seismik

Shila Amzah Kecewa Kerana Johan As'ari Mahu Kahwini Lana Nordin

Pelakon Johan As'ari dikatakan ingin melamar Lana Nordin selepas bertemu beberapa kali dengannya. Namun begitu, baru-baru ini beliau dikatakan mempunyai hubungan cinta bersama penyanyi berhijab, Shila Amzah. Mari kita jengah berita penuh di sini.

Cover image via

Lana Nordin, "Laporan Tentang Saya Dengan Seorang Doktor Tidak Benar, Saya Masih Single Dan Available"

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, berkata, laporan berkenaan tidak benar sama sekali dan menegaskan dia kini masih belum mempunyai pengganti Johan.

mstar.com.my

"Laporan itu tidak benar. Saya masih single and available," ujarnya menerusi mesej yang dikirimkan melalui aplikasi sosial WhatsApp kepada mStar Online, Ahad.

mstar.com.my
Image via rotikaya.com

Lana Nordin Dikatakan Sudah Temui Pengganti, Seorang Doktor?

Image via rotikaya.com

Doktor yang bertugas di Amerika Syarikat itu pulang ke Malaysia atas satu urusan berjumpa dengan Lana Nordin di Pulau Pinang dan menurut penulis, mereka sebenarnya sudah lama kenal — cuma sekarang baru berani rapat.

rotikaya.com

Laporan itu juga menyebut yang jejaka kacukan Pakistan dan mat saleh itu siap hantar jambangan 50 tangkai bunga mawar yang kemudian dimuatnaik gambarnya oleh Lana Nordin ke Instagram.

rotikaya.com

Lana Nordin Menyatakan Tidak Kecewa Tapi Terkejut Dengan Keputusan Johan

Image via worldcdn.net

"Hubungan kami sebenarnya baru bermula. Kami juga masih dalam proses mengenali hati budi, saya anggap keputusan Johan mahu memutuskan hubungan sebagai kelakar", kata Lana Nordin.

malaysiandigest.com

Lana dapat mengagak apa yang akan berlaku selepas Johan sering berdolak-dalik sejak hubungan mereka ditentang keluarga. Menurutnya, nasib baik hubungan percintaannya dengan Johan putus selepas sebulan, jadi impaknya tidak hebat sangat.

malaysiandigest.com

Cinta Tidak Direstui, Johan Berat Hati Mahu Melepaskan Lana

Image via ohartis.com

Menurut Johan, cinta itu telah putus setelah keluarganya tidak dapat menerima kehadiran Lana Nordin.

ohartis.com

"Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Keadaan saya cukup tersepit, umpama diluah mati mak, ditelan mati bapa. Jika pilihan saya tidak mendapat restu keluarga, saya anak derhaka", kata Johan.

rotikaya.com

Johan Dan Lana Putus Cinta: Johan Tak Pernah Letak Status Kekasih Pada Lana

Setelah hampir sebulan lebih menjalinkan hubungan Johan nekad memutuskan perhubungannya dengan Lana ekoran perhubungan itu tidak mendapat restu daripada keluarganya.

ohartis.com

"Sebagai seorang pelakon yang berkecimpung dalam industri ini, saya mempunyai ramai kawan. Ada yang saya anggap sebagai teman biasa dan ada juga yang rapat dengan saya. Kenalan yang rapat bukan bermakna hubungan kami lebih daripada itu."

ohartis.com

"Saya mohon maaf pada Lana,mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung juga peminat," kata Johan.

Image via wp.com

Dalam pada itu juga, Johan turut menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa dirinya mencari publisiti murahan dengan membuat kontroversi sebegitu.

ohartis.com

"Saya tidak sangka kenyataan dibuat membawa kepada perpisahan ini. Pengumuman untuk bertunang dan menikahi Lana sebelum ini kerana saya benar-benar ikhlas,tetapi disebabkan pelbagai isu timbul,saya membuat keputusan ini," Johan.

beautifulnara.com

"Saya tidak sangka kenyataan dibuat membawa kepada perpisahan ini. Pengumuman untuk bertunang dan menikahi Lana sebelum ini kerana saya benar-benar ikhlas,tetapi disebabkan pelbagai isu timbul,saya membuat keputusan ini."

beautifulnara.com

Kerana Ingin Kahwini Lana AKA Pamela Anderson Malaysia, Johan Telah 'Friend Zone'-kan Shila

Saat gembira Johan dan Shila

Image via mstar.com.my

Message Shila dalam Instagramnya

Image via imgur.com

"Hubungan saya dan Shila hanya seperti adik dan abang sahaja. Malah, ibu Shila yang saya anggap seperti ibu saya sendiri juga turut memberi restu. Dia gadis baik dan bersopan santun. Dia muda dan perjalanannya masih jauh. Shila sangat bertuah kerana keluarga sentiasa berada di belakangnya," kata Johan

sinarharian.com.my
Image via blogspot.com

Gempar Apabila Pelakon Drama, Johan As'ari Dikatakan Melamar Pelakon Seksi Lana Nordin Hanya Selepas Tiga Hari Keluar Bersama

Image via ohartis.com

Johan As’ari, pelakon yang baru-baru ini digembar-gemburkan rapat dengan Shila Amzah, penyanyi sedang mencipta nama di luar negara, telah membuat pengakuan yang dirinya telah melamar pelakon seksi lagi meletup, iaitu Lana Nordin untuk dijadikan isteri berdasarkan ‘gerak hati’.

beautifulnara.com

Keratan akhbar dari Berita Harian

Image via blogspot.com

Lana Nordin pula berkata yang beliau memang mencari teman hidup yang boleh membimbing dirinya selain hati beliau terpikat dengan keberanian Johan As’ari dan juga keikhlasan untuk menjadikan dirinya sebagai permaisuri hidupnya.

“Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan”

rotikaya.com

"Kami keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum saya tekad mahu menyuntingnya," jelas Johan, 27 tahun

Gambar mesra Johan dan Lana

Image via ohartis.com

Mereka bertemu buat pertama kali ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 yang lalu dan tiga hari kemudian, Johan As’ari terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan Lana Nordin. Johan As’ari juga percaya & yakin yang Lana Nordin merupakan calon suri seperti yang didoakan di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah, awal tahun ini.

rotikaya.com

Lana Nordin, 34 Tahun, Seorang Pelakon Yang Pernah Dilabel 'Pamela Anderson Malaysia'

'Pamela Anderson Malaysia'?

Image via blogspot.com

Lana Nordin pernah melenting kepada peminat di Instagram

Image via aiskosong.com

Lana Nordin dan rakan-rakan

Image via blogspot.com

Lana bersama Stephanie Liah

Image via blogspot.com

Namun Oktober Lepas, Johan Mengaku Beliau 'Terpaut Hati' Dengan Penyanyi Popular, Shila Amzah

Shila dan Johan

Image via limauais.com

Johan As’ari mahu berkias kias pula yang dirinya kini sudah terpaut hati dengan seorang wanita yang juga merupakan salah seorang selebriti hiburan tempatan. “Saya dan dia, masing-masing tahu yang kami saling menyukai antara satu sama lain tetapi kalau boleh kami tidak mahu mengesahkan status sebagai pasangan kekasih”, katanya.

limauais.com

Pelakon Johan As’ari memberitahu hubungannya dengan penyanyi Shila Amzah mendapat restu daripada keluarganya malah pelakon ‘Juvana’ ini mengakui kedua ibu bapanya pernah meluahkan hasrat untuk merisik Shila bagi pihaknya.

“Ibu dan ayah saya pernah bertanya, jika saya berkenan dengan Shila, mereka mahu merisik dia. Ini kerana mereka memang suka sangat apabila tengok saya rapat dengan Shila. Mereka lihat Shila seorang wanita yang baik lebih-lebih lagi dengan penampilannya yang bertudung", katanya.

gua.com.my

Shila dan Johan di sebuah majlis di Subang Jaya

Image via mstar.com.my

Johan Dan Shila Dikatakan Hangat Bercinta Berdasarkan Hubungan Mesra Mereka Di Instagram

Koleksi gambar mesra antara Shila dan Johan di Instagram

Image via murai.com.my

Shila Amzah dan Johan Asari seolah-olah lebih terbuka untuk mendedahkan hubungan baik mereka yang dikatakan hanya berkawan itu. Sehinggakan peminat dah follower mereka di Instagram itu seronok lihat mereka bersama dan berharap agar hubungan mereka boleh kekal hingga ke jinjang pelamin.

murai.com.my

Johan dan Shila dikatakan bercinta

Image via limauais.com

Kedua-duanya gemar berkongsi foto bersama dan berbalas komen di laman sosial seakan pasangan yang sedang dilamun cinta.

Bahkan ibu masing-masing juga dilihat kerap meluangkan masa bersama-sama. Ini sekaligus menguatkan dakwaan yang mengatakan sesuatu sedang terjalin di antara penyanyi dan pelakon terkenal ini.

ohbulan.com

Shila Amzah, Pemenang Pertandingan Nyanyian 'Asian Wave' Dikatakan Pasrah

Penyanyi popular Shila Amzah

Image via abnxcess.com

Shila Amzah adalah pemenang pertandingan nyanyian 'Asian Wave'

Image via limauais.com

Shila memberitahu bahawa beliau menerima segala ketentuan takdir dan percaya pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku. "Tak apa, jodoh ALLAH yang tentukan, Sha terima siapa pun jodoh Sha. Doakan yang terbaik lagipun ALLAH tahu dan ada hikmah semuanya", kata Shila melalui akaun Instagramnya.

sinarharian.com.my
Unsupported video platform

Shila Amzah Dikatakan Kecewa Dan Telah Memadam Gambar Johan Dari Instagram Miliknya

Adakah 'tweet' ini berkaitan dengan berita cinta Johan dan Lana?

Image via imgur.com

Shila yang sering meluahkan perasaannya di media sosial seperti Twitter dan Instagram, turut memadamkan banyak gambar-gambar Johan dan gambar mereka berdua di laman Instgramnya selepas berita cinta Johan As'ari dan Lana Nordin tersebar.

ohartis.com

Gambar Instagram terbaru Shila Amzah.

Image via ohartis.com
Image via blogspot.com

You may be interested in: