegawai bertugas.

Image via Shafiq Akmal

6. Sampai awal di airport. Airport di India ni tersangatlah ketat kawalan keselamatan. Banyak benda diorang nak check. Rancang perjalanan anda.

7. Jika anda ingin merasai perasaan dan pengalaman yang awesome, cubalah menunggang motosikal menjelajah Nubra Valley, Pangong, dan tempat-tempat lain. Menunggang merentasi jalan tertinggi dunia, menjelajah jalan-jalan di Karakoram region, ditemani dengan gunung ganang seperti dalam lukisan, semestinya satu pengalaman yang anda takkan dapat lupakan!

Image via Shafiq Akmal

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Mana-mana kaki travel tu, boleh baca lagi di bawah:

You may be interested in: